Thursday, October 8, 2009

My First Pregnancy Check Up..

KK Langkap suh datang hari rabu untuk buat buku dan check up... Ramai yang kata awal lagi... Tapi aku ni jenis tak nak dengar cakap orang.. Baby yang pertama ni, biar la aku wat semenya awal... Abang cuti semalam, abang temankan aku pegi check up...

Sampai je kat KK Langkap, diaorang kata Sg. Manik bawah Chenderong Balai. Depa suruh pegi KD Pekan Rabu.. Aku mula nak menangis... Naper la hari tuh tak bagitau.. Aku dan abang pun cari la KD Pekan Rabu.. Mak aiiii... Jauh benor... Dah sampai Klinik tu, x der orang pulak... Aku call Kak Yang..... Then Kak Yang kata... Terus ke KD terdekat KD Permatang, KD Sungai Lampam... Better tanya KD Sungai Lampam... Sampai KD Sungai Lampam, Kak Fatin (JM klinik tu) bagitaw flow sebenar... Sepatutnya kena buat buku kat mana kita tinggal... Kak Fatin tu baik and caring.. Sejuk la jugak hati ni... Dia kata, x per... Dia tolong buat buku untuk aku.. Then terus je check up... Dan sejak semalam... Dapatlah aku sebuah buku yang berwarna pink ni..

Nurse tu cakap, pegi mana-mana kena bawak buku sbb kalau jadi apa-apa, hospital/klinik akan mintak buku ni... Macam-macam la nasihat dan tunjuk ajar yang Kak Fatin beri pada aku.

Oleh kerana ini kandungan pertama aku, dan check up yang pertama, Kak Fatin refer aku ke KK Chenderong Balai.. Aku tak kisah... Aku ikut jer... Sebab aku akan pastikan aku buat yang terbaik untuk 'sayang' ku ini....

Next check up aku 4 November 2009 kat KD Sungai Lampan and 13 Januari 2010 aku kena ke KK Chenderong Balai utk scan baby... Tak sabarnya nak tengok 'sayang'. 'Sayang' duduk elok-elok taw dalam rahim mama.. Mama sayang sangat kat 'sayang'...

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin