Tuesday, April 28, 2009

Felda Trolak Utara - SMK Sungai Manik in 50 minutes

Semalam aku terpaksa bergegas ke rumah tunangku di Felda Trolak Utara. Nak taw kenapa? Sham eksiden, jatuh motor.. Aku pun pergi ler.. Waktu dah nak mencecah malam. Jadi aku terpaksa bermalam di Trolak Utara. Errrmmm... Pagi ni aku bertolak dari Trolak Utara pukul 6.07 pagi, aku sampai di SMK Sungai Manik pukul 7.00 pagi. Yeah... 53 minit jer untuk aku berulang lepas majlis aku nanti.

Hari Terbuka Armada dan Jom Heboh - TLDM Lumut

Pagi 26/4/2009, aku, kak Muni dan Kak Nab pergi ke Lumut. Ermmmm... Nak g Jom Heboh. Masa pergi tak ader la apa2 masalah. Jalan clear jer. Almaklumlaa, pagi2.. X saper lagi nak datang. So kami ronda2 la dalam pangkalan TLDM. Melawat kapal-kapal perang TLDM dan Jom Heboh. Lepas tu balik ke rumah kakak Kak Muni.. Pekena Laksa.. Dan tiba saat nak balik.. Jalan mula nampak sesak.. Kami bertolak krluar pukul 4.10 ptg. Kami hanya berjaya keluar dari base tersebut pukul 5 petang. Lebih kurang 45 minit kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya.. Balik rumah....... Sakitnya kaki.. Hehehe

Monday, April 27, 2009

Mutiara Kata

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara d lautan, sesaat b'sedih kerana redha Allah adalah lbh mulia dr seharian b'sedih krn cinta manusia, sjnh wjh kerana wuduk yg sempurna adlh lbh b'cahaya dr kilauan segunung permata. sesuci hati kerana cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi…AMIN…

Wednesday, April 22, 2009

Insan Tersayang

Hari nie abang datang teluk intan nak ambil gambar ukuran pasport.. So aku pun copy la dr CD gambar abang.. Ni la wajah tunang tersayang.. Teddy bear yang paling aku sayang...

Saturday, April 18, 2009

Permata Hatiku







Jalan-jalan Epoh

Hari ni aku kena pegi Ipoh, hantar pelajar. Jadi alang-alang pegi Ipoh, merayap ler.. Ni aku online dalam kereta jer.. WiFi dari Caltex Meru, Jelapang.. Malam ni bermalam kat rumah Maksu... Esok pagi sebelum lalat bangun, nak adiosss balik tapah...

Thursday, April 16, 2009

My Birthday

Today, 16 April 2009, birthday aku yang ke 27.. Ketika aku mencoretkan blog ini, abang ada di sisi aku.. Datang ke Teluk Intan semata-mata untuk meraikan hari lahir aku yang ke 27.. Ni birthday aku yang terakhir sebelum aku meninggalkan alam solo / single/ bujang.... Seronok sangat hari ni... Walaupun pegi makan KFC jer.. Tapi yang paling bermakna.. Hadiah yang cukup bermakna dr dia untuk aku... Walaupun kecil, tapi besar maknanya buat aku...

Monday, April 13, 2009

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Online from Wana Cafe, Rest House Teluk Intan

Hari ni line schoolnet bengong... X bley connect langsung. So petang hari ni aku dengan akak aku g teluk intan. Kebetulan laptop ada dalam bonet 'Permata Hatiku'. Perut pun dah berbunyi-bunyi. Aku teringat la kat Rest House ada WiFi free... Pe lagi, g ctu la.. Sambil makan, bley aku online.. Aku order Sizzling Yee Mee & Air Bandung.. Anak buah aku, Syazwi makan western je.. Chicken Chop & Air Carrot Susu.. Ibu plak makan Nasi Daging Merah & Air Limau Asam Boi... Errrmmm.... Air dah sampai... Sizzling Yee Mee aku pun dah sampai... Nak makan.... Adioss...

Saturday, April 11, 2009

Friday, April 10, 2009

Public Speaking

Hari ni kat sekolah ada Pertandingan Public Speaking Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak 2009.. Aku incharge bahagian sijil... Semua dah settle.. Alhamdulillah... Skang ni cikgu-cikgu perempuan dok berkumpul kat makmal.. Biasa la.... Bersembang... Huhuhu

Observe By GKB Kemanusiaan

Today GKB Kemanusiaan observe P&P aku. Kelas mana?? 4 Ikhlas... Ada 5 orang pelajar tak hadir.. P&P yang aku rancang, berjalan seperti apa yang aku nak.. Cuma tak sempat nak abiskan presentation semua kumpulan... Aku buat macam biasa jer. Ngajar macam biasa... Buat apa nak hipokrit kan??? Jadi la diri sendiri... Aku tetap aku.. Aku tetap dengan cara ku...

Thursday, April 9, 2009

Kisah Sepasang Kekasih

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra.....

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang.....
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu..... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..... sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie..... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…..bedebik! !!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu..... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)..... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang..... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua..... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman.... .
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman.... . kat Jepun adalah..... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie..... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie..... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu..... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu..... yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu..... tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi.....
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do.....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut.... . tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie..... buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Moral of the story : Zaman bercinta semuanya indah-indah belaka... Dah kawin..... Sabar jer la..

Tuesday, April 7, 2009

Blood Presure Border Line

Mana tak blood presure naik... Hari-hari nak kena mengamuk jer dalam kelas... Tension tolll... Hari nak tak pasal-pasal 5 orang student aku tahan... Pasal apa.. X paham-paham bahasa... Suruh diam, memekak jugak lagi... Jadi aku tahan ler... Nasib baik bukan masa akhir.. Kalo tak, nasib ko ler balik lambat!!!

Thursday, April 2, 2009

Akhirnya sampai juga

Sedang aku berehat, aku menerima panggilan telefon dari pejabat sekolah.... Detik hatiku, ni mesti orang dari Skynet dah sampai.... Ku jawap... Betul tekaanku.... Aku diminta datang ke pejabat untuk menandatangani surat penerimaan parcel tersebut... Akhirnya segala penantian aku berakhir... Banner dan kad jemputan telah selamat sampai ke tanganku pada pukul 1.45ptg... Ketika aku mencoretkan coretan ini, aku baru sahaja selesai mesyuarat kelab staf... Nak balik!!!!

Panggilan Misteri

Sedang aku mengajar kelas Literasi Komputer Kelas 3 Amanah, handphone ku berbunyi... Ku lihat skrin handphone ku... Nombor tersebut tidak aku kenali... Tapi yang pasti nombor tersebut dari Teluk Intan juga... Emmmmm... Sape lak ni... Aku pun jawab la call tu... Kedengaran suara pemanggilnya adalah lelaki... Dia memperkenalkan diri... Tau siapa... Hehehe.. Orang Skynet... Diaorang call nak confirmkan, nak hantar parcel dari Kanda Dinda Wedding Card.... Yahoooo.... Hari ni sampai Kad Jemputan Walimah aku.......... dan Banner........ Tak sabar nak tengok!!!

Mesyuarat Kelab Staff SIGMA

Ermmmm... Hari ni masuk meeting lagi.. Hari tu masa mesyuarat agung kelab staff, aku cuti rehat... Jadi terselamat la dari pegang jawatan2 besar.. Ingatkan dah selamat.. Rupanya tidak jugak.. Ramai yang undi aku untuk jadi AJK.. Jadi la AJK kelab staff.. No hal la... Aku dah biasa... PRISM Motor Club pun aku S/U... Lagi besar peranannya.... Meeting oh meeting..........

Wednesday, April 1, 2009

Kanda Dinda Wedding Card

Baru sebentar tadi pihak Kanda Dinda Wedding Card menghubungi aku... Kad aku telah siap dibungkus dan telah siap sedia untuk di curier... Pembayaran akhir juga telah ku buat sebentar lagi... Insyaallah... Esok kad akan sampai ke sekolah.. Pasti gempar lagi pejabat sekolah bila aku menerima bungkusan...... Nak kasik alamat rumah, kalau diaorg delivery time keje, takder orang... Malas la nak g ambil kat Skynet.. Kasik alamat sekolah le jawapnya..

Wajah Rahsia Hati


Hari ini aku nak berkongsi dengan kawan-kawan semua wajah insan yang aku sayang.. Saper lagi, tunang aku la... Ni gambar masa majlis pertunangan kami.. Itu lah wajah yang amat aku rindui dan amat kukasihi, Mr. Shambri @ Sham @ ShamB @ Pak Su.. Walaupun sentiasa berjauhan, aku tak pernah meragui kesetiaanya.. Tunang aku memang nakal sikit, suka usik orang, depan aku pun dia bley tackle awek.. Tapi aku tau hati budinya.. Kekadang saje2 dia macam tu nak kasik aku jelous... Alahhh... Cemburu kan tandanya sayang... Aper-aper pun, insyaallah 5 Jun 2009 nanti kami akan disatukan.. Aku pohon pada Mu ya Allah, moga majlis Walimah kami berjalan lancar. Kepada kawan2, kami berdua menjemput anda semua bersama-sama memeriahkan Majlis Raja Sehari Kami...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin