Saturday, August 25, 2012

Bergumbira @ Euro Fun Park

Kengkawan lain mungkin masih bercuti di kampung, tapi aku dah pun balik ke Langkap.. Sebabnya Papa Qina cuti raya kejap jer... Jadinya malam Rabu (22/8/2012) kami sekeluarga menjejakkan kaki ke EURO FUN PARK ELUK INTAN, lokasinya kat Taman Intanova (dekat dengan Kolej Komuniti Teluk Intan).

Tengok dari luar, mainan yang ada agak best jugak, like  Genting Theme Park punya mainan.. Nak masuk, sorang kena bayar RM4.. Tu baru caj untuk masuk, naik main kena beli token... 1 token harga dia RM2..

Setiap permainan berbeza jumlah token yang diperlukan.. Majoritinya 3 token ke atas.. Ada juga yang sampai 5 token satu games (maxsimum ni)... Ada jugak games macam kat Fun Fair biasa tu, alah yang boleh menang hadiah tu....

Kat enterance Euro Fun Park..
Gambar gelap daaa... Papa lupa on flash.... 

Mama dan Qina... Ni naik Euro Wheel..
Kalau tak silap, 4 token sorang..
Ni buaian pusing, macam Eye On Malaysia..
Tinggi jugak Euro Wheel ni...

Hai Cik Qina, tangan buat "satu".. Tapi tengok ke lain....
Tak sabo nak main mainan lain ler nih...

Tak banyak gambar kami snap sebab ralit main.. Sesetengah gambar blurrr sebab snap mainan tengah bergerak, guna pulak kamera handphone je... 

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin