Tuesday, September 1, 2009

Satu Perjalanan Mencabar

Pagi ni aku ke sekolah seperti biasa setelah seminggu aku bercuti (cuti sekolah). Perjalanan aku bermula dari Felda Trolak Utara. Sedang aku bersiap-siap untuk ke sekolah, kedengaran diluar hujan renyai-renyai. Hujan lagi pagi ni. Oleh kerana hujan, aku siap cepat-cepat untuk bertolak awal dari kebiasaan. Ketika aku start enjin Persona kesayananku itu, jam pada dashboar menunjukkan pukul 6.05 pagi. Rumah-rumah lain masih gelap. Agaknya penghuni masih tido lagi. Cuma yang aku lihat lampu dapur rumah Makcik Moo je yang terbuka. Aku memulakan perjalananku..

Makin lama, hujan semakin lebat. Kelajuan kereta aku turunkan memandangkan keadaan jalan yang agak basah, licin serta menakung air. Setelah melepasi pekan Sungkai, satu perjalanan yang mencabar bagi ku. Pagi ni aku bertarung dengan lori-lori yang masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing tak mahu ketepi padahal jalan 4 lorong. Takut pun ader sebenarnya. Dok kat tengah-tengah kelompok lori-lori besar, kecik je rasanya. Hujan agak lebat, dari pandangan tingkap, aku dapat rasakan diluar sana angin agak kencang. Dedaun kering berterbangan dan bersepah diatas jalan raya. Dengan keberanian yang ader, aku masuk ke lorong kiri, dan menekan pedal minyak untuk memotong pemandu-pemandu lori yang degil nih.. Ader lori yang beam lampu, hon kat aku. Aku buat derk, sape suruh tak nak ketepi. Dah dekat sampai pekan bidor baru la aku dapat potong semua lori tuh..

Perjalanan aku selepas tu maintain 80km/j. Jalan clear, hujan pun dah reda ckit. Cuma, angin agak kencang... Risau gak... Takut pokok tumbang... Pukul 7.00 pagi aku selamat sampai ke sekolah ku.. Ketika itu hujan masih lebat....

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin