Saturday, November 28, 2009

Laser tol.. Mentang-mentang anak pompuan dia ader

Tak elok nak ngutuk orang.. Tapi baik aku lepaskan rasa tak puas hati aku ni kat dalam blog aku ni. Bukan nak cerita keburukan... Tapi aku ni dah lama memendam rasa dan perasaan. Menahan sabar. Betul mak aku kata, buat baik macam mana pun, ader jer salah kita...

Aku dah nampak rentak mak mertua aku, kat aku dia citer la pasal kak long dan kak ngah.. Bila dengan diaorang, citer pasal aku.. Dah lama aku sabar...

Aku salute kat mak aku.. Baik buruk anak menantu tak pernah dia citer or komen apa2.. Dia terima baik buruk anak menantu dia...

Aku dengar jer mak mertua aku citer pasal daging korban.. Citer pasal takder orang hantar daging korban kat rumah.. Tak dapat daging korban.. Huh.. Tu pun nak bising ker.. Tak dapat sudah la.. Mayb family aku dah biasa, kalau tak dapat, dah set dalam mind, bukan rezki kiter... Tak kisah pun dah tak dapat...

Pasal borang SUBUR... Subsidi beras... Aku slumber jer jawap... Bagi la pada orang yang layak menerima, yang miskin tegar, yang daif... Huh.. Seme nak subsidi ker... Pendapatan peneroka ribu-ribu lemon, nak apply SUBUR jugak ker...

Persiapan awal untuk anak Mama dan Papa

Semalam, hari raya korban.. Orang lain sibuk beraya, aku dan abang sibuk ke Jusco Ipoh, Ipoh Parade dan Greentown Mall bershopping... Tak lupa, Tesco Extra Ipoh... Bukan borong barang untuk diri sendiri.. tapi untuk anak yang bakal lahir ni...

Tesco Extra Ipoh... Beli drawer untuk letak baju.. Tempat mandi baby... Then beli barang rumah ler.. Abis Rm280 kat ni...

Jusco Ipoh - Stroller, Katil baby (yang boley jadi playtent tu), seat baby dalam kereta, sikit2 baby barang.. Huh.. Kat sini dekat2 Rm600 terbang melayang-layang

Ipoh Parade dan Greentown Mall.. Window shopping jer la... 2 kat atas tu pun dah nak kopak dekat RM1K..

Semenya untuk anak mama sorang nih..

Yang wat aku bengang, bila balik Trolak... Hah.. Biasala "bigboss" abang...
"Budak pun tak cukup sifat lagi..... Wat apa nak beli dulu"

Lantak ler... Bukan aku mintak duit korang.. Duit aku sendiri tau beli seme2 tu... Tak mintak pun duit anak dia.. Risau aku perabis duit anak dia la tuh....

Malas nak berlagak.. Gaji aku 3 kali ganda gaji anak lelaki kesayangan dia... Cuma aku jenis diam jer..

Bagi mama, anak mama ni dah ada semuanya... Minggu ke minggu mama baca info perkembangan baby dari babygaga.com..

Mama sentiasa berdoa, anak mama ni selamat segalanya....

Sunday, November 15, 2009

Mengidam

Pagi tadi, pergi pasar sehari kat sungkai... Dah set dalam otak nak makan nasik lemak kedai Mak Ngah.. So, aku call Makngah dulu, reserve 2 nasik lemak.. Nasik lemak kedai Makngah ni macam goreng pisang panas, kalau lambat.. Tak merasa la.........

Minggu lepas, masa kat pasar ni aku nampak orang jual cendol.. Terliur aku tengok... Aku dah gtaw abang, aku nak cendol tu... Tapi bila round kat pasar cari barang, abang terlupa terus je balik... Memendam rasa jugak la.. tapi minggu ni aku dapat cendol tuh... Turun dari kereta aku terus tunjuk lori yang jual cendol tu kat abang, so abang terus g beli... Rasa dah jadi macam budak-budak lak skang ni...

Ermmm.... Tapi kuih ni abang masih tak dapat cari... Kuih ni kuih tradisional... Bungkus dengan daun pisang, isi dia macam bubur som-som berintikan dua bebola inti kelapa... Nama kuih ni, "Puteri Dua Sebilik"... Dah puas mencari, tapi tak jumpa.. Pada kengkawan yang tau dan penah jumpa kuih ni... Mintak tolong inform saya yer... Kesian kat baby saya nih...

Saturday, November 14, 2009

Home Sickness

Erm.. Dah lama tak update blog.. Baca blog orang lain.. Makin lama, makin malas nak tengok laptop dan surf internet. Kalau ada keperluan yang terdesak je baru on laptop and surf internet..

Buat masa ni still sama, masih lagi bergelut dengan alahan. Yang membuatkan saya rimas adalah, saya jadi 'home sickness'. Nampak jer rumah, saya jadi lemah longlai. Segala-gala alahan saya automatik datang.

Pada awalnya saya tak perasan sangat. Saya ingatkan itu alahan biasa. Saya duduk termenung, memikrkan diri saya ini. Baru la saya perasan saya bermasalah dengan rumah saya ketika ini.

Di sekolah, saya ok jer. Elok jer saya buat keje. Cuma kekadang ada lak rasa lain macamnya. 3 hari kat Berjaya Times Square Hotel, abang dah cukup risau. Risau saya lembik.. Dah la nak jaga 6 orang student. Karang terbalik kot lak, student pulak jaga saya.. Alhamdulillah saya sihat n aktif jer.. Hari Rabu, sampai jer kat simpang nak masuk rumah, tetiba saje tekak saya loya, badan saya jadi lemah...

Errrmmm... Tak tau la nak cakap apa dah.. Ni pun pening-pening lalat...

Thursday, October 29, 2009

Pengorbanan Sang Suami

Dah lama aku tak hantar post ke blog aku ni sejak aku mula bergelar "ibu mengandung" ni. Balik dari sekolah, hanya tilam dan bantal je yang ku cari. Dari sekolah lagi otak ni dah melayang ke rumah. Nak balik cepat je. Badan rasa letih teramat-amat.

Buat masa ni aku masih mengalami alahan. Sehingga kini aku tak bisa memasak seperti biasa. Cium bau dapur pun aku dah loya. Apatah lagi nak buka peti ais. Lagi la tak boleh. Kawasan dapur tu dah menjadi kawasan larangan bagi aku buat masa ni. Tah la sampai bila. Aku harap tak lama, rindu nak masak macam dulu untuk abang.

Bab makanan, abang tak cerewet. Dalam keadaan aku yang macam ni, pandai abang cari makanan sendiri. Balik je dari keje mesti ada apa2 yang abang bawak balik. Tak pun, malam abang ajak keluar makan. Buat masa ni, selera makan aku masih tak ader. Kekadang aku minum jer, sambil temankan abang makan.

Teringat kisah 2-3 hari sudah... Teman abang pegi makan. Yang aku tahu kedai tu ada air biasa-biasa je. Jus buah takder. Masa dalam kereta, aku dah start bagitau abang. Then abang tanya, nak minum air apa. Tetiba je otak aku ni teringat kat 'air kelapa'. Abang kata, kita pegi Bidor cari air kelapa, pastu datang kedai ni makan ye. Aku ikut jer. Pegi Bidor semata-mata beli air kelapa then patah balik ke Sungkai pegi makan. Aku tanya abang.. Abang jawap.. Abang sanggup berkorban asalkan aku happy... Syahdu.. Mengalir air mata aku..

Dalam keadaan aku yang tak berapa Ok ni, mujurlah abang memahami. Banyak kerja-kerja rumah yang dulunya rutin harian aku, kini diambil alih oleh abang. Cuma bab nak iron baju tu, kena buat sendiri sebab abang x expert sangat bab-bab iron baju nih. Kalau basuh, sidai dan lipat tu, dah terror dah. Cuma masak tu, harap kedai jugak la..

Balik keje, rehat kejap, abang terus buat keje rumah yang belum aku settlekan. Kiranya aku buat separuh, then abang continue. Kadang-kadang aku dah tak larat sangat, semuanya abang buat sorang, sedangkan aku sedap baring dan peluk bantal.

Hobi utama aku sejak mengandung ni.. Tido... Tu je la keje aku hari2. Balik sekolah je, tido..

Apa yang dapat aku lihat, abang banyak berubah dan berkorban sejak aku mula hamil ni. Abang ni sebenarnya cepat nak marah. Sejak aku hamil ni, abang kini aku lihat banyak bersabar dan bertenang dalam melayan karenah aku dan menguruskan rumah tangga.

Sunday, October 25, 2009

Perkara yang perlu dielakkan ketika hamil

Perkara-perkara yang perlu anda elakkan sewaktu hamil, berikut adalah perkara-perkara tersebut :-

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Saturday, October 24, 2009

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin