Showing posts with label Car Club. Show all posts
Showing posts with label Car Club. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kelab Saga Iswara Negeri Perak

TARIKH : 30 OGOS 2009
MASA : 7.00 - 9.30 MALAM
LOKASI : TELUK BATIK RESORT, LUMUT, PERAK

Tuan rumah aktiviti berbuka puasa ini adalah kelab LFOC (Lumut Fiore Owner Club). Antara kelab yang hadir adalah GENESIS (Generasi Saga Iswara - Ipoh), EMPEROR, PRiSM Motor dan LFOC. Aktiviti pada perjumpaan kali ni adalah
- Berbuka puasa
- Ambang merdeka + BBQ
- Bersahur

Tapi aku dan abang tak dapat tunggu sampai sahur. Sampai dekat-dekat ambang merdeka jer.. 6 bijik kereta PRiSM Motor (Sham, Adi Kadok, Mat Noor, Teh Aloya, Epoi dan Jalut) terpaksa berundur awal atas urusan masing-masing.

Gambar masa tunggu detik 31 Ogos.. Aktiviti BBQ masa nih dengan LSOC tengah bakar ayam.

Pemilik-pemilik Saga dan Iswara yang ader dalam negeri Perak nih..

Bergambar sebagai kenangan sebelum majlis bermula

Berkumpul mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Ini adalah diantara yang hadir ke majlis ini.

Untuk majlis tu, aku dan abang pakai baju sedondon warna hijau. Warna hijau ni warna kegemaran abang. Cantik kan kami. Sama cantik sama padan..

Berhenti untuk solat Asar kat Batu 10, Lekir.

Aku dan MX kesayangan abang.

Pemilik 'MX 4448', En. Sham.

MX yang aku dan abang sayang.. Sayangnya kali ni dah takder sticker club dan Combine sebab hari tu cermin depan pecah.. Rasa kosong jer cermin tuh... X smart ler...

Berkumpul kat BHP Sungkai sebelum konvoi bergerak ke Lumut..

Secara keseluruhannya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Cuma seorang ahli kelab terpaksa dikejarkan ke Hospital Sri Manjung atas sebab kesihatan.

Saturday, August 1, 2009

Lepak-lepak dengan GENESIS Ipoh - KL

PERJUMPAAN ANTARA PRISM MOTOR CLUB DENGAN GENESIS (GENERASI SAGA ISWARA) IPOH DAN KUALA LUMPUR
TARIKH : 26 JULAI 2009
LOKASI : HUTAN LIPUR KUALA WOH, PERAK

Bergambar bersma-sama dengan GENESIS. Muka aku tak der la sebab yang amik gambo nih aku. Cube cari mana Abang Comel aku..

Abang baru lepas mandi. Ni time nak mengundur diri. Abang cakap apa tah ngan Megat.

Megat, leader PRiSM Motor bersembang dengan wakil GENESIS.

By the way, kali ni aku jumpa sorang member lama zaman sekolah teknik dulu. Husband dia ahli GENESIS Ipoh. Dah lame x jumpe siut. Aku pun da luper nama dia. Masa mandi tu aku dok pikir-pikir, dok ingat-ingatkan balik nama dia. Aku ingat jugak akhirnya. Rupa-rupanya, kawan aku tu pun cikgu jugak. Satu kapal le nih...

Wednesday, June 17, 2009

Dari Alan Dan Niesa (PRiSM Motor)



Alan dan Niesa, menjadi pengapit kami ketika Majlis di Tapah.. Ini adalah hadiah dari mereka.. Thanks to Alan dan Niesa coz sudi jadi pengapit kami...

Hadiah dari PRiSM Motor



Hadiah dari Proton Iswara Saga Motor Club...
Pandai korang yer... Kasik dapur kat aku...
Nak suh masak biler ader meeting AJK ler tu...

Hadiah dari Leader PRiSM Motor Club



Emm... Pandai gak Leader PRiSM Motor mengusik kami berdua.. Ni la hadiah dari Megat, Leader PRiSM Motor dan isternya, Pn. Hidayah.. Usik mengusik katakan..
Dan... Pada hari tu jugak, aku dan Sham bukak cerita...
Masa kenduri kawin Megat dulu, yang bagi hadiah botol susu, puting kosong dan mainan bayi tu.. Kami berdua punya kerja... Hrrmmmmm... Sama-sama terkena la nih...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin