Sunday, July 11, 2010

Pengalaman Terindah

Melahirkan permataku yang sulung, Durrani Nursyauqina merupakan pengalaman paling indah yang tidak dapat aku lupakan... Segalanya berlaku sekelip mata... Disini aku coretkan pengalaman manis itu...

Contraction Part 1: Perjalanan pulang dari sekolah
Hari rabu 26 Mei 2010, aku ke sekolah seperti biasa.. Minggu itu minggu peperiksaan, jadi tak ader kokurikulum. Lepas je tamat waktu persekolahan, aku bergerak pulang. Perjalanan aku untuk pulang ke rumah adalah selama 1 jam. Sedang aku memandu kereta, tiba-tiba aku rasa sakit seperti menyucuk2 pada perutku. Ketika itu, kandungan ku 37 minggu.. Aku terfikir, apakah ini yang di panggil contraction.. Aku terus memandu dan berharap cepat sampai kerumah.. Sampai di rumah, sakit tadi datang lagi.. Aku baring dan terlena...

Contraction Part 2 : Perjalanan ke Tapah
Aku terjaga.. Jam menunjukkan pukul 5 petang, rasa sakit itu datang lagi.. Makin lama makin kerap.. Aku telefon mak.. Bercerita dan bertanya... Jam menunjukkan pukul 8 malam.. sakit itu datang berulang selang 10 minit. Aku dan abang mengambil keputusan untuk pulang ke Tapah. Plan kami nak balik ke rumah mak dulu.. Dalam perjalanan, aku terima SMS dari Kak Yang suruh pack barang dan balik. aku beitahu aku dah sampai pekan bidor.. Kebetulan Kak Yang bertugas malam tu, Kak Yang suruh ambil dia di depan KK Bidor. Kak Yang kata better terus ke hospital.. Jadi, kami terus ke Wad Bersalin Hospital Tapah..

Contraction Part 3 : Di Wad Bersalin Hospital Tapah
Selesai proses pendaftaran, aku terus ke katil yang di sediakan dan tukar baju colour pink yang hospital sediakan. Nurse beritahu, wad kelas 2 under renovation, so kena duduk kelas 3, tapi meal kelas 2.. Aku x kisah pun hal tu.. Kalau aku duk kelas 2, aku sorang2.. Lagi la aku takut.. Baik duk kat tempat yang ramai orang, ada kawan2 nak bersembang.. Nurse suruh tanggalkan semua barang kemas dan bagi pada suami atau family.. Lepas tu nurse suruh aku ke bilik pemeriksaan.. First, nurse check jalan, nurse kata jalan x buka lagi.. Then nurse pasang alat, check jantung baby dan kekerapan contraction, lama gak la, dekat sejam gak.. Then aku balik ke katil... Doktor bgtahu, urine test.. UTI.. Maksudnya 'kencing kotor'.. So, doktor bagi antibiotik.. Doktor kata, kalau x ada aper2, esok boleh balik.. Kemudian aku baring, rehatkan diri.. Aku x mampu melelapkan mata... Sepanjang malam aku berzikir sambil menahan sakit.. Tah bila aku terlena seketika...

Contraction Part 4 : 27 Julai 2010
Aku masih menahan sakit.. Pukul 7.00 malam, staffnurse Ang (kawan abah) panggil aku masuk ke bilik pemeriksaan.. Jalan dah buka 2 jari katanya... Sekali lagi nurse pasang alat untuk check jantung baby dan kekerapan contraction... Petang tu ramai yang temankan aku di wad.. Mak.. Adik.. Kak Yang.. Iman.. Awi dan jugak suamiku.. Itulah yang memberi aku kekuatan tiap kali sakit datang... Pukul 10.00 malam, aku dipanggil ke bilik pemeriksaan.. Jalan dah buka 5cm.. Air ketuban masih x pecah.. Nurse ambil alat dan pecahkan.. X banyak airnya kata nurse.. Nurse kata darah yang banyak... Lepas 10 malam, aku rasa mual, dan muntah2.. Kerap aku ke toilet... sehinggalah pada satu ketika, nurse mencari aku di toilet... Nama nurse tu Bashitoh.. Nurse tanya, kamu muntah ke? Aku jawap ye... Aku keluar dari toilet, dan terus ke katil. Aku nampak nurse tadi tunggu aku.. Nurse tu bagitau.. "Adik, sediakan barang baby ye.. Kita nak ke dewan bersalin sekarang." Nurse tu bantu aku.. Aku teringat nak bgtaw abang.. Aku capai handphone dan taip sms yang cukup ringkas.. "Abang, dah nak g labour room ni".. Kemudian aku bergerak ke labour room.. Dalam perjalanan, macam2 ada dalam fikiran.. Takunya tidak terkata.. Waktu tu aku sempat menjeling jam dinding wad.. Dah hampir 12.00 tgh malam...

Kelahiran Permata Hatiku..
Sampai di labour room, nurse terus sediakan peralatan.. Takutnya tidak terkata.. Nurse terangkan semuanya tentang proses kelahiran.. Aku semakin takut.. Berdebar... Gembira pun ader sebab sudah sampai masa yang aku tunggu.. Aku x henti2 berdoa, agar dipermudahkan dan selamat segalanya... Syukur alhamdulillah, setelah berusaha sedaya upaya, tepat jam 2.00pagi, 28 Mei 2010, aku mendengar tangisan permata hati yang aku tunggu-tunggu selama ini.. Lega rasanya dia telah selamat aku lahirkan.. Aku tanya pada nurse, boy or girl.. Kemudian nurse tunjukkan pada ku.. Baby girl... Nurse balut anakku dengan kain hijau hospital dan terus letak di dadaku.. Ketika itu, anakku belum lagi dibersihkan... Tangisannya terhenti ketika itu.. Aku merenungnya.. Allah Maha Besar bisik hatiku... Aku membelainya seketika... Ketika nurse mengangkat anakku untuk dibersihkan, dia kembali menangis, x mahu berpisah dengan mamanya.. Setelah segalanya selesai, jam 3.30pagi, aku di sorong keluar dari dewan bersalin.. Ketika itu abah dan abang yang setia menanti, mengetuk tingkap... Nurse beritahu, sebentar lagi dia akan buka pintu wad.. Abah dan abang masuk... Abang terus Iqamah kan anaknya... setelah itu, abang dan abah beredar.. Nurse ajar pula cara susukan anak... Dalam keadaan yang letih aku dakap anakku yang sedang tidur lena, aku baringkan dia di sebelahku... sepanjang malam itu aku x mampu melelapkan mata walau aku benar2 letih.. Sepanjang malam aku dakap dan pandang anakku...

Walaupun bertarung nyawa hampir sehari setengah, aku bersyukur pada Allah kerana memudahkan segalanya... Allah Maha Besar...

Serba sedikit tentang kelahiran permata hatiku :

Tarikh Lahir : 28 Mei 2010
Masa Lahir : 2.00 a.m
Berat ketika lahir : 2.6kg
Panjang : 47cm
Ukur lilit kepala : 31cm


Terima Kasih kepada semua staff Wad Bersalin Hospital Tapah, terutama kepada yang berada di dalam dewan bersalin, bantuan dan jasa kalian semua amat besar... Hanya Allah yang dapat membalasnya...

2 comments:

~iBu aQiL~ said...

Salam akak,nak tnya masa akk bersalin kt Hospital tapah tu ok tak? insyaAllah sy akan bersalin di sana sebab umah mak kat Bidor belakang KK bidor tu jek.. berapa yea kos bersalin kat situ?

|| $@KUR@ || said...

Ok sangat2.. Nurse pun semua baik2...
Tengang kos tu, akak keje goverment, guna GL... so x bayar apa2...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin