Tuesday, December 15, 2009
18 hari.. 29 sidang
Sunday, December 6, 2009
Keajaiban Ciptaan Allah.. Renungkanlah
Friday, December 4, 2009
Gastrik
Wednesday, December 2, 2009
12 Week Pregnancy Check Up Story
Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan
Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan masuk tujuh bulan. Kadangkala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang adalah diantara mereka yang terdedah kepada masalah ini.
Pemeriksaan “antenatal†setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali, adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan. Setiap kali ibu hamil datang ke klinik diantara pemeriksaan yang dilakukan keatasnya ialah mengukor tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.
Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi
iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.
Apakah risiko kepada ibu?
Toxemia kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan apabila air kencing ibu tersebut mengandungi banyak albumin iaitu mungkin sehingga tanda + + + + . Ibu juga merasa pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada bahagian ulu hati. Jika keadaan begini berlaku kadang-kala ibu boleh terkena serangan sawan (eclampsia).
Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahanmungkin telah berlaku dalam otak ibu (cerebral hemorrhage), atau bekalan darah kepada otak telah terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi dengan cecair (cerebral adema). Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah tidak sedarkan diri (coma).
Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut samada boleh hidup atau tidak demi untuk menyelamatkan nyawa ibu. Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.
Dalam kes yang kurang teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan memasukkan ibu tersebut ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air kencingnya dan pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samada pertumbuhan bayi masih berlaku atau tidak.
Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.
Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak dan garam dalam makanan.
Rehat adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini. Biasanya jika keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi tidak terancam, maka kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan memaksa sakit bersalin (induced labour) pada umur kehamilan antara 37 hingga 38 minggu. Kelahirantidak boleh lambatkan kerana uri boleh rosak dan dengan itu bekalan oxygen dan makanan pada bayi boleh terjejas menyebabkan kematian bayi dalam rahim.
Apakah punca sebenar toxemia dan darah tinggi?
Punca yang sebenar tidak diketahui, tetapi mungkin dalam darah pesakit yang mengidap toxemia ini terdapat banyak jenis racun yang boleh menyebabkan darah tinggi dan merosakkan organ organ badan khususnya otak dan hati.
Racun-racun ini adalah dikeluarkan oleh uri (placenta). Mengapa uri mengeluarkan racun, tidaklah diketahui dan mengapa sesetengah wanita keluarkan racun ini dan yang lainnya tidak, ini pun tidak diketahui. Mungkin ia merupakan satu reaksi untuk menolak uri tersebut.
Uri dibentuk sebahagiannya daripada baka suami, tubuh isteri cuba menolaknya dan dengan ini timbullah reaksi dengan mengeluarkan racun. Bagaimana ia berlaku tidaklah diketahui. Biasanya selepas kelahiran bayi dan uri telah sempurna dikeluarkan, keracunan akan lesap dan tekanan darah turun ketahap normal dengan cepat.
Perkara-perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang seimbang, memakan vitamin Folic Acid yang terus menerus antara 5mg hingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir. Mengawal berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa, berat badan sepatutnya tidak boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan kehamilan. Bagi panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat satu kilo sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya lebih kurang 13 kilo di akhir kehamilan.
Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah darah tinggi dan keracunan. Bagi mereka yang tenang rohnya serta kuat iman mungkin kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya sentiasa menasihati ibu-ibu yang hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan dan tidak melupakan segala suruhan Allah seperti solat, berpuasa dan sering melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain lain untuk mengingati Allah. Memang amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental.
Saturday, November 28, 2009
Laser tol.. Mentang-mentang anak pompuan dia ader
Persiapan awal untuk anak Mama dan Papa
Sunday, November 15, 2009
Mengidam
Saturday, November 14, 2009
Home Sickness
Thursday, October 29, 2009
Pengorbanan Sang Suami
Sunday, October 25, 2009
Perkara yang perlu dielakkan ketika hamil
1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Saturday, October 24, 2009
Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-
1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Friday, October 23, 2009
Demam = MC 2 hari
Tuesday, October 20, 2009
Morning Sickness + M A L A S
Sunday, October 18, 2009
XPDC Mencari Sate
Thursday, October 15, 2009
Week 5: Teeny tiny baby steps
And how's mom doing? Your body is still adjusting to the increased amount of hormones and you are probably pretty much experiencing the same symptoms as last week. Still, some women will start feeling the joys of morning sickness set in this week (see Week 4 for specific symptom details). Don’t worry if your areolas are
darkening this is a perfectly normal response to the hormonal changes in your body.
make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil.
Also start having someone else changing the kitty litter for you. Avoiding this chore will keep you from the remote chance of contracting Toxoplasmosis. Toxo is a parasite that is only very rarely found in fecal matter of vermin and rodent-eating felines. Don’t worry though, you don’t have to get rid of your cat. Also, make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil.
Wednesday, October 14, 2009
Mangga dari Kak Asmah
Tuesday, October 13, 2009
Kembali ke Rahmatullah
Monday, October 12, 2009
Dulu dan sekarang...
Surat Al `Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Qur`an yang pertama sekali diturunkan, yaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira`.
Surat ini dinamai `Al `Alaq` (segumpal darah), diambil dari perkataan `Alaq` yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan `Iqra` atau `Al Qalam`.
Pokok-pokok isinya :
Perintah membaca Al Qur`an; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.
AL `ALAQ (SEGUMPAL DARAH)
SURAT KE 96 : 19 ayat.
Saturday, October 10, 2009
Air Kelapa.. Jelly Kelapa.. Durian dan Fast Food
Thursday, October 8, 2009
My First Pregnancy Check Up..
Wednesday, October 7, 2009
Anmum Materna dan Kasut Bata
Tuesday, October 6, 2009
5.10.2009.. Rahmat Syawal
Sunday, October 4, 2009
Anak Buah Baru..
Friday, October 2, 2009
20,280KM... Major Service
Monday, September 28, 2009
Cuti raya dah abis... Meh g sekolah
Sunday, September 27, 2009
Kisah Raya Ketiga
Kak Lang dan Abang Ngah plan nak pergi rumah Pak Uteh kat Teluk Intan...
Kebetulan Along tido kat rumah mak malam tadi...
Abang pun teringin la nak join konvoi adik beradiknya..
Tapi mak mcm tak berapa bagi... Mak bagi alasan
1) We nak datang... Nanti tak der sape nak layan...
2) Aku tak berapa sihat.. Nak ke klinik...
Abang pun cakap ler...
Along kan ader.. Along boleh layan jeluar We.. Along boleh bawak mak g klinik.. sama je mak..
Aku cakap kat abang....
Sudah ler bang... Kiter tunggu rumah yer... Bior le diaorang je g....
Abang jawap :
Abang teringin sangat ikut konvoi raya adik bradik abang...
Aku jawap :
X per bang.. Ti balik Tapah, abang ikut konvoi raya adik beradik Ayang yer...
Aku pun tunggu jer la kat rumah....
Dalam hati berdetik, mak kata nak pegi klinik... Tak jugak ajak g klinik.. Sampai aku sendiri tanya kat abang.. Bila mak nak pergi klinik...
Tunggu lak family We datang, tak jugak datang... Last2 Alang dan Abg Ngah pun balik, orang yang nak datang tu x sampai-sampai....
Abang cakap... Biasanya we datang petang atau malam... Lorrrrrrr... Sabau jer la....
Tak lama kemudian baru la family We datang...
Malam tu aku kemas2 la barang... Sebab esok nak balik Tapah......
Hahh... Satu beg besar.... Macam nak lari dari rumah jer....
Abang kata, jom g raya rumah Adi Kadok, Along Muhibbah dan Pak Ngah...
Aku roger jer.... Pastu kiter balik Tapah yer sayang....
Yahoooooooo.......... Sayang Abang.......
Tuesday, September 22, 2009
OPS Terjah... Ba Ba Cak.. Surprise..
Saturday, September 19, 2009
Malam Raya.. Kian Terubat Kesedihan
Aku kuar nak pasang pelita kat luar rumah..
Opss.. Cerianya kat luar..
Rumah-rumah lain pun turut sama pasang pelita..
Cucu-cucu jiran sebelah menyebelah menceriakan keadaan..
Terubat le jugak kesedihan aku nih..
Rumah mak mertua aku nih.. X der budak langsung..
Seme cucu-cucu mak yang 9 tuh x datang pun ke sini..
Ni satu fenomena baru bagi aku..
Culture shock jugak ler aku dengan keadaan ini..
Sebab kalau raya kat rumah aku, 4 orang anak buah aku tuh..
Dah cukup untuk mengkecohkan malam raya..
Tu lum lagi Iman dapat kaki...
Ishkk.. Rindu aku kat Awi, Nana, Danish, Cachah dan Ucuk Kango..
Ketika sedang aku mencoretkan post ini..
Penyimpan mohor besar raja-raja membuat pengumuman hari raya...
Yahoo.. Horeyyyy... Esok Hari Raya...
SALAM AIDILFITRI 2009
Salam Aidilfitri 2009
Salam Aidilfitri buat mak dan abah di Temoh, Perak.. Keluaarga mertua di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak.. Along dan Kak Yan di Padang Rengas, Perak.. Anyah dan Kak Nor di Kg. Melayu Sungai Buloh, Selangor.. Kak Yang di Hospital Tapah, Perak serta Acu @ Adik di TNB Distribution, Banting, Selangor.
Khas buat Acu yang dijadualkan akan bertugas dan standby di pagi lebaran.. Aku tak pernah mengalami tak ader kat rumah sendiri pagi raya. Tapi tahun ni aku rasa gak ler kesayuannya tuh. Adik, aku rasa bangga sebab ader adik yang setia bertugas walaupun sebak dan sedih demi memastikan bekalan elektrik kepada pengguna kawasan Banting sentiasa ader. Insan yang berkorban demi keselesaan orang lain. Keje tu satu ibadah dik..
Buat Nyah yang aku juga rasa keje @ standby pada musim perayaan ni.. Nyah keje ngan ELITE Expressway adik beradik kepada PLUS Expressway. Nyah lebih kurang adik gak, bagi memastikan lampu dan segala-gala kat highway tu berfungsi dengan baik.
Ni ler adik beradik aku yang tak balik sebab bertugas sepanjang musim perayaan ni. aku tak rasa sedih sangat sebab tau diaorang nih tak dapat balik sebab keje.
Kak Yang, akan beraya ngan mak abah manakala Along beraya dirumah mertua di Padang Rengas..
Buat semua adik beradik, sanak saudara serta sahabat handai.. Saya dan suami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon dimaafkan segala salah dan silap kami berdua. Sudi-sudikan ke teratak kami raya nie..
Aidilfitri Yang Amat Sepi dan Sayu
"Rindu hati ini, inginku kembali, kepada ayah bonda dan saudara"
Sedihnya aku dengar.. Rasa nak jer aku terbang ke Tapah sekarang. Kali pertama aku beraya tanpa keluarga sendiri disisi. Aku tak kisah tak raya dengan family sendiri. Tapi yang aku sedih kat sini sunyi sangat. Macam esok tak der apa-apa yang berlaku. Macam esok bukan raya. Pagi tadi abang long dan kak long datang tolong aku masak. Kemudian diaorang balik. Rumah diaorang dekat-dekat sini jer. Kak Lang raya kedua baru balik sini, dia raya kat Seremban dulu. Yang aku musykil Abang Ngah dan Kak Zila. Duduk dekat-dekat sini jugak. Dekat-dekat nak raya ni, dengan mak tak sihat, langsung tak jenguk pun. Esok dah nak raya. Kalau turn mereka raya kat rumah Kak Zila sekalipun, rumah family Kak Zila dekat-dekat sini jugak. Tu la yang aku pelik perangai ipar dan biras ku ini. Aku bukan apa, kesian kat mak ler.
Esok tak tau ler. Kalau esok pun diaorang tak datang, memang teruk ler diaorang nih...
Bagi aku, tahun ni ler Aidilfitri yang paling sepi dan sayu buat aku. Moga esok kesedihan aku ini akan terubat..
Friday, September 18, 2009
Merahnye Mak Ngah
Ni baju raya abang.. Tahun ni abang pilih nak pakai baju melayu Johor (Teluk Belanga). Songkok, sampin dan butang baju melayu.. Guna balik ler barang-barang masa nikah dulu..
Ni lak baju saya.. Baju dan tudung ni, baju hantaran masa kawin dulu.. Wat apa nak membazirkan..