Friday, July 8, 2011

1 tahun telah berlalu... Cepatnya

Pejam celik, dah setahun usia puteri kesayanganku Durrani Nursyauqina... Kini usianya 1 tahun 2 bulan... Begitu pantas masa berlalu......

Kesibukan tugas-tugas dan aktiviti di sekolah ku rasakan masa untuk bersama puteriku agak terbatas... Kalau ada mesyuarat atau aktiviti pada sebelah petang, aku sampai dirumah hampir pukul 6.00 petang... Malam si kecil dah tido.. Kejap je masa bersama si kecil..

Kadangkala pernah jugak terfikir nak duduk rumah jaga anak jer... Hahaha.... Ohhh tidakkk.... Aku ada kerjaya sendiri........ Aku ada impian yang x tercapai lagi.....

Wajah Qina berusia 1 tahun 2 bulan..... Dah ada gigi 4 batang dan dah dapat kaki... Laju dah jalannya......


KRSV 2011

Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) 2011 hampir sahaja melabuhkan tirainya... Karenah anak-anak 5 Cekal dan 5 Ikhlas banyak menguji kesabaranku. Namun, ku kuatkan semangat agar ianya berjalan seperti yang di rancang..

Kelas tambahan untuk menyiapkan produk / artifak. Studio Seni SiGMA beroperasi hingga ke pukul 5.30 petang memberi ruang pada pelajar untuk menyiapkan kerja kursus mereka,


Antara hasil kerja pelajar.. Soalan tahun ini yang dipilih oleh pelajar ialah Reka Corak Pinggan Mangkuk.. Lepas ni boleyy jadi designer corak pinggan mangkuk la yer diorang ni....

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin