Thursday, July 2, 2009

Kisah @ Taiping

Lepas kenduri,aku ngan abang berfikir nak ke mana menghabiskan cuti ni.. Nak pergi jauh-jauh dan lama-lama, x boleh.. Sebab aku nak teman abah pergi jumpa doktor kat Hospital Teluk Intan.. Last2 aku terfikir hari Ahad (14 Jun 2009) kenduri Saiful.. Emmm.. So aku cakap kat abang, pe kater kiter lepak2 area Taiping.. Abang bg green light..

Kami ke taiping pagi Sabtu, sampai Taiping kami cari la hotel untuk bermalam. So lepas dapat bilik, kami pun g la makan kat food court. Aku penah g taiping nih.. Tapi masa zaman student dulu, ner aku igt sangat jalan. Tengah makan ru, abang terpandang satu kedai menjual peralatan asar. Abang tertarik nak ke kedai tu. Jadi lepas makan, aku teman abang.. Abang beli 2 benda yang agak penting untuk hobinya.. Tau aper hobi abang.. Merempit dengan 'moto terbang'. Moto terbang tu sebenarnya motocross. Istilah motor terbang tu mak mertua aku yang bagi. Abang beli baju motocross and bekas air. Hahaha.. terbang jugak dekat RM200...

Then kami cadang nak ke Matang... Tgh2 jalan ku, aku ternampak la Nagoya Textiles.. Cadang2nya nak usha2 jer... Kot la ader yang berkenan di hati, bley bli... Aku beli 4 pasang kain.. Terbang lagi duit abang RM77.00... Then kami teruskan perjalanan ke Matang, ni pun satu cabaran. Pusing-pusing Taiping cari signboard Matang. Tak jumper.. Akhirnya aku bukak la laptop, cari software Garmin yang Along Install untuk aku. Garmin tu GPS.. Akhirnya jumpa la jugak jalan ke Matang..

Tempat pertama kami singgah adalah Kota Ngah Ibrahim... Kat cni belajar sejarah bijih timah kat Perak. Abang pun nampak suka masuk tempat ni.. Suka tengok abang ralit membaca fakta-fakta sejarah. Bab bergambar, jangan cerita la... Hero bab bergambar.. Kami sampai agak lewat, dah nak tutup pun Kota Ngah Ibrahim tu.. Sempat la jugak menjelajah ke seluruh pelusuk kota dan bergambar sebagai kenangan.. Kota Ngah Ibrahim kami tinggalkan, perjalanan di teruskan ke Hutan Paya Bakau Matang..

Ni pulak terlajak sampai ke Pekan Kuala Sepetang.. Kena patah balik la... Sampai kat ctu abang nampak lagi excited tgk sungai, tgk pokok bakau.. Kami berjalan le dalam hutan paya bakau tu. Dalam perjalanan kami bertembung dengan beruk-beruk liar. Abang lak baik hati kasik makanan kat dioarg.. Aper lagi, beruk2 tu datang dekat dengan kami.. Cabutttttttttttt...... Penah aku ngan abang lari dari beruk2 tu...

Akhirnya kami lepak kat jeti.. Kat tepi sungai.. Sambil lepak2 tu, bersembang la pasal car club abang.. Dan masa depan kami berdua.. Merancang hidup yang bakal ditempuhi... Sembang tepi sungai.. Tenang.. Damai.. Bahgianya...

Setelah itu, kami bertolak pulang ke Taiping, cadang2nya nak makan Mee Banjir Udang.. Tapi perut aku dan abang masih kenyang.. So... Terus balik hotel....

Balik hotel, relax2.. Malam ni nak g Taiping Night Safari.. Lepak Taman Tasik Taiping.. Before g Night Safari kami makan kat food court. Ctu jer la yang kami tau tempat makan. Nak g fast food, dah bosan...

Lama gak duk dalam Night Safari Zoo Taiping... Naik train 2 kali.. Pusing2 dalam zoo jalan kaki dengan abang.. Nampaknya suka jugak abang g tempat2 mcm ni.. Bukan nak mengata, nampak sangat perangai keanak-anakan abang.. Jom yang.. sana tak pegi lagi.. Jom.. Jom.. Ti zoo tutup x dapat tgk... Hahaha.. Dialog tu aku tak luper sampai sekarang... Lagi 15 minit zoo nak tutup baru la kami keluar.. Lepak kat taman tasik taiping.. Time ni bang pesan kat aku, jangan lupa bawak sijil nikah.. Takut jugak abang ni kena serbu ngan pejabat agama.. Takder pe2 pown yang berlaku..

Badan dah letih, mata da ngantuk, kampi pun nak balik ke hotel.. Tapi, bukan terus ke hotel, sempat dulu singgah kedai pekena Chicken Chop.. Hahaha... Kenyang perut aku... Boleh la tido lena......

Sampai kat lobi hotel, nampak la sekumpulan orang kat receptionist.. Aku dan abang dah senyum.. Dagi gaya2nya, tu orang Jabatan Agama Islam.. Kata abang, nak takut aper.. Kiter kan dah ader LESEN BESAR... Kami terus ke bilik...

Baru je nak tido, telefon bilik hotel berbunyi.. Aku suruh abang jawab.. Tak berani aku nak jawab call tengah-tengah malam.. Abang pun jawab la....

"En. Shambri, kami dari Jabatan Agama Islam. Minta buka pintu bilik sekarang"

Abang tersenyum sambil bgtaw la aku orang jabatan agama ader kat luar pintu. Aku pun buka la pintu. Aku lak sibuk cari sijil nikah dalam handbag.. Aku terdengar perbualan mereka...

"Awak sorang jer ke?" Tanya org jabatan agama..
"Tak, saya dengan orang rumah saya..." Jawab abang
"Minta kad pengenalan dan sijil nikah.. "

Abang minta kad pengenalan aku.. Sambil tu aku bg sijil nikah..
Then aku pun menampakkan diri aku...

"La.. Ni yang makan kat bawah tadi yer... Patut la mcm pernah nampak" kata orang jabatan agama... Diaorang terus bagi dokumen-dokumen dan blahhh.. Hehehe

Esoknya kami ke Bukit Larut.. Kami ke kaunter tiket, cadangnya nak naik bukit larut guna landrover.. Emm.. Tiket turun balik pukul 2.00 petang jer yang ader... X merasa la abang naik bukit larut..

Oleh kerana tak merasa naik bukit larut, kami pergi ke Burmese Pool. Cadang nak lepak-lepak jerrr... Abang plak pantang nampak sungai, nak berendam jerr.... So mandi la kat Burmese Pool ni... Lama gak la kat cni... Pas ni g kenduri rumah Saiful lakkk...

On da way nak ke town Taiping, abang ternampak Signboard ATV. Masa tu dkt2 dengan Burmese Pool jugak la... Kami singgah kat ctu... dan... Bertambah satu alagi aktiviti yang tak di rancang. Best gak naik ATV nie... Pasni nak naik lagi lerrr....

Lastly, baru la sampai kar Kenduri Saiful... Masa balik, kami ikut jalan lama.. syokkkk... Langsung x jem.... Esok.... Kerjaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Tu la kisah simple honeymoon aku dan abang....

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin