Thursday, December 16, 2010

5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti

1. Makan dengan Perlahan
Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.

Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.

2. Pilih Makanan yang Perlu
Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu. Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.

3. Alas Perut Dulu
Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan. Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.

4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh
Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.

5. Bersenam
Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan. Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain. Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.

Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!

Resepi Untuk Bayi

Bubur Nasi

Bahan-bahan :
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya :
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya :
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Cara membuatnya :
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.Hidangkan.
(Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.)



Resipi masakan kentang

Bahan-bahannya :
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya :
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi



Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
(untuk baby umur 8 bulan ke atas)

Bahan-bahannya :
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Cara membuatnya :
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
(Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas)

Bahan-bahannya :
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air

Cara membuatnya :
Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.



Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

Bahan-bahannya :
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.

Bahan-bahannya :
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan.



Wednesday, December 15, 2010

Kursus Induksi SSM

Kursus yang amat aku tunggu-tunggu.. Serba sedikit mengenai kursus ini...

KURSUS INDUKSI SSM
KUMPULAN 1, AMBILAN 3/2010
8 - 10 DECEMBER 2010
TELUK DALAM RESORT, PULAU PANGKOR..


10 Dec 2010
Di atas feri, semasa perjalan pulang ke Jeti Lumut


10 December 2010
Tak sabar-sabar nak sampai jeti, nak balik cepat jumpa Qina


10 December 2010
Di Jeti Teluk Dalam, menanti ketibaan feri pada pukul 2.30pm

9 December 2010
Baru lepas makan tengah hari

10 December 2010
Bersama Kak Rozi, berdebar menanti kertas ujian diedarkan. Moga lulus kita semua...

9 December 2010
Selepas makan malam... Lepas ni nak pulun study habis-habisan.
Esok Ujian Akhir Kursus

9 December 2010
Kenangan bersama rakan-rakan sekursus di tepi pantai selepas majlis perasmian penutup
KISSM Kumpulan 1, Ambilan 3/2010.

9 december 2010
Rakan setia sepanjang kursus, Kak Rozi.. Juga rakan seperjuangan di SMK Sungai Manik.
Bergambar selepas makan malam...

8 December 2010
Hari pertama kursus.. Bergambar selepas minum petang.
Lepas ni nak berehat.. Malam karang sambung lagi kuliah.

8 December 2010
Kat tepi swimming pool... Masa yang ada di manfaatkan untuk bergambar...


Buat semua rakan-rakan sekursus, moga kita semua lulus kursus ni yer...




Friday, September 3, 2010

Riuhnya... Bila Qina mula bersembang.....

Syukur alhamdulillah puteri kesayanganku, Syauqina kini telahpun berusia 3 bulan.. Hari demi hari aku dan Sham memerhatikan perkembangan Qina.. Antaranya.....

1) Mulutnya semakin riuh bila di agah



2) Nak tido... Still isap botol walaupun susu dah abis...

Thursday, September 2, 2010

Monday, July 26, 2010

Baby Qina Kini 2 Bulan

Diam x diam, permata hatiku kini berusia 2 bulan... So, kena g check up ler kat klinik.. Syukur alhamdulillah.. Berat Qina kini 4.6kg.. Naik 0.9kg dari bulan sudah..

Opsss.... Patut la balik dari jalan-jalan hari tu, lenguh tangan mama.. Semangat sungguh badan anak mama ni.. Pipinya dah tembam.. Minum susu pun kuat.. X apa, mama x kisah.. Janji anak mama ni sihat sudah...

Hari ke hari aku melihat perkembangan Syauqina.. Semakin hari semakin membesar.. Semakin pintar.. Semakin bijak...

Qina pandai senyum.. Kadangkala ketawa bila di agah..

27 Julai aku akan memulakan tugasku kembali.. Qina terpaksa aku hantar kepada pengasuh... Hurrmmm... Mesti aku rindu dan teringatkan Qina jer bila kat sekolah nanti...

Monday, July 19, 2010

Baby Qina Selepas Cukur Jambul

Sebelum rambut Qina di cukur...

Ha.... Ni selepas rambut Qina di cukur....

Yayang Qina dah botak...

Atuk kata.. Lagi comel Qina bila dah botak.

Lastly... Ni la Baby Qina dan Mamanya...

Saturday, July 17, 2010

Kenduri Kesyukuran dan Berendoi @ Cukur Jambul Syauqina

Tarikh Majlis : 10 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang

Aturcara Majlis :

9.30 pagi - Marhaban dan Berendoi
12.00 t/hari - Doa, Tahlil dan Jamuan Makan

Terima Kasih kepada Kumpulan Marhaban Kg. Tersusun Muhibbah Batu 33, adik beradik, sanak-saudara, sahabat handai serta jiran tetangga yang hadir.

Buat Acu dan Pak Bek :
Setinggi terima kasih kerana tetap menghadirkan diri walaupun mengejar masa waktu kuliah.

Buat Kak Wa, Kak Zah and Kak Rose (wakil SMK Sg Manik) :
Terima Kasih kerana hadir dan memeriahkan majlis berendoi Syauqina.

Terima Kasih Semua

Wednesday, July 14, 2010

Baby Qina Jaundis




Perkara biasa yang di alami oleh baby yang baru lahir.. Penyakit Jaundis atau Kuning....

Monday, July 12, 2010

Di Sebalik Nama Permata Hatiku

Aku dan abang sebenarnya telah awal-awal mencari nama untuk permata hati yang bakal lahir. Kami telah sediakan nama untuk baby boy or girl...

Permata hatiku adalah seorang puteri... Kami namakannya Durrani Nursyauqina..

Maksud nama :

Durrani = Mutiaraku
Nursyauqina = Cahaya Rindu...

Sebenarnya nama Durrani ni, dari satu drama yang di siarkan di TV. Aku suka nama tu.. Jadi aku cuba cari maksudnya.. Alhamdulillah.. Maksudnya MUTIARA....

Inilah wajah comel permata hati aku dan abang... DURRANI NURSYAUQINA BINTI SHAMBRI


Sunday, July 11, 2010

Pengalaman Terindah

Melahirkan permataku yang sulung, Durrani Nursyauqina merupakan pengalaman paling indah yang tidak dapat aku lupakan... Segalanya berlaku sekelip mata... Disini aku coretkan pengalaman manis itu...

Contraction Part 1: Perjalanan pulang dari sekolah
Hari rabu 26 Mei 2010, aku ke sekolah seperti biasa.. Minggu itu minggu peperiksaan, jadi tak ader kokurikulum. Lepas je tamat waktu persekolahan, aku bergerak pulang. Perjalanan aku untuk pulang ke rumah adalah selama 1 jam. Sedang aku memandu kereta, tiba-tiba aku rasa sakit seperti menyucuk2 pada perutku. Ketika itu, kandungan ku 37 minggu.. Aku terfikir, apakah ini yang di panggil contraction.. Aku terus memandu dan berharap cepat sampai kerumah.. Sampai di rumah, sakit tadi datang lagi.. Aku baring dan terlena...

Contraction Part 2 : Perjalanan ke Tapah
Aku terjaga.. Jam menunjukkan pukul 5 petang, rasa sakit itu datang lagi.. Makin lama makin kerap.. Aku telefon mak.. Bercerita dan bertanya... Jam menunjukkan pukul 8 malam.. sakit itu datang berulang selang 10 minit. Aku dan abang mengambil keputusan untuk pulang ke Tapah. Plan kami nak balik ke rumah mak dulu.. Dalam perjalanan, aku terima SMS dari Kak Yang suruh pack barang dan balik. aku beitahu aku dah sampai pekan bidor.. Kebetulan Kak Yang bertugas malam tu, Kak Yang suruh ambil dia di depan KK Bidor. Kak Yang kata better terus ke hospital.. Jadi, kami terus ke Wad Bersalin Hospital Tapah..

Contraction Part 3 : Di Wad Bersalin Hospital Tapah
Selesai proses pendaftaran, aku terus ke katil yang di sediakan dan tukar baju colour pink yang hospital sediakan. Nurse beritahu, wad kelas 2 under renovation, so kena duduk kelas 3, tapi meal kelas 2.. Aku x kisah pun hal tu.. Kalau aku duk kelas 2, aku sorang2.. Lagi la aku takut.. Baik duk kat tempat yang ramai orang, ada kawan2 nak bersembang.. Nurse suruh tanggalkan semua barang kemas dan bagi pada suami atau family.. Lepas tu nurse suruh aku ke bilik pemeriksaan.. First, nurse check jalan, nurse kata jalan x buka lagi.. Then nurse pasang alat, check jantung baby dan kekerapan contraction, lama gak la, dekat sejam gak.. Then aku balik ke katil... Doktor bgtahu, urine test.. UTI.. Maksudnya 'kencing kotor'.. So, doktor bagi antibiotik.. Doktor kata, kalau x ada aper2, esok boleh balik.. Kemudian aku baring, rehatkan diri.. Aku x mampu melelapkan mata... Sepanjang malam aku berzikir sambil menahan sakit.. Tah bila aku terlena seketika...

Contraction Part 4 : 27 Julai 2010
Aku masih menahan sakit.. Pukul 7.00 malam, staffnurse Ang (kawan abah) panggil aku masuk ke bilik pemeriksaan.. Jalan dah buka 2 jari katanya... Sekali lagi nurse pasang alat untuk check jantung baby dan kekerapan contraction... Petang tu ramai yang temankan aku di wad.. Mak.. Adik.. Kak Yang.. Iman.. Awi dan jugak suamiku.. Itulah yang memberi aku kekuatan tiap kali sakit datang... Pukul 10.00 malam, aku dipanggil ke bilik pemeriksaan.. Jalan dah buka 5cm.. Air ketuban masih x pecah.. Nurse ambil alat dan pecahkan.. X banyak airnya kata nurse.. Nurse kata darah yang banyak... Lepas 10 malam, aku rasa mual, dan muntah2.. Kerap aku ke toilet... sehinggalah pada satu ketika, nurse mencari aku di toilet... Nama nurse tu Bashitoh.. Nurse tanya, kamu muntah ke? Aku jawap ye... Aku keluar dari toilet, dan terus ke katil. Aku nampak nurse tadi tunggu aku.. Nurse tu bagitau.. "Adik, sediakan barang baby ye.. Kita nak ke dewan bersalin sekarang." Nurse tu bantu aku.. Aku teringat nak bgtaw abang.. Aku capai handphone dan taip sms yang cukup ringkas.. "Abang, dah nak g labour room ni".. Kemudian aku bergerak ke labour room.. Dalam perjalanan, macam2 ada dalam fikiran.. Takunya tidak terkata.. Waktu tu aku sempat menjeling jam dinding wad.. Dah hampir 12.00 tgh malam...

Kelahiran Permata Hatiku..
Sampai di labour room, nurse terus sediakan peralatan.. Takutnya tidak terkata.. Nurse terangkan semuanya tentang proses kelahiran.. Aku semakin takut.. Berdebar... Gembira pun ader sebab sudah sampai masa yang aku tunggu.. Aku x henti2 berdoa, agar dipermudahkan dan selamat segalanya... Syukur alhamdulillah, setelah berusaha sedaya upaya, tepat jam 2.00pagi, 28 Mei 2010, aku mendengar tangisan permata hati yang aku tunggu-tunggu selama ini.. Lega rasanya dia telah selamat aku lahirkan.. Aku tanya pada nurse, boy or girl.. Kemudian nurse tunjukkan pada ku.. Baby girl... Nurse balut anakku dengan kain hijau hospital dan terus letak di dadaku.. Ketika itu, anakku belum lagi dibersihkan... Tangisannya terhenti ketika itu.. Aku merenungnya.. Allah Maha Besar bisik hatiku... Aku membelainya seketika... Ketika nurse mengangkat anakku untuk dibersihkan, dia kembali menangis, x mahu berpisah dengan mamanya.. Setelah segalanya selesai, jam 3.30pagi, aku di sorong keluar dari dewan bersalin.. Ketika itu abah dan abang yang setia menanti, mengetuk tingkap... Nurse beritahu, sebentar lagi dia akan buka pintu wad.. Abah dan abang masuk... Abang terus Iqamah kan anaknya... setelah itu, abang dan abah beredar.. Nurse ajar pula cara susukan anak... Dalam keadaan yang letih aku dakap anakku yang sedang tidur lena, aku baringkan dia di sebelahku... sepanjang malam itu aku x mampu melelapkan mata walau aku benar2 letih.. Sepanjang malam aku dakap dan pandang anakku...

Walaupun bertarung nyawa hampir sehari setengah, aku bersyukur pada Allah kerana memudahkan segalanya... Allah Maha Besar...

Serba sedikit tentang kelahiran permata hatiku :

Tarikh Lahir : 28 Mei 2010
Masa Lahir : 2.00 a.m
Berat ketika lahir : 2.6kg
Panjang : 47cm
Ukur lilit kepala : 31cm


Terima Kasih kepada semua staff Wad Bersalin Hospital Tapah, terutama kepada yang berada di dalam dewan bersalin, bantuan dan jasa kalian semua amat besar... Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Saturday, June 26, 2010

JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN


Shambri Bin Abdul Rahman

dan

Syaima Binti Bohori @ Bahari Bin Saodin

dengan penuh kesyukuran menjemput ke
Majlis Kesyukuran dan Berendoi puteri sulung kami
Durrani Nursyauqina Binti Shambri

pada Hari Sabtu, 10 Julai 2010,
bertempat di Lot 1789, Jalan Muhibbah 5,
Kg. Tersusun Muhibbah Batu 33, 35350 Temoh, Perak.

Aturcara Majlis :

9.00 pagi - 11.30 pagi : Marhaban dan Berendoi @ Cukur Jambul
11.30 pagi - 12.00 t/hari : Tahlil dan Doa
12.00 t/hari - 2.00 ptg : Jamuan Makan

Sekian, Terima Kasih...

Friday, June 4, 2010

Durrani Nursyauqina Binti Shambri


Baby Qina,, 1 day

Baby Qina with Papa

Permata Hati Ku..
Durrani Nursyauqina Binti Shambri

Wednesday, May 26, 2010

9 bulan 9 hari

Hari ni, kandunganku telah pun berusia 9 bulan dan 9 hari.. Kiraan minggu = 37 minggu 2 hari.. Kalau tengok pada pregnancy countdown lebih kurang 2 minggu 4 hari lagi...

Tapi aku teringat apa yang orang-orang tua selalu cakap "sejuk perut mak mengandungkan selama 9 bulan 10 hari".. Aku terfikir sejenak... Sambil mencongak-congak dan mengira usia kandungan ku... Ya.. Hari ni dah 9 bulan 9 hari... Besok la 9 bulan 10 hari... Hurmmm...... Apa akan jadi esok yer fikir ku sejenak.. Waallahualam....

Monday, May 24, 2010

37 Week Check Up

24 Mei 2010.. Seperti biasa aku g check up... Lokasi kali ni berbeza.. Biasanya aku check-up kat Klinik Desa Sungai Lampam.. Kali ni di tempat lain atas arahan nurse.. Minggu lepas nurse suruh check up dan jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Chenderong Balai..

Hari ni, aku ke sekolah terlebih dahulu memandangkan jadual waktu mengajarku agak sedikit.. Hari ni 4 masa jer.. 2 masa PSV 4 Ikhlas (Waktu 1 dan 2) dan PSV 2 Ikhlas (Waktu 9 dan 10). Jadi aku free 6 masa hari ni dari waktu 3 hingga waktu 8. Waktu free tu la aku gunakan untuk check up di KK Chenderong Balai. Serba sedikit mengenai check up untuk minggu ke 37 :

Berat : 70.8 (turun 0.9kh dalam masa 5 hari)
BP : 110/80 (normal)
Jangka masa / tinggi rahim : 37/52, 34cm (drop 2cm dr mggu lepas)
Kaki bengkak : Dua-dua kaki dah bengkak
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 12.2 (naik 1.7 dari mggu lepas) ---> lega.... mggu lepas 10.5
Gerak jantung janin : 154 by daptone

Nasihat dari doktor :
  • Semuanya ok.. Normal...
  • Doktor tanya plan nak delivery baby kat mana? Saya jawap Hospital Slim River.
  • Doktor terangkan sebab apa kaki bengkak. Doktor kata baby dah tekan salur darah, tu sebab kaki bengkak.
  • Doktor pesan, pada peringkat akhir ni, kira pergerakan bayi betul-betul. Jangan main agak jer sebab risiko kematian bagi dalam kandungan pada peringkat akhir kehamilan adalah tinggi.
  • Doktor pesan lagi, kalau baby kurang bergerak, terus je pegi hospital.. Takut baby lemas dalam kandungan..
  • Awasi jugak tanda-tanda sakit bersalin.. Ader je tanda, terus g hospital. Jangan tunggu2 lagi..

Minggu depan (38 minggu), check up kat klinik biasa...

Yang boringnya hari ni..... Mesyuarat Kewangan... Kena balik lambat... Adoiiiii...

Sunday, May 23, 2010

22 Hari Lagi

Hari ni... 23 Mei 2010.. Hari Ahad..

Seawal 6.10am mataku dah terbuka... Syukur.. Aku masih bernafas seperti biasa.. Seperti biasa, bila terjaga jer dari tidur, yang pertama yang akan aku lakukan ialah membelai kandunganku... X terasa pergerakan lagi.. Anakku masih lagi tidur nampaknya..

Perlahan-lahan aku berusaha bangkit dari katil.. Terus ke bilik air.. Mandi dan berwuduk serta menunaikan solat subuh... Setelah itu, aku baring kembali.. Hari cuti seperti inilah aku dapat berehat sepuas-puasnya... Harao-harap aku terlelap kembali...

Namun yang ku harapkan x menjadi kenyataan... Mataku terasa amat segar pagi ni..
Aku bangun... Buka semua tingkap rumah... Dan on modem serta laptop....

Aku terus buka blog ku... Pregnancy countdown itu jadi tumpuan ku...
22 hari je lagi....

22 hari lagi untuk sampai ke due date yang doktor berikan untuk aku delivery my 1st baby...
Lebih kurang 3 minggu 1 hari lagi...

Ya Allah... Cepatnya masa berlalu.. Diam x diam, x sampai sebulan lagi aku akan bergelar 'ibu @ mama' dan abang akan bergerar 'ayah @ papa'..

Aku termenung seketika... 22 hari lagi.. Itu due date yang doktor berikan.. X semestinya anakku lahir pada tarikh itu.. Mungkin lebih awal dari tarikh jangkaan itu... Semuanya Allah yang tentukan...

22 hari lagi....
Satu lagi debaran yang aku tunggu dan satu lagi perjuangan yang harus aku tempuhi. Moga segala urusanku di permudahkan nanti. Moga anakku selamat dilahirkan serta sihat.. Amin.

Saturday, May 22, 2010

36 Week Check Up

Ni la rutin ibu-ibu mengandung... Pregnancy check-up....

Secara ringkas mengenai pemeriksaan rutin untuk 26 minggu...

Berat : 71.7kg ( naik 1.8kg) --> nurse kata sepatutnya naik 1kg jer
BP : 120/70 (normal)
Jangka masa / tinggi rahim : 35 / 52, 36cm (naik 2cm)
Kedudukan / Gerak janin : Cept, 152 by daptone
Kaki bengkak : Edema
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 10.5 (drop 0.5)

Masalah :

HB aku drop lagi mimggu ni. Sebagai solution, nurse tukat ubat aku.. Biasanya aku makan Iberet Folic (warna pink, 1 biji lengkap semua vitamin).. Nurse bagi 4 jenis ubat tu balik.. Tapi untuk Iron Tablet aku kena makan 2 biji dan 2 kali sekali.. Maksudnya sehari 4 bijik... Huaaaa... Ubat ni la yang paling aku tak suka bau dia.. Tapi demi anak yang aku kasihi, aku telan jugak lak...

Nasihat :

  • Untuk atasi masalah kaki bengkak tu, nurse kata banyakkan rehat.. Jangan banyak berjalan atau berdiri terlalu lama (nurse tu tau aku ni cikgu)... Masa tido pulak, tinggikan kaki (letak bantal bawah kaki..
  • Dah 36 minggu ni.. Anytime jer aku boleh delivery my baby.. Nurse cerita tentang tanda-tanda sakit bersalin. Nurse suruh sentiasa alert dengan tanda-tanda sakit bersalin ni dan jika ada tanda-tanda ni, cepat-cepat ler pegi hospital...

Hari isnin ni.. 24 Mei 2010 aku kena jumpa doktor kat KK Chenderong Balai... Kena repeat FBC..

Monday, May 17, 2010

Sekuntum Bunga Untuk Guru-guru Tercinta

Petikan dari buku program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010...

SEKUNTUM BUNGA UNTUK GURU-GURU TERCINTA

Allah mencipta matahari,
Yang tak pernah bosan bersinar,
Seperti halnya semangat dan kasih sayangmu mendidik kami,
wahai guruku.......

Allah ciptakan bulan untuk menerangi malam,
seperti halnya engkau guru,
yang selalu membimbing dan menerangi kami
dengan pelbagai ilmi....

Allah ciptakan bintang dimalam hari sebagai penghias,
seperti halnya engkau guru,
yang selalu menghiasi hari-hari
kami dengan begitu indah....

Allah ciptakan bunga yang begitu harum,
seperti halnya engkau guru,
yang telah memberikan keharuman pada hari-hari kami,
selama kami bermain dan belajar disekolah...


SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday, May 12, 2010

Serahan Soalan Kepada Unit Peperiksaan

Hari ni (12 Mei 2010), jadual peperiksaan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun di terima..

Haa... Ni la yang saya tunggu-tunggu selama ni... Dengan adanya jadual ni.. Saya boleh settlekan urusan yang berkaitan dengan soalan exam pertengahan tahun...

Tadi.. waktu yang terluang, saya penuhi dengan mengisi ruang tarikh dan masa pada label untuk kertas soalan peperiksaan seterusnya terus seal plastik yang berisi kertas soalan tersebut..

Waktu rehat sebelum start kokurikulum.. Semua kertas soalan telah selamat saya serahkan kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan... Selesai sudah tugas berkaitan dengan kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun...

Kini.. Hanya menunggu peperiksaan bermula... Dan proses menanda skrip jawapan pelajar... Yang ni, saya x pasti.. Sempat atau tidak saya menandanya....

Al Kisah Mimpi...

Pagi tadi di bilik guru.... Semasa menjamu selera 'potluck' bersama-sama rakan setugas...

Kak Nurizan (GK Sains) menyapa saya.. Kak Zan bercerita, dia mimpikan saya telah selamat bersalin...

Saya menjawab....

Hari tu Kak Arishah pun cerita dia mimpikan saya dah selamat bersalin.. Bersalin kat surau sekolah...

Dan...

Saya sendiri juga bermimpi saya telah selamat bersalin....

Orang kata.. Mimpi ni mainan tidur...
Tapi yang saya terfikir, apakah ini memberi petunjuk bahawa saya akan melahirkan "Baby D" dalam masa terdekat ini...

Wallahualam... Hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya...

Saya hanya mampu berdoa, agar segalanya dipermudahkan....

Amin.

Saturday, May 8, 2010

Ku Mimpikan Diri Mu

Malam tadi.. Aku mimpikan sesuatu.. Dah lama tidurku x dibuai mimpi..

Aku mimpikan anakku... Aku mimpikan dia telah di lahirkan...

Dapat ku tatap wajahnya serta mendengar tangisannya walaupun seketika..

Kemudian aku terjaga dari mimpiku...

Aku berfikir.. Apakah maksud mimpi ku ini...
Apakah ini suatu petunjuk atau petanda anakku kini telah bersedia dan tidak sabar untuk melihat dunia??

Hanya Allah yang mengetahui.. Allahuakhbar...

Friday, May 7, 2010

Story 7 Mei 2010

Hari ni, hari Jumaat.. Hari yang aku tunggu.. Bukan aku tunggu sebab something speacial hari ni. Aku tunggu sebab last day for this week untuk aku bekerja.. Minggu depan lain cerita la..

Aktiviti hari ni...

Bangun pagi.. Terus je amik cerek elektrik, masak air.. Then masak nasi goreng cili padi for breakfast.. Untuk abang, macam biasa aku siap hidang atas meja.. Untuk aku.. Masuk dalam tupperware, bawak g sekolah...

Sampai sekolah, 7.15am.. Naik office, sign buka kedatangan.. Amik buku rekod kehadiran pelajar kelas 4 Cekal.. Pagi ni sekolah bergelap.. X elektrik.. Pastu masuk jap bilik guru, saje je masuk, nak kacau Kak Wa... Lama gak la lepak kat bilik guru.. Sempat makam-makan dulu bekalan yang di bawa oleh kawan-kawan..

Then turun bawah, amik buku rekod mengajar, buku rujukan PSV Form 2 terus g 4 Cekal untuk NILAM.. Pastu terus berkejar ke 2 Ikhlas untuk kelas PSV.. Then ke office untuk hantar buku rekod kehadiran 4 Cekal... Turun bawah (ICT Lab)... Makan bekalan yang aku bawa...

10.10am kelas Literasi Komputer kelas 1 Amanah.. Kat kelas ni ada la sorang budak pompuan yang tak habis-habis tanya bila nak buat ujian permata pintar. Dah internet sekolah down dekat 2 minggu dah.. Aku nak wat ujian tu macam mana.. Ujian tu online... Sabo jer la.. Tau la aku buat kerja aku... Abis kelas LK 11.30am...

Naik office.. Hantar buku rekod mengajar untuk semakan Puan Pengetua..

On the way turun bawah.. Singgah jap kat makmal KDP.. Borak-borak jap dengan Kak Ida.. Kak Ida bagitau, perut aku dah turun.. Aku sendiri tak perasan perut aku dah turun... Sebab anak aku ni x reti duk diam..

Then, turun bawah, pack barang.. Tepat jam 12.10pm... Krrriiiiggg.... Loceng persekolahan tamant berbunyi.. Dan aku punnn... Zassssssss... Balik time.......

Kat Langkap, singgah jap.. Pegi pasar langkap beli sayur dan santan.. Then ke Maybank, abang mintak tolong masukkan duit ke dalam akaun simpanan dia.. Then terus balik rumah....

Balik rumah... Simpan sayur dan santan dalam peti sejuk.. Keluarkan ikan.. Rendam.. Then aku baring-baring jap... Tapi terus terlelap.. Aku tersedar bila bunyi guruh kuat... aku bangun dan terus ke ampaian baju.. Kutip baju di ampaian... Baju tu abang yang basuh dan sidai....

Then terus ke dapur.. Masak nasik, lauk dan sayur untuk makan malam ni...

Waktu aku tulis ni, seme dah ready... Aku tunggu abang balik keje ni..

Wednesday, May 5, 2010

34 Week Check Up

Hari ni 5 Mei 2010.. Macam biasa saya pegi check-up.... Kat tempat biasa iaitu Klinik Desa Sungai Lampam.. Sejak kandungan saya dah berusia 8 bulan, kena pegi check-up 2 minggu sekali.. Nanti bila kandungan dah mencecah 36 minggu, tiap minggu kena check-up...

Serba sedikit tentang check-up saya hari ni...

Berat : 69.9 (naik 0.3kg)
BP : 110/80
Jangka masa / Tinggi rahim : 34/52, 34cm (naik 2cm) --> baby membesar yer...
Jantung baby : 142 by daptone
Kaki Bengkak : Yes... Kaki kanan saya dah mula membengkak...
Albumin : NIL
Gula : Blue

Masalah :
  • Kaki kanan dah bengkak, tapi x ketara sangat. Bila balik rumah saya bagitaw abang.. Then abang tengok la kedua2 kaki saya.. Abang cakap sebelah kiri pun dah nampak sikit-sekit bengkaknya.. Oh my god...
  • Waktu pagi lepas berus gigi, jadi mcm morning sickness.. Saya muntah.. Bukan muntah apa pun.. Muntah air jer...

Nasihat dari nurse:

  • This week nurse cerita dan bagi nasihat tengtang penyusuan susu ibu.
  • Faedah-faeadah penyusuan susu ibu
  • Exclusive breast feeding
  • Breast feeding untuk ibu yang bekerja...
Kemusykilan saya juga terjawab tentang penyusuan susu ibu ni......

  • Dah masuk 34 minggu ni (trimester 3), saya agar gusar coz tak ada lagi tanda2 pengeluaran BF pada saya
  • Nurse jawap... Relax.. Just set dalam mind kita.. Kita nak susukan baby dengan apa dan sampai bila...
  • Sampai masanya nanti (lepas baby lahir), automatik akan ada, walaupun kekadang lambat.. Setiap anak yang lahir kedunia ni ada rezkinya sendiri...
Aku rasa lega.. Segala kerisauan aku selama ni dah terjawab...

Tuesday, May 4, 2010

Sebelum Bercuti Panjang...

Bermula dari minggu lepas, saya mula membereskan semua tugas-tugas yang patut saya settlekan sebelum saya berehat selama 2 bulan...

Minggu lepas...

Soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun, telah selamat di cetak.. Cuti hujung minggu saya gunakan untuk stapler dan packing soalan tersebut dengan bantuan abang. Kalau buat sorang-sorang, mana saya mampu.. Sekarang ni saya hanya menunggu jadual rasmi peperiksaan dari Unit Penilaian dan Peperiksaan sebelum saya seal soalan tersebut..

Skema jawapan bagi PSV Kertas 1 bagi F2 dan F4, saya dah serahkan kepada Kak Ani (GKB Kemanusiaan) dan LK F1 pada Kak Ida (KP LK). Mana nak taw, siap2 jer soalan, "Baby D" saya ni nak lihat dunia dah...

Minggu lepas jugak saya kemaskini Fail Panitia, urusan2 berkaitan yuran, siap kemas meja pada hari Jumaat tu, sebab saya takut manalah lepas tu saya terus bercuti panjang...

Alhamdulillah.. Minggu ni saya masih lagi ke sekolah seperti biasa...

Hari ni (4 Mei), saya siapkan minit mesyuarat panitia KDP kali ke 2.. Serahkan salinan kepada Kak Nab (SU Akademik) dan Kak Ida (KP KDP)..

Saya plan minggu ni, kalau sempat saya nak sediakan soalan latih tubi berfokus PSV F2 & F4, untuk kegunaan selepas cuti penggal 1. Erti kata lain, untuk kegunaan guru yang akan mengganti tempat saya kelak....

Besok... 5 Mei... Saya ada appoiment check-up di Klinik Desa Sungai Lampam....

Sunday, May 2, 2010

Selamat Tiba..

Sambungan dari kisah packing barang "Baby D"...

Pada mulanya memang saya bercadang nak hantar barang2 besar jer dulu yang telah aku pack pack pada petang Khamis..

Petang Jumaat, memandangkan sekolah balik awal.. Jadi sampai rumah pun awal.. Sementara tunggu abang balik dari kerja.. Saya pun pack la lagi barang "Baby D".. Barang yang saya pack adalah

  • Baju dan seluar
  • Mitten dan botten
  • Barut
  • Napkin
  • Tuala
  • Bedung
Boleh dikatakan semua pakaian "Baby D" saya dah pack.. Dalam hati saya, x pe hantar awal, ape2 hal.. Senang.. Barang dah ader kat kampung...

Dah petang sikit, abang pun dah balik dari keje.. Abang nak mesin rumput dulu.. Sementara abang mesin rumput, saya masukkan barang-barang ke dalam kereta. Penuh bonet kereta saya dengan barang-barang baby jer.. Tepat pulul 8.30 malam, saya dan abang bertolak balik ke Tapah... Hahaha... Macam jauh jer kampungnye.. Setengah jam jer dah sampai...

Dalam kereta, abang cakap...
"Ni petunjuk nak bersalin malam ni ker... Abis angkut barang adik balik kampung. Baju pun pack lebih2..."

Saya jawap....
"Mana nak taw... Kot dia tak sabar nak tengok dunia.. Kot tuhan kata dah tiba masanya dia melihat dunia.. Kita mana nak taw.. Tu semua kuasa Allah.. Better bersedia awal... "

Hurmmm... Kekadang abang geleng kepala tengok gelagat saya.. Excited sangat.. Bukan apa.. Saya ni suka wat awal2.. X suka kelam kabut... Kekadang dah prepare awal pun jadi kelam kabut.. Inikan pulaj x prepare...

Thursday, April 29, 2010

Packing Barang "Baby D"

Ni la yang aku buat hari lepas balik dari sekolah. Hari ni ader Meeting AJK Buletin Sekolah. Abis meeting pukul 3.40ptg. Abis jer meeting, terus zasss balik rumah.. Sampai Trolak dekat-dekat pukul 5 ptg. Terus pegi pekan sehari, beli kudap-kudap ckit sebab perut dah berdondang-sayang. "Baby D" pun gerak-gerak je, dia pun lapar. So, beli kuey teow goreng, kuih chakoi dan pecal (untuk sayur makan malam ni). Sampai jer rumah, terus je buka peti sejuk keluarkan ayam, ikan dan terus rendam. Hari ni nak masak rendang ayam dan ikan goreng jer.

Sementara tunggu benda2 tu hilang aisnya, saya buat la aktivti lain. Ni la aktiviti saya, mengemas barang-barang "Baby D" untuk persediaan berpantang di Tapah. Esok atau pagi Sabtu saya dan abang akan balik ke Tapah dan kami bercadang nak mulakan penghantaran barang sedikit demi sedikit. Kiranya ni Fasa Pertama ler..

Barang-barang yang telah saya pack :
Segala2 jenis baldi
Besen mandi
Set tilam dan bantal
Barang-barang mandian dan kebersihan
Changing Mat
Kelambu Turtle
Nappy Liner

Baju dan benda-benda berkaitan pakaian saya belum pack lagi. Tu tunggu Fasa Ke 2.. Silap hari bulan, balik dari sekolah besok saya dah pack. Saya tengah excited packing barang2 sampai abang kata, "Nak bersalin malam ni ker sayang?".

Tapi saya dapat rasakan abang jugak excited sebab dia juga penah pesan pada saya kemas barang sikit-sikit supaya tak kelam kabut di kemudian hari..

Buat Baby D.. Mama dan Papa x sabar menanti kelahiran mu sayang..

Sunday, April 25, 2010

Segalanya Untuk Mu Anakku Sayang

Bantal dan tilam.. Warna hijau, warna kegemaran Papa, dan warna itu juga pilihan Papa untuk "Baby D". Papa beli set tilam ni kat Pasaraya Ku kat Gopeng.

Pampers Pureen Basic Saiz 'S'.

Set comforter (tilam) dan bantal.. Yang ni beli untuk rumah pengasuh.

Ni la benda yang paling susah Mama dan Papa nak cari. Dari pasaraya kecik sampai la ke Giant, Tesco, Ipoh Parade, Jusco Kinta City pun x jumpa.. Last-last jumpa benda ni UO Greentown Mall. Tau apa benda ni.. Kelambu bentuk macam cengkerang turtle. Dia macam khemah la.. Untuk keselamatan anak Mama dan Papa ni waktu tido.

Changing Mat..

Nasal Aspirator.. Untuk sedut hingus kalau anak Mama ni selsema.

Safety Pin.. Guna dengan napkin. Dalam tempoh pantang mungkin akan guna napkin jer kalau di rumah. Kalau nak g klinik ke, kena tahan kat wad ke, guna pampers la.

Baldi besar, baldi kecil, bakul kecil serta bakul besar.

Tempat mandi

Barang untuk kebersihan :
Cotton buds, kapas, bebola kapas, dan wet tissue serta bekas bedak

Barang Mandian :
Bedak, baby bath dan baby head to toe wash

Baju ni baru je Mama beli kat TF Tanjung Malim masa Mama dan Papa beli barang keperluan rumah hari tu ( 22 April).

Koleksi baju untuk "Baby D" yang telah siap tersusun dalam drawer.

Barut, topi, mitten dan botten. Stokin dalam plastik tu Mak Su yang belikan masa dia pergi umrah. Ada lagi mitten dan botten "Baby D", tapi dah kemas masuk dalam beg.

Kain lampin dan bedung.

Keperluan untuk rumah pengasuh. Botol susu dan beg nursery.
Ada gak "Manual Breast Pump" coz Mama plan walaupun kat nursery, anak Mama ni tetap akan menikmati BF. Bagi Mama susu ibu adalah makanan terbaik buat anak Mama. Sampai masanya baru la Mama perkenalkan susu formula. Tu pun bukan pada masa yang terdekat ni.

Ada lagi barang besar seperti :
Playpen, car safety seat, stroller dah pun di beli.

Cuma x ambil gambar je coz barang-barang tu di bungkus kemas dengan plastik hitam untuk elak dari debu dan habuk. Barang-barang tu la yang mula-mula abang dan saya beli coz benda2 tu harganya lebih tinggi. Betul kata JM Fatin, beli barang baby, especially untuk anak sulung boleh mencecah ribuan ringgit.. Memang betul pun, barang2 besar tu pun dah mencecah RM800. Beli barang-barang kecil secara ansur-ansur tu, x terasa sangat la. Walau apa pun, saya dan abang dah puas hati sebab barang keperluan "Baby D" dah complete segalanya..

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Dua buah beg yang kini sentiasa berada dalam bonet keretaku...
Beg warna coklat - beg barang keperluan baby
Beg warna kuning - beg barang keperluan saya

Dua beg ni sentiasa berada dalam kereta sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku. Buatnya aku sakit ketika berada di sekolah.. Semuanya telah berada dalam bonet keretaku sebagai persiapan awal agar aku tidak kelam kabut. Bak kata pepatah
"sediakan payung sebelum hujan".

Wednesday, April 21, 2010

32 Week Check Up

Hari ni, 21 April.. Macam biasa, saya teruskan rutin check-up saya kat Klinik Desa Sungai Lampam...

Berat : 69.6kg (naik 1.8kg)
BP : 120/80 (sama mcm 2 mggu sudah)
Jangka masa / tinggi rahim : 32/52, 32 cm (naik 2cm)
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 11.0 (turun 1.3 dr bulan sudah)
Masalah : Buku lali bengkak

Pesanan nurse :

  1. Siapkan pakaian baby (kena letak dlm kereta ckit untuk emergency kes)
  2. Basuh lampin dan baju.. Jangan letak nila coz ada chemical, kulit baby sensitif.
  3. Minum susu, ambil makanan seimbang
  4. Jangan miss makan vitamin
So far, keadaan minggu ni ok.. Cuma buku lali aku dah mula bengkak.. Masa kandungan 36 minggu (19 Mei) kena jumpa doktor.. Next appoiment aku adalah pada 5 mei 2010..

Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman Semalam

Malam tadi apa yang Kak Ayu pernah tanya kat aku dah mula jadi.. Kak Ayu pernah tanya, "Boleh tidur x?". Dulu-dulu memang best tdo.. Kiri kanan penuh bantal...

Tapi malam tadi.. Susah nak tido.. Mengiring ke kiri x kena.. Mengiring ke kanan x kena.. Baring terlentang lagi la x kena.. Serba serbi x kena malam tadi.. Rasa nak nangis malam tadi.. Sampai panggil abang.. Minta dodoikan... Hahaha.. Mesti orang kata saya ni ngada-ngada.. Tapi itu la reality yang terjadi malam semalam..

Oleh kerana x boleh nak tido, saya mintak tolong abang on TV dalam bilik.. abang kat depan, guna internet.. Malam tadi cerita "Laksamana Do Re Mi".. Saya tengok je la citer tu sebab tak boleh tido.. Tapi tak sedar bila saya dah terlelap..

Bila saya sedar, TV dah abang off..

Saturday, April 17, 2010

AYAT AL-QURAN MENGENAI ALAM RAHIM

ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Thursday, April 15, 2010

Preggy Update : MGTT

MGTT ?? Apa tu... MGTT tu istilah kat klinik... MGTT tu test untuk check ada kencing manis semasa hamil atau tidak.. Kalau orang kampung, dia panggil "Minum Air Gula".

Ni kali kedua aku terpaksa buat ujian MGTT.. Semasa kandunganku berusia 20 minggu, aku diarahkan jalani ujian ini sebab berat badan aku naik secara mendadak.. Syukur, result dia normal. Aku ingat dah tak perlu lagi la jalani ujian ni coz doktor x suruh repeat pun...

Masa check-up 7 April.. Nurse tu selak la buku aku, then jumpa doktor tulis "MGTT 28 Week". Nurse tu tanya mana keputusan MGTT masa 28 minggu.. Aku jawap le, nurse x suruh pun g test MGTT masa 28 minggu.. Then nurse tu kata, nanti dia akan confirmkan balik. Apa-apa hal da akan call..

Aku pelik, sebelum ni tak der pun. Lepas abis check-up pada 7 April tu, aku terus jumpa Kak Fatin, JM yang selalunya check aku.. Kak Fatin sekarang ni sedang cuti bersalin. Rumah dia dalam klinik tu jugak. Jadi aku pegi la menziarah dia.. Aku ceritakan perkara ni pada kak Fatin. Kak Fatin kata, sebelum ni memang tak ada doktor tulis.. Mabye doktor baru tulis masa aku jumpa doktor untuk scan baby kali kedua masa usia kandunganku 28 minggu. Kak Fatin kata, nak senang kerja, pergi jer wat test tu minggu depan (13 April).

Petang 7 April.. Nurse tu call aku dah suruh datang ke KK Chenderong Balai untuk test MGTT pada 13 April.. Hurmm.. Kena jugak... Ingat tak payah dah... Nak tak nak, terpaksa pergi.. X per la, ikut je apa nurse dengan doktor cakap.. Semuanya demi kebaikan aku dan "Baby D"..

Prosedur MGTT :

  1. Malam sebelum test MGTT kena puasa (pukul 10 malam mula puasa)
  2. Pukul 8.00am, ambil darah kali pertama.
  3. Kemudian minum air gula satu gelas.
  4. Selepas 2 jam kena ambil darah kali kedua.
Result dia.. Kena tunggu check-up yang akan datang pada 21 April 2010...

Tuesday, April 13, 2010

"Harapan Tanpa Suara"

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan


Meneliti bait-bait lirik lagu "Harapan Tanpa Suara", yang merupakan lagu tema bagi kempen "Kami Prihatin".. Sedih.. Sayu dan Pili ku rasakan...

Jika di renungi bait-bait lirik pada awal lagu ini, menceritakan keseronokan dan kedamaian seorang bayi ketika berada dalam kandungan ibu tersayang dengan harapan apabila dia melihat dunia nanti, dia akan mendapat belaian kasih dan sayang dari ibunya.. Tertanam dalam hatinya satu janji untuk menjaga ibunya satu hari nanti jika usianya panjang..

Namun.. Segala harapan dan cita-citanya terkubur angkara perbuatan ibu kandungnya sendiri yang tidak berperikemanusiaan.. Akhirnya dia terbujur kaku dan dibuang entah dimana, bagai nyawanya tiada harga..

Itulah realiti kehidupan masa kini, dimana kes pembuangan bayi kian berleluasa.. Saban hari kita mendengar ada sahaja kes baru.

Yang terbaru, mayat seorang bayi ditemui dengan bertali pusat di Sg. Choh, Rawang, Selangor.. Bergenang air mataku ketika membaca berita tersebut di surat khabar.. Comelnya anak ini detik hatiku.. Wajahnya bersih... Comel.. Tapi mengapa dia harus terkorban? Jawapannya... Hawa nafsu serakah...

Wahai insan... Wahai manusia... Dimanakah perasaan sayang? Kasih? Rasa perikemanusiaan.. Binatang pun sayangkan anak wahai manusia... Apakah manusia kini bersifat sama seperti binatang? Fikirkanlah... Renungkanlah...

Insaflah... Bertaubatlah sebelum terlambat.. Selagi pintu taubat masih terbuka luas..

Saturday, April 10, 2010

Preggy Update : 30 Week Check Up

Seperti biasa dan rutin bagi seorang ibu yang hamil untuk pegi check-up pada tarikh yang telah tercatat pada buku pink... Untuk check-up kali ni....

Tarikh : 7 April 2010 (Rabu)
Lokasi / Masa : Klinik Desa Sungai Lampam, 8.00a.m


Berat : 67.8 (naik 2 kg)
BP : 120/80 (Normal)
Jangka masa / tinggi rahim : 30/52 (30 minggu), 30cm (naik 2 cm)

Pesanan nurse :
  1. Kena control diet sebab berat badan aku naik lebih dari sepatutnya
  2. Kurangkaan makan makanan yang berlemak dan manis
  3. Nurse ajar cara kira pergerakan bayi dan cara rekod pada carta pergerakan bayi.
  4. Nurse pesan, kalau baby kurang bergerak.. Terus pergi ke hospital...

So.. Bermula 7 April bermula la episod aku mengira pergerakan "Baby D" aku ni... Seronok... Anakku sekarang ni samakin aktif bergerak.. Ketika aku mencoretkan cerita ini, anakku sedang aktif bergerak dan menendang, seolah-olah dia mengerti aku sedang menceritakan tentang dirinya...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin