Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Kembali Kepangkuan Yang Mencipta

Tanggal 31 Januari 2010 yang lalu, ibu mertuaku kembali ke Rahmatullah pada usia 69 tahun pada jam 4.35 petang. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara pada 1 Febuari 2010 jam 11.15 pagi. Moga rohnya di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman..

Al-Fatihah...

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri Yang Amat Sepi dan Sayu

Hari ni hari melemang atau hari memasak. Aidilfitri kali ini adalah kali pertama aku sambut sebagai seorang anak, seorang isteri dan seorang menantu. Tahun ini aku beraya di rumah mertua. Ketika aku mencoretkan sesuatu ke sini, aku sedang mendengar lagu "Dari Jauh Ku Pohon Maaf"..

"Rindu hati ini, inginku kembali, kepada ayah bonda dan saudara"

Sedihnya aku dengar.. Rasa nak jer aku terbang ke Tapah sekarang. Kali pertama aku beraya tanpa keluarga sendiri disisi. Aku tak kisah tak raya dengan family sendiri. Tapi yang aku sedih kat sini sunyi sangat. Macam esok tak der apa-apa yang berlaku. Macam esok bukan raya. Pagi tadi abang long dan kak long datang tolong aku masak. Kemudian diaorang balik. Rumah diaorang dekat-dekat sini jer. Kak Lang raya kedua baru balik sini, dia raya kat Seremban dulu. Yang aku musykil Abang Ngah dan Kak Zila. Duduk dekat-dekat sini jugak. Dekat-dekat nak raya ni, dengan mak tak sihat, langsung tak jenguk pun. Esok dah nak raya. Kalau turn mereka raya kat rumah Kak Zila sekalipun, rumah family Kak Zila dekat-dekat sini jugak. Tu la yang aku pelik perangai ipar dan biras ku ini. Aku bukan apa, kesian kat mak ler.

Esok tak tau ler. Kalau esok pun diaorang tak datang, memang teruk ler diaorang nih...

Bagi aku, tahun ni ler Aidilfitri yang paling sepi dan sayu buat aku. Moga esok kesedihan aku ini akan terubat..

Monday, September 14, 2009

Cuti Raya 10 hari

Ermmm.. Minggu ni dah terasa sangat bahang hari raya. Yang disekolah tak terasa sangat sebab semua kene keje lagi sampai jumaat.. Bagi pejabat2 lain, mungkin ader staff yang dah mula bercuti.. Hari Jumaat, sure dah lengang. Silap-silap ari bulan, yang tinggal hanya staff non-muslim.. Hehehhe

Aku keje sampai jumaat ni. Tah ler ari jumaat ni berapa ramai jer budak yang nak datang sekolah. Confirm register penuh telur ayam jer. Tapi nak wat macam mana. Dah namanya budak. Bab Raya ni, bukan budak jer, kiter pun nak raya.

Pengeluar kereta utama negara, pun ader semangat raya. Tiap kali lebaran tiba, industri ini akan shutdown production agak lama bagi memastikan staff2nya raya sakan. Tahun ni, dengarnya 10 hari cuti untuk lebaran ni. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Nampaknya mamat-mamat baju biru ni cuti dulu ler sebelum sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain bercuti. Dan.. Cuti rayanya sama macam kanak-kanak sekolah cuti. Elok le tu, bapak cuti, anak-anak pun cuti. Baru best nak beraya. Sepatutnya kilang-kilang lain pun kene ikut cara industri ni.. Menjaga kebajikan para pekerjanya.. Tau ker nama industri nih? Pikir le sendiri...

Sunday, September 13, 2009

Tart Gulung Nenas

Hari ni sesudah bersahur aku terus je buat kuih kegemaran familyku. Kuih tart hulung nenas ni memang tiap-tiap tahun aku akan buat. Kalau nak beli, tak berbaloi sebab adik beradikku suka makan kuih ni. Adik siap book 1 balang kuih ni semalam..

RESEPI TART GULUNG


Bahan-bahan untuk doh :
1 buku Buttercup (250 gram)
360 gram tepung gandum
2 biji kuning telur
Parutan keju Cheddar
Tepung kastard
Garam secukup rasa

Jem Nenas :
2 biji nenas - diparut
Gula
Pewarna kuning
Serbuk kayu manis

Sebelum dibakar

Tart sedang dibakar dalam oven

Intai-intai kuih tart yang baju je selesai dibakar

Buat sendiri, isi jem banyak ler.. Baru puas makan..

Side view tart gulung

View dari atas..

Buat adik tersayang yang terpaksa bertugas di Hari Lebaran, kakak mu ini dah simpan satu tupperware buat adik tersayang. Buat adikku, tanpa mu lebaran insan lain tak akan berseri jika tak ader bekalan elektrik. TNB, penggerak kemajuan negara.. Selamat bertugas buat adik ku..

Saturday, September 12, 2009

Semangat Raya : Pasang Panjut @ Pelita Keliling Rumah

semalam, sebelum pergi ke Kampar untuk ganti part dalam keretaku, aku sempat singgah Langkap kejap. Asalnya nak beli tupperware nak letak kuih tart gulung yang aku nak buat sabtu dan ahad ni. Bukan tupperware jer yang aku beli.. Tapi benda nih.. Nostalgia sungguh benda ni bagi aku. Tak lengkap rasanya nak raya tanpa banda nih.

Benda ni aku panggil "Panjut". Panjut tu pelita.. Pelita minyak tanah.. Tapi skang ni minyak tanah mahal, aku guna minyak diesel jer..

Malam ni, lepas berbuka. Aku dan abang memulakan projek memasang Panjut di sekelilig rumah mak mertuaku.. Baru la semangat nak raya...

Ni view kat depan rumah.. Pelita ni kami pasang kat tepi jalan lorong rumah mak.

Zoom dekat sikit, baru ler nampak... Dekat lak pelita ni dengan letterbox.. Kang terbakar lak letterbox mak mertuaku.. Letterbox ni aku jugak yang beli. Aku ganti letterbox lama yang dah pecah..

Ni pelita yang dipasang dekat-dekat dengan rumah. Betul-betul depan rumah ni taw.

Cahaya dari "Panjut" yang aku dan abang pasang malam ni. Seronok sangat tengok keliling rumah berseri dengan cahaya Panjut.. Tak sabar rasanya nak tunggu raya.

Monday, August 31, 2009

Kisah Kari dan Kunyit

Ni kisah benar yang berlaku beberapa hari lalu. Pada mula cuti persekolahan, awal-awal lagi aku telah menyuarakan hasrat hati ku untuk balik ke rumah keluargaku beberapa hari. Abang bukanlah lelaki yang pentingkan diri sendiri, malah dia mampu berdikari sendiri. abang izinkan aku pergi. Aku bagitau abang aku nak balik 3 hari bermula hari Khamis. Aku akan pulang pada hari Sabtu. Abang izinkan.. Berat jugak hati sebenarnya nak tinggalkan abang sendirian bulan puasa nih.. Abang kata dia balik berbuka dan sahur dgn mak.. Lega le ckit hati aku.. Nak dijadikan cerita, mak mertuaku x berapa sihat. Jadi abang ambik keputusan untuk masak. Malam sabtu, abang balik ke rumah mertuanya, berbuka puasa dengan family aku. Cuti 3 ari, jadi adik bradik aku semua balik ler. Malam, lepas buka, aku pun follow le abang balik.
Aku pun bukak le peti ais nak simpan barang yang aku beli. Aku tengok ader lagi ayam yang belum digoreng, warnanya pelik sikit, bukannya warna kuning kunyit. Aku pun cium ayam tu, aku dah agak kari. Aku fikir abang wat ayam goreng berempah. Abang tengok aku pegang ayam tu, abang tanya nape x buat macam biasa kunyit tu (biasa = kunyit + garam dicampur letak dalam satu bekas)? Aku jawap ader je kunyitnye. Aku ternampak ader sudu dalam botol kari, biasanya takder. Aku tanya abang, kunyit tu abang ambil dalam botol ni ke? Abang jawap.. Ye.. Tu le kunyitnye.. Aku dah nak tergelak, tapi tahan.. Aku explain kat abang, botol tu serbuk kari. Botol kunyit yang kecik nih... Abang tersenyum.. Tu botol kunyit dan kari kat rumah mak dia sendiri... Kalau kat rumah mak aku, lagi ler x kenal agaknya..

Moral of the story : Kena letak label kat botol-botol. Kiter je taw botol tu pe isikandungannya.

Thursday, August 6, 2009

Baiti Jannati



Aku tak pernah cerita pasal family aku lagi. Gambar kat atas dapat memberitahu serba sedikit tentang keluarga aku. Di bawah ni serba sedikit mengenai latar belakang keluarga aku.

Abah :
Di lahirkan pada 16 Oktober 1946 di Malim Nawar, Perak. Abah aku 2 beradik je. Abah anak yang akhir. Kakak abah, dah meninggal dunia. Abah adalah pesara kerajaan. Sebelum ni abah bekerja di Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Mak :
Di lahirkan pada 13 Ogos 1949 di Malim Nawar, Perak. Mak aku ramai gak adik beradiknya. Mak aku ader kaka dan abang, tapi dah meninggal masa kecik-kecik,kiranya mak aku dah jadi macam yang sulung le. Mak aku tak keje. Suri rumah sepenuh masa. Mak aku pandai menjahit, jadi dengan kemahiran yang dia ader, mak aku jadi tukang jahit. Untuk pengetahuan korang semua, baju2 aku semenya mak aku yang jahit. Baju kurung dan sewaktu denganya ler.. Blouse, tshirt beli kat kedai ler..

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin