Tuesday, February 23, 2010

Bawa Pulang Honda CR 125


Motocross Honda CR 125 milik Abang atas Nissan Frontier. Masa ni stop jap kat Hentian Elmina (Lebuhraya Gutrie).


Motocross idaman ke 2 Abang.. Dapat jugak Honda CR ni walaupun second hand. Nak beli yang baru, ready la RM16K keatas..


Abang bersama dengan Motocross barunya.. X sabar-sabar nak sampai rumah. Motor atas Fronttier pun dah nak try.


Member Abang, Hatta namanya yang turut serta dalam proses membawa pulang CR 125 dari Bukit Changang ke Trolak.. Thanks Hatta.. Tak lupa jugak pada Yus, yang drive Nissan Frontier ni.. Terima kasih kawan-kawan..


Nissan Frontier 2.5D Turbo Intercooler, kenderaan yang digunakan semasa proses membawa balik Motocross Honda CR 125 Abang. Kalau nak tau, nie la kereta idaman aku yang sebenarnya. Tapi apakan daya, tak mampu lagi nak memilikinya. Insyaallah, satu hari nanti..

Monday, February 22, 2010

Ekspedisi Mencari Honda CR 125 2 Stroke

Semalam.. Abang... Yus... Hatta serta aku wat kerja gila.. Demi memenuhi impian abang untuk mendapatkan motocross idamannya.. Hari tu dah deal dengan seserang kat Ipoh, tapi motor tu tak jadi jual kat abang..

So.. Bermula dari Sungai Dusun.. Kemudian ke Felda Gedangsa dan Suhartoe..
Sehinggalah lokasi terakhir.. Tanah Rancangan Belia Bukit Changgang, Banting, Selangor baru la ekspedisi kami berakhir.. Jumpa jugak la Honda CR 125 yang abang nak tu..

Dalam internet www.mudah.my brother tu letak harga RM4,700.00. Tawar punya tawar, akhirnya dapat la RM3,850.. Tu dah harga mati, x leh kurang lagi dah..

Abang setuju.. Lagi 2-3 hari baru datang, skang tengah cuti tahun baru cina, bank mana bukak nak kuar duit banyak tu..

Dalam perjalanan pulang, kami ke pekan Banting, jumpa adik.. Makan-makan.. Then gerak pulang ke Trolak.. Sampai Trolak dekat pukul 12.00 tengah malam... Jom tido.. Esok kerja...

Friday, February 5, 2010

Kembali Kepangkuan Yang Mencipta

Tanggal 31 Januari 2010 yang lalu, ibu mertuaku kembali ke Rahmatullah pada usia 69 tahun pada jam 4.35 petang. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara pada 1 Febuari 2010 jam 11.15 pagi. Moga rohnya di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman..

Al-Fatihah...

Monday, January 18, 2010

Family Trip Ke Taiping

Family Trip Ke Taiping
26 December 2009


Tempat yang dilawati :
~ Taiping Central
~ Ronda-ronda Taiping
~ Night Safari Zoo Taiping



Tuesday, December 15, 2009

18 hari.. 29 sidang

Besok, 16 December 2009, hari yang aku nanti-nantikan.. Besok berakhirlah tugas aku sebagai petugas peperiksaan SPM 2009 Negeri Perak. Aku ditempatkan di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak (AF081).

Di pusat ini, boleh dikatakan tak pernah off dengan paper.. 18 hari peperiksaan, dan 29 sidang.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar....

Ini bermakna, cutiku hanya berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja.. Tu pun minggu depan jer nak cuti betul-betul coz start 29 Disember, sekolahku akan memulakan operasi "Back To School".

Sunday, December 6, 2009

Keajaiban Ciptaan Allah.. Renungkanlah


Hari ni aku duduk rumah, bosan giler.
Aku bukak Youtube, search something
tentang pregnancy, kelahiran..
Dan aku temui video ni..
Syahdu...
Agung ciptaan Allah...
Renungkanlah...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin