Saturday, June 22, 2013

Sambut Hari Ulangtahun Kelahiran Suami Tersayang @ 1981 Cafe Rest House Tapah

Hari ni 21 June 2013, hari lahir suami tersayang, Shambri Bin Abdul Rahman. Ulangtahun kelahiran yang ke 33... Buat simple2 je.. Beli kek, hadiah and makan2 jer... Jemput my Sis Wahida and my friend Izzah...


 Qina bagi hadiah pada papa, mama bagi kad ucapan.. 
Terima kasih sayang membahagiakan hidup kami... I love u sayang...

 With Sis Wahida, turut hadir dalam majlis ringkas ni... 
TQ Sis coz sudi join...

 My friend, Izzah... Datang sekali dengan Sis Wa...
TQ Izzah!

Menu pilihan Sis Wa malam tu, Grilled Lamb Chop....

TQ buat semua yang hadir... 

Buat papa :
  1. We (Ma dan Qina) sayang papa sangat2...
  2. Moga sentiasa dimurahkan rezeki
  3. Diberikan kesihatan yang baik
  4. Dipanjangkan umur
  5. Sentiasa dilindungi limpah dan rahmat dari Ilahi
  6. Terima kasih kerana menyayangi kami dan kami bahagia bersama papa

SELAMAT HARI LAHIR PAPA!



Tuesday, December 11, 2012

My Abah Homestay - AZBA Homestay @ Malim Nawar

Kepada sesiapa yang ingin mencari rumah penginapan boleh la berkunjung ke Homestay kami ini.

Bertempat di KG TANJUNG BANGKUNG MALIM NAWAR
Keluasan 30" X 50"
Homestay bersuasana kampung

  • Selesa dan Bersih
  • Berada di pekan Malim Nawar di antara Pekan Ipoh dan Pekan Kampar
  • Dekat dengan Pusat ILSAS Malim Nawar ( 500m sahaja)
  • Lokasi homestay yang berdekatan dengan Surau Kg Tg Bangkung
  • Berhampiran dengan kemudahan ATM (Maybank)
  • Berhampiran dengan kemudahan Pam Minyak ( Esso )
  • Terdapat kedai makan yang beroperasi 24jam di Pekan Malim Nawar
  • Boleh di sewa oleh staff2 TNB yang berkursus di ILSAS Malim Nawar.

Kelebihan di dlm rumah :-

* Kelengkapan perabot (semua baru)
* Ruang tamu yang besar
* Ada meja makan,mempunyai penghawa dingin di dalam bilik utama, peti ais, tv, dapur, cerek, katil, seterika, kipas , sofa dll
* Bilik tidur ada 2
* Bilik air 1
* Dapur yang selesa lengkap dan bersih
* Tempat letak kereta yang luas
* Bilik Pertama di lengkapi 2 katil double decker
* Bilik Kedua di lengkapi dengan set katil queen

Rm200 sehari (per day)
Jika customer menginap lebih dari 2 malam , customer akan di beri potongan harga.

p/s : Untuk tempahan (booking) bayaran hendaklah dijelaskan sebanyak 50% (RM100)





Ruang Tamu 1

 Bilik Tidur 1 (Katil Queen)

Bilik Tidur 2 (Katil double decker - 2 unit - 4 orang) 


Ruang Tamu 2 

 Ruang Makan

Dapur - Kettle, periuk nasi dan dapur utk memasak disediakan


Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
016- 2155067 (Pn. Sue) / 017-4612994 (En. Bahari)

Saturday, August 25, 2012

Bergumbira @ Euro Fun Park

Kengkawan lain mungkin masih bercuti di kampung, tapi aku dah pun balik ke Langkap.. Sebabnya Papa Qina cuti raya kejap jer... Jadinya malam Rabu (22/8/2012) kami sekeluarga menjejakkan kaki ke EURO FUN PARK ELUK INTAN, lokasinya kat Taman Intanova (dekat dengan Kolej Komuniti Teluk Intan).

Tengok dari luar, mainan yang ada agak best jugak, like  Genting Theme Park punya mainan.. Nak masuk, sorang kena bayar RM4.. Tu baru caj untuk masuk, naik main kena beli token... 1 token harga dia RM2..

Setiap permainan berbeza jumlah token yang diperlukan.. Majoritinya 3 token ke atas.. Ada juga yang sampai 5 token satu games (maxsimum ni)... Ada jugak games macam kat Fun Fair biasa tu, alah yang boleh menang hadiah tu....

Kat enterance Euro Fun Park..
Gambar gelap daaa... Papa lupa on flash.... 

Mama dan Qina... Ni naik Euro Wheel..
Kalau tak silap, 4 token sorang..
Ni buaian pusing, macam Eye On Malaysia..
Tinggi jugak Euro Wheel ni...

Hai Cik Qina, tangan buat "satu".. Tapi tengok ke lain....
Tak sabo nak main mainan lain ler nih...

Tak banyak gambar kami snap sebab ralit main.. Sesetengah gambar blurrr sebab snap mainan tengah bergerak, guna pulak kamera handphone je... 

Aidilfitri 2012

Sekian lama saya tak menghntar post ke blog ni, puteri saya kini berusia 2 tahun.... Bukan tak ingat, tapi setiap kali bila nak hantar post, buat kerja lain dulu.. Last-last terlupa.....

Lepak santai cuti raya seminggu, so menghadap la blog yang dah berhabuk tebal dan bersawang ni.... Kali nih saya nak crita pasal Hari Raya 2012 saya...........

 Malam raya... Anak2 buah berserta pak sedara 
main mercun serta bunga api

 Ini Papa Qina...

 Takbir rumah ke rumah pada malam raya

 Semua berkumpul pagi raya selepas solat sunat Aidilfitri..
Abg Apot pun ader datang... 

Polka dots.. Saya dengan Cik Qina
Kak Yang dengan Cik Sufi 

 Saya sekeluarga
(Papa Qina, Mama Qina dan Cik Qina)

 Mak saye dan Haris

 Family Kak Yang

 Menantu kesayangan mintak maaf dengan mak dan pak mertua

 Giliran saya pulak mintak maap dengan mak abah,
x lupa kasik duit raya jugak

 Mak Abah dengan Family Kak Yang
(Kak Yang, Haris, Awi, Mak Abah, Iman Syuhada, Cik Din dan Fifi)

 Keluarga Besarku
Belakang : Sham, Syaima, Qina, Kak Nor dan Qasrina, Nyah, Elly, Marissa, Shahrul
Depan : Nana, Haris, Kak Yang, Awi, Mak & Qistina, Atuk, Iman, Angah, Che Din & Fifi

Mak Abah dengan Family Anyah

Mak Abah dengan Family Saya

Mak Abah dengan Family Adik

Fotografi @ bawah pokok anggur

Satuuuuuu....


Raya ke 2 : Kat rumah Mak Nyah, Kg Makmur Sg Galah

With Nana...

Friday, July 8, 2011

1 tahun telah berlalu... Cepatnya

Pejam celik, dah setahun usia puteri kesayanganku Durrani Nursyauqina... Kini usianya 1 tahun 2 bulan... Begitu pantas masa berlalu......

Kesibukan tugas-tugas dan aktiviti di sekolah ku rasakan masa untuk bersama puteriku agak terbatas... Kalau ada mesyuarat atau aktiviti pada sebelah petang, aku sampai dirumah hampir pukul 6.00 petang... Malam si kecil dah tido.. Kejap je masa bersama si kecil..

Kadangkala pernah jugak terfikir nak duduk rumah jaga anak jer... Hahaha.... Ohhh tidakkk.... Aku ada kerjaya sendiri........ Aku ada impian yang x tercapai lagi.....

Wajah Qina berusia 1 tahun 2 bulan..... Dah ada gigi 4 batang dan dah dapat kaki... Laju dah jalannya......


KRSV 2011

Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) 2011 hampir sahaja melabuhkan tirainya... Karenah anak-anak 5 Cekal dan 5 Ikhlas banyak menguji kesabaranku. Namun, ku kuatkan semangat agar ianya berjalan seperti yang di rancang..

Kelas tambahan untuk menyiapkan produk / artifak. Studio Seni SiGMA beroperasi hingga ke pukul 5.30 petang memberi ruang pada pelajar untuk menyiapkan kerja kursus mereka,


Antara hasil kerja pelajar.. Soalan tahun ini yang dipilih oleh pelajar ialah Reka Corak Pinggan Mangkuk.. Lepas ni boleyy jadi designer corak pinggan mangkuk la yer diorang ni....

Thursday, March 17, 2011

Qina dengan walker Jet Pejuang....

Dah lama mama tak update blog mama ni...

Qina kini berusia 9 bulan... Waktu usianya 7 bulan, Papa beli Walker bentuk Jet ni...

















Pada asalnya mama dah beli 1 walker masa ada 'sale' barang baby kat Tesco Kampar... Guna walker tu dulu, kemudian Pengasuh tanya pasal walker... Jadinya walker yang beli kat Tesco tu hantar kat rumah Pengasuh Qina... Papa beli walker baru untuk kegunaan di Rumah...









Cekak berbentuk riben tu pulak, beli masa malam New Year.. Awal tahun sambut New Year kat I-City Shah Alam... Cekak ada lampu.... Sekarang ni, cekak tu jadi hiasan jer...













Apa la yang di belek tu sayang? Tengah cari suis nak start Jet tu ker....

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin