Beberapa hari yang lalu aku menerima artwork banner untuk majlis perkahwinanku.. Alhamdulillah semuanya ok.. Tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk aku menyudahkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan majlisku itu. Aku harap semua akan berjalan dengan lancar.. Debarannya makin lama makan aku terasa... Almaklumlah, dah hampir 27 tahun aku hidup solo, tak lama lagi title akan berubah. Moga aku dapat memikul amanah dan tanggungjawab serta menjalankan kewajipan itu nanti.. Kepada bakal suamiku, insyaallah aku akan berusaha menjadi isteri yang cemerlang dan solehah... Moga mahligai yang bakal aku bina nanti di sinari dengan rahmat dari Ilahi, di sulami dengan kasih serta sayang serta moga ianya kekal hingga ke akhir hayat. Doakan kebahagian kami... Amin..
My Little Princess... 8 Month
13 years ago
No comments:
Post a Comment