Saturday, October 10, 2009

Air Kelapa.. Jelly Kelapa.. Durian dan Fast Food

Ermmm... Tajuk post aku kali ni semenya benda makanan... Ada sedikit story tentang benda-benda ni....

Air kelapa dan jelly kelapa....
Masa aku puasa sunat 6 hari bulan Syawal tu, aku teringin sangat nak minum air kelapa dan jelly kelapa.. Oleh kerana aku x jumpa orang jual jelly kelapa, so aku buat sendiri.. Senang jer guna air kelapa, isi kelapa dan serbuk agar-agar jer.. Then masak macam wat agar2.. Sodappp....... Buka puasa pun minum air kelapa...

Durian...
Kebetulan sekarang ni tengah musim durian... Dan rambutan... Kesnya sama jugak... Oleh kerana aku puasa, so siang-siang x boleh la makan durian... Tetiba jer tengah-tengah malam, rasanya dah dekat pukul 12.oo tengah malam, aku rasa teringin sangat nak makan.. Masa tu abang x tido lagi.. Aku bagitau abang.. abang kata besok-besok la baru makan, dah tengah malam ni... Aku x puas hati, aku g dapur, amik parang kecik, then g luar rumah nak kopek durian.. Abang pun heran dengan gelagat aku.. Nak tak nak, abang keluar dan tolong kopekkan durian untuk aku... Sedap.... Sebijik durian aku makan sorang........

Fast Food.....
Macam post aku sebelum ni, rasa-rasa nak makan KFC, nampak Pizza nak makan Pizza lak...


Hurrmmmmm...... Tu la kali terakhir aku makan benda-benda ni... Lepas jer dapat tahu 'sayang' dah ader dalam diriku... Seme tu dah jadi barang larangan bagi aku....

Durian, mak pesan jangan makan, durian ni panas... Baru-baru ni jangan la makan...

Air kelapa.. Dikategorikan sebagai benda tajam... Sama gak dengan tebu dan nenas..... Kak Rose pesan, sayur kampung pun kena hati-hati..
Fast food pun ak boleh makan dah..... Ni Kak Ayu yang bagitau....... Tau naper x boleh makan fast food... Sbb banyak MSG @ ajinamoto... X elok untuk perkembangan baby... Air gas pun dah jadi barang larangan untuk aku.. Sebab... Kandungan gula tinggi... Boleh dikategorikan sebgai benda tajam..........

Banyak lagi benda yang aku berpantang buat masa ni.. Tak pe la... Ni seme aku ikut dan aku turut demi keselamatan dan kesihatan 'sayang' aku nih... Demi 'sayang' mama rela berkorban.. Mama akan buat segala yang terbaik demi 'sayang'.. Moga 'sayang mengerti, mama dan papa memang tunggu sangat-sangat 'sayang' hadir dalam hidup mama dan papa....

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin