Friday, March 12, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Umar Ibu dan Adikku

Alhamdulillah.. Rezki emak dan adik murah. Mereka telah pergi menunaikan ibadah umrah pada 11 March 2010 dan di jangka pulang ke tanah air pada 24 March 2010. Yang turut serta menunaikan umrah bersama dengan emak dan adik adalah Adik-adik emak, iaitu Mak Nyah dan Pakwe.

Pagi 10 March, aku dan abang membawa Emak dan Mak Nyah serta abah ke rumah Anyah di Sungai Buloh. Flight Mak pukul 12.50 a.m 11 March 2010. Kami berehat dulu kat rumah Nyah. Sambil tu aku dan abang pergi ke Sentul untuk cari part motocross abang.

Selepas Solat Maghrib, kami semua bertolak ke KLIA. Sampai di KLIA hampir, bertemu dengan Pakwe dan keluarga.. Jam 10.30 malam aku dan abang bertolak pulang memandangkan kami bekerja pada esok hari. Dari KLIA terus hantar Abah, sampai Tapah dalam 1.30 a.m.. Kemudian balik rumah.. Kami samapi rumah pukul 2.15 am... Gedebum... Terus tido.. Esok kerja woiii....

No comments:

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin