Tuesday, March 31, 2009

Mesyuarat JKKS

Arrrgghhh.......... Tension tol... Hari ni aku kena masuk Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum sekolah ganti Kak Ila yang ada meeting ICT kat PKG... Masak aku... Aku ada meeting AJK PRiSM lak tu malam ni kat Behrang 2020. Pening aku dah.. Mana satu aku nak kejar... Cikai-cikai meeting kat sekolah confirm abis pukul 5 lebih.. Skang ni pulak boss baru, tak tau le pulak dia macam mana. Harap2 x buat meeting panjang2... Harap2 meeting abisss awal... Kalau tak... Aku ler kena rushing ke Behrang 2020..

Kad Walimah

Pagi ni aku menerima panggilan telefon dari Kanda Dinda Wedding Kad, kata mereka kad jemputan walimah aku telah siap sedia untuk diambil.. Syukur.. Satu lagi urusan walimah ku selesai.. Aku minta mereka courier sahaja kad jemputan tersebut.. Nak ambil sendiri kat Puchong, aku dan abang x punya masa, cuti pun harus di kawal demi majlis kami.. Banyak urusan perkahwinan aku uruskan sendiri sementara abang pula sibuk dengan kerja.. Aku faham, aku bahgia kerna dia begitu berusaha bersungguh-sungguh menjana ekonomi untuk masa depan kami.. Kalau pagi dia seharian berada di Proton Tanjung Malim, malam dia keje part time.. Jadi masa untuk kami berjumpa memang terhad. Kadangkala aku sendiri ke Trolak mencari abang sekiranya urusan tersebut urgent.. Abang memang rajin keje. Kekadanng sedih jugak bila dia compare gaji... Aku tak lupa apa dia kata.. "Gaji abang ni elaun ayang jer, abang kena keje lebih laa.." Aku x pernah bandingkan itu semua. Dia susah, aku akan bantu.. Sebab selama aku study kat UPSI, dia berkongsi gajinya dengan aku.. Banyak jasa dia pada aku... Saat kewangan aku kritikal, hari2 makan maggie, abang la yang hantar nasi bungkus hari-hari. Aku tak pernah lupa semua tu... Kejayaan yang aku kecepi sekarang ni jugak kejayaan abang... Abang, Sya tak pernah lupa segala pengorbanan abang..

Monday, March 30, 2009

Banner Majlis Raja Sehari


Beberapa hari yang lalu aku menerima artwork banner untuk majlis perkahwinanku.. Alhamdulillah semuanya ok.. Tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk aku menyudahkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan majlisku itu. Aku harap semua akan berjalan dengan lancar.. Debarannya makin lama makan aku terasa... Almaklumlah, dah hampir 27 tahun aku hidup solo, tak lama lagi title akan berubah. Moga aku dapat memikul amanah dan tanggungjawab serta menjalankan kewajipan itu nanti.. Kepada bakal suamiku, insyaallah aku akan berusaha menjadi isteri yang cemerlang dan solehah... Moga mahligai yang bakal aku bina nanti di sinari dengan rahmat dari Ilahi, di sulami dengan kasih serta sayang serta moga ianya kekal hingga ke akhir hayat. Doakan kebahagian kami... Amin..

Friday, March 27, 2009

Pertemuan dan Perpisahan...

Setiap yang bertemu pasti ada perpisahan.. Esok merupakan hari terakhir pengetua berada di sekolah... Pengetua kan bertukar ke SMK Seri Setia, Teluk Intan.. Isnin depan, episod baru bermula dengan hadirnya pengetua baru.. Macam-macam cerita dah aku dengar tentang pengetua baru ni. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak tahu.. Tunggu je la pengetua baru tu sampai... Kringgggggg... Loceng tamat persekolahan berbunyi... Satu episod baru akan bermula minggu depan.. Jumpa lagi isnin depan cozzz nak cuti ujung minggu...

Thursday, March 26, 2009

First Day

Berjaya jugak aku creat blog aku sendiri hari ni... Time kelas LK lak tu... Boringnye... Petang ni kena balik lewat... Mesyuarat Agung PIBG petang ni.. Nak wat macam mana.. Ni le realiti kehidupan seorang insan yang bergelar "cikgu". Orang kata senang jadi cikgu, keje separuh hari. Cuma cikgu je yang tau keje cikgu lagu mana.. Apa-apa pun aku bahgia dengan tugas mulia ni...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin