Monday, September 14, 2009

Cuti Raya 10 hari

Ermmm.. Minggu ni dah terasa sangat bahang hari raya. Yang disekolah tak terasa sangat sebab semua kene keje lagi sampai jumaat.. Bagi pejabat2 lain, mungkin ader staff yang dah mula bercuti.. Hari Jumaat, sure dah lengang. Silap-silap ari bulan, yang tinggal hanya staff non-muslim.. Hehehhe

Aku keje sampai jumaat ni. Tah ler ari jumaat ni berapa ramai jer budak yang nak datang sekolah. Confirm register penuh telur ayam jer. Tapi nak wat macam mana. Dah namanya budak. Bab Raya ni, bukan budak jer, kiter pun nak raya.

Pengeluar kereta utama negara, pun ader semangat raya. Tiap kali lebaran tiba, industri ini akan shutdown production agak lama bagi memastikan staff2nya raya sakan. Tahun ni, dengarnya 10 hari cuti untuk lebaran ni. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Nampaknya mamat-mamat baju biru ni cuti dulu ler sebelum sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain bercuti. Dan.. Cuti rayanya sama macam kanak-kanak sekolah cuti. Elok le tu, bapak cuti, anak-anak pun cuti. Baru best nak beraya. Sepatutnya kilang-kilang lain pun kene ikut cara industri ni.. Menjaga kebajikan para pekerjanya.. Tau ker nama industri nih? Pikir le sendiri...

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin