Thursday, April 29, 2010

Packing Barang "Baby D"

Ni la yang aku buat hari lepas balik dari sekolah. Hari ni ader Meeting AJK Buletin Sekolah. Abis meeting pukul 3.40ptg. Abis jer meeting, terus zasss balik rumah.. Sampai Trolak dekat-dekat pukul 5 ptg. Terus pegi pekan sehari, beli kudap-kudap ckit sebab perut dah berdondang-sayang. "Baby D" pun gerak-gerak je, dia pun lapar. So, beli kuey teow goreng, kuih chakoi dan pecal (untuk sayur makan malam ni). Sampai jer rumah, terus je buka peti sejuk keluarkan ayam, ikan dan terus rendam. Hari ni nak masak rendang ayam dan ikan goreng jer.

Sementara tunggu benda2 tu hilang aisnya, saya buat la aktivti lain. Ni la aktiviti saya, mengemas barang-barang "Baby D" untuk persediaan berpantang di Tapah. Esok atau pagi Sabtu saya dan abang akan balik ke Tapah dan kami bercadang nak mulakan penghantaran barang sedikit demi sedikit. Kiranya ni Fasa Pertama ler..

Barang-barang yang telah saya pack :
Segala2 jenis baldi
Besen mandi
Set tilam dan bantal
Barang-barang mandian dan kebersihan
Changing Mat
Kelambu Turtle
Nappy Liner

Baju dan benda-benda berkaitan pakaian saya belum pack lagi. Tu tunggu Fasa Ke 2.. Silap hari bulan, balik dari sekolah besok saya dah pack. Saya tengah excited packing barang2 sampai abang kata, "Nak bersalin malam ni ker sayang?".

Tapi saya dapat rasakan abang jugak excited sebab dia juga penah pesan pada saya kemas barang sikit-sikit supaya tak kelam kabut di kemudian hari..

Buat Baby D.. Mama dan Papa x sabar menanti kelahiran mu sayang..

Sunday, April 25, 2010

Segalanya Untuk Mu Anakku Sayang

Bantal dan tilam.. Warna hijau, warna kegemaran Papa, dan warna itu juga pilihan Papa untuk "Baby D". Papa beli set tilam ni kat Pasaraya Ku kat Gopeng.

Pampers Pureen Basic Saiz 'S'.

Set comforter (tilam) dan bantal.. Yang ni beli untuk rumah pengasuh.

Ni la benda yang paling susah Mama dan Papa nak cari. Dari pasaraya kecik sampai la ke Giant, Tesco, Ipoh Parade, Jusco Kinta City pun x jumpa.. Last-last jumpa benda ni UO Greentown Mall. Tau apa benda ni.. Kelambu bentuk macam cengkerang turtle. Dia macam khemah la.. Untuk keselamatan anak Mama dan Papa ni waktu tido.

Changing Mat..

Nasal Aspirator.. Untuk sedut hingus kalau anak Mama ni selsema.

Safety Pin.. Guna dengan napkin. Dalam tempoh pantang mungkin akan guna napkin jer kalau di rumah. Kalau nak g klinik ke, kena tahan kat wad ke, guna pampers la.

Baldi besar, baldi kecil, bakul kecil serta bakul besar.

Tempat mandi

Barang untuk kebersihan :
Cotton buds, kapas, bebola kapas, dan wet tissue serta bekas bedak

Barang Mandian :
Bedak, baby bath dan baby head to toe wash

Baju ni baru je Mama beli kat TF Tanjung Malim masa Mama dan Papa beli barang keperluan rumah hari tu ( 22 April).

Koleksi baju untuk "Baby D" yang telah siap tersusun dalam drawer.

Barut, topi, mitten dan botten. Stokin dalam plastik tu Mak Su yang belikan masa dia pergi umrah. Ada lagi mitten dan botten "Baby D", tapi dah kemas masuk dalam beg.

Kain lampin dan bedung.

Keperluan untuk rumah pengasuh. Botol susu dan beg nursery.
Ada gak "Manual Breast Pump" coz Mama plan walaupun kat nursery, anak Mama ni tetap akan menikmati BF. Bagi Mama susu ibu adalah makanan terbaik buat anak Mama. Sampai masanya baru la Mama perkenalkan susu formula. Tu pun bukan pada masa yang terdekat ni.

Ada lagi barang besar seperti :
Playpen, car safety seat, stroller dah pun di beli.

Cuma x ambil gambar je coz barang-barang tu di bungkus kemas dengan plastik hitam untuk elak dari debu dan habuk. Barang-barang tu la yang mula-mula abang dan saya beli coz benda2 tu harganya lebih tinggi. Betul kata JM Fatin, beli barang baby, especially untuk anak sulung boleh mencecah ribuan ringgit.. Memang betul pun, barang2 besar tu pun dah mencecah RM800. Beli barang-barang kecil secara ansur-ansur tu, x terasa sangat la. Walau apa pun, saya dan abang dah puas hati sebab barang keperluan "Baby D" dah complete segalanya..

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Dua buah beg yang kini sentiasa berada dalam bonet keretaku...
Beg warna coklat - beg barang keperluan baby
Beg warna kuning - beg barang keperluan saya

Dua beg ni sentiasa berada dalam kereta sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku. Buatnya aku sakit ketika berada di sekolah.. Semuanya telah berada dalam bonet keretaku sebagai persiapan awal agar aku tidak kelam kabut. Bak kata pepatah
"sediakan payung sebelum hujan".

Wednesday, April 21, 2010

32 Week Check Up

Hari ni, 21 April.. Macam biasa, saya teruskan rutin check-up saya kat Klinik Desa Sungai Lampam...

Berat : 69.6kg (naik 1.8kg)
BP : 120/80 (sama mcm 2 mggu sudah)
Jangka masa / tinggi rahim : 32/52, 32 cm (naik 2cm)
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 11.0 (turun 1.3 dr bulan sudah)
Masalah : Buku lali bengkak

Pesanan nurse :

  1. Siapkan pakaian baby (kena letak dlm kereta ckit untuk emergency kes)
  2. Basuh lampin dan baju.. Jangan letak nila coz ada chemical, kulit baby sensitif.
  3. Minum susu, ambil makanan seimbang
  4. Jangan miss makan vitamin
So far, keadaan minggu ni ok.. Cuma buku lali aku dah mula bengkak.. Masa kandungan 36 minggu (19 Mei) kena jumpa doktor.. Next appoiment aku adalah pada 5 mei 2010..

Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman Semalam

Malam tadi apa yang Kak Ayu pernah tanya kat aku dah mula jadi.. Kak Ayu pernah tanya, "Boleh tidur x?". Dulu-dulu memang best tdo.. Kiri kanan penuh bantal...

Tapi malam tadi.. Susah nak tido.. Mengiring ke kiri x kena.. Mengiring ke kanan x kena.. Baring terlentang lagi la x kena.. Serba serbi x kena malam tadi.. Rasa nak nangis malam tadi.. Sampai panggil abang.. Minta dodoikan... Hahaha.. Mesti orang kata saya ni ngada-ngada.. Tapi itu la reality yang terjadi malam semalam..

Oleh kerana x boleh nak tido, saya mintak tolong abang on TV dalam bilik.. abang kat depan, guna internet.. Malam tadi cerita "Laksamana Do Re Mi".. Saya tengok je la citer tu sebab tak boleh tido.. Tapi tak sedar bila saya dah terlelap..

Bila saya sedar, TV dah abang off..

Saturday, April 17, 2010

AYAT AL-QURAN MENGENAI ALAM RAHIM

ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Thursday, April 15, 2010

Preggy Update : MGTT

MGTT ?? Apa tu... MGTT tu istilah kat klinik... MGTT tu test untuk check ada kencing manis semasa hamil atau tidak.. Kalau orang kampung, dia panggil "Minum Air Gula".

Ni kali kedua aku terpaksa buat ujian MGTT.. Semasa kandunganku berusia 20 minggu, aku diarahkan jalani ujian ini sebab berat badan aku naik secara mendadak.. Syukur, result dia normal. Aku ingat dah tak perlu lagi la jalani ujian ni coz doktor x suruh repeat pun...

Masa check-up 7 April.. Nurse tu selak la buku aku, then jumpa doktor tulis "MGTT 28 Week". Nurse tu tanya mana keputusan MGTT masa 28 minggu.. Aku jawap le, nurse x suruh pun g test MGTT masa 28 minggu.. Then nurse tu kata, nanti dia akan confirmkan balik. Apa-apa hal da akan call..

Aku pelik, sebelum ni tak der pun. Lepas abis check-up pada 7 April tu, aku terus jumpa Kak Fatin, JM yang selalunya check aku.. Kak Fatin sekarang ni sedang cuti bersalin. Rumah dia dalam klinik tu jugak. Jadi aku pegi la menziarah dia.. Aku ceritakan perkara ni pada kak Fatin. Kak Fatin kata, sebelum ni memang tak ada doktor tulis.. Mabye doktor baru tulis masa aku jumpa doktor untuk scan baby kali kedua masa usia kandunganku 28 minggu. Kak Fatin kata, nak senang kerja, pergi jer wat test tu minggu depan (13 April).

Petang 7 April.. Nurse tu call aku dah suruh datang ke KK Chenderong Balai untuk test MGTT pada 13 April.. Hurmm.. Kena jugak... Ingat tak payah dah... Nak tak nak, terpaksa pergi.. X per la, ikut je apa nurse dengan doktor cakap.. Semuanya demi kebaikan aku dan "Baby D"..

Prosedur MGTT :

  1. Malam sebelum test MGTT kena puasa (pukul 10 malam mula puasa)
  2. Pukul 8.00am, ambil darah kali pertama.
  3. Kemudian minum air gula satu gelas.
  4. Selepas 2 jam kena ambil darah kali kedua.
Result dia.. Kena tunggu check-up yang akan datang pada 21 April 2010...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin