Tuesday, April 13, 2010

"Harapan Tanpa Suara"

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan


Meneliti bait-bait lirik lagu "Harapan Tanpa Suara", yang merupakan lagu tema bagi kempen "Kami Prihatin".. Sedih.. Sayu dan Pili ku rasakan...

Jika di renungi bait-bait lirik pada awal lagu ini, menceritakan keseronokan dan kedamaian seorang bayi ketika berada dalam kandungan ibu tersayang dengan harapan apabila dia melihat dunia nanti, dia akan mendapat belaian kasih dan sayang dari ibunya.. Tertanam dalam hatinya satu janji untuk menjaga ibunya satu hari nanti jika usianya panjang..

Namun.. Segala harapan dan cita-citanya terkubur angkara perbuatan ibu kandungnya sendiri yang tidak berperikemanusiaan.. Akhirnya dia terbujur kaku dan dibuang entah dimana, bagai nyawanya tiada harga..

Itulah realiti kehidupan masa kini, dimana kes pembuangan bayi kian berleluasa.. Saban hari kita mendengar ada sahaja kes baru.

Yang terbaru, mayat seorang bayi ditemui dengan bertali pusat di Sg. Choh, Rawang, Selangor.. Bergenang air mataku ketika membaca berita tersebut di surat khabar.. Comelnya anak ini detik hatiku.. Wajahnya bersih... Comel.. Tapi mengapa dia harus terkorban? Jawapannya... Hawa nafsu serakah...

Wahai insan... Wahai manusia... Dimanakah perasaan sayang? Kasih? Rasa perikemanusiaan.. Binatang pun sayangkan anak wahai manusia... Apakah manusia kini bersifat sama seperti binatang? Fikirkanlah... Renungkanlah...

Insaflah... Bertaubatlah sebelum terlambat.. Selagi pintu taubat masih terbuka luas..

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin