Hari ni, aku ke sekolah terlebih dahulu memandangkan jadual waktu mengajarku agak sedikit.. Hari ni 4 masa jer.. 2 masa PSV 4 Ikhlas (Waktu 1 dan 2) dan PSV 2 Ikhlas (Waktu 9 dan 10). Jadi aku free 6 masa hari ni dari waktu 3 hingga waktu 8. Waktu free tu la aku gunakan untuk check up di KK Chenderong Balai. Serba sedikit mengenai check up untuk minggu ke 37 :
Berat : 70.8 (turun 0.9kh dalam masa 5 hari)
BP : 110/80 (normal)
Jangka masa / tinggi rahim : 37/52, 34cm (drop 2cm dr mggu lepas)
Kaki bengkak : Dua-dua kaki dah bengkak
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 12.2 (naik 1.7 dari mggu lepas) ---> lega.... mggu lepas 10.5
Gerak jantung janin : 154 by daptone
Nasihat dari doktor :
- Semuanya ok.. Normal...
- Doktor tanya plan nak delivery baby kat mana? Saya jawap Hospital Slim River.
- Doktor terangkan sebab apa kaki bengkak. Doktor kata baby dah tekan salur darah, tu sebab kaki bengkak.
- Doktor pesan, pada peringkat akhir ni, kira pergerakan bayi betul-betul. Jangan main agak jer sebab risiko kematian bagi dalam kandungan pada peringkat akhir kehamilan adalah tinggi.
- Doktor pesan lagi, kalau baby kurang bergerak, terus je pegi hospital.. Takut baby lemas dalam kandungan..
- Awasi jugak tanda-tanda sakit bersalin.. Ader je tanda, terus g hospital. Jangan tunggu2 lagi..
Minggu depan (38 minggu), check up kat klinik biasa...
Yang boringnya hari ni..... Mesyuarat Kewangan... Kena balik lambat... Adoiiiii...
No comments:
Post a Comment