Thursday, April 29, 2010

Packing Barang "Baby D"

Ni la yang aku buat hari lepas balik dari sekolah. Hari ni ader Meeting AJK Buletin Sekolah. Abis meeting pukul 3.40ptg. Abis jer meeting, terus zasss balik rumah.. Sampai Trolak dekat-dekat pukul 5 ptg. Terus pegi pekan sehari, beli kudap-kudap ckit sebab perut dah berdondang-sayang. "Baby D" pun gerak-gerak je, dia pun lapar. So, beli kuey teow goreng, kuih chakoi dan pecal (untuk sayur makan malam ni). Sampai jer rumah, terus je buka peti sejuk keluarkan ayam, ikan dan terus rendam. Hari ni nak masak rendang ayam dan ikan goreng jer.

Sementara tunggu benda2 tu hilang aisnya, saya buat la aktivti lain. Ni la aktiviti saya, mengemas barang-barang "Baby D" untuk persediaan berpantang di Tapah. Esok atau pagi Sabtu saya dan abang akan balik ke Tapah dan kami bercadang nak mulakan penghantaran barang sedikit demi sedikit. Kiranya ni Fasa Pertama ler..

Barang-barang yang telah saya pack :
Segala2 jenis baldi
Besen mandi
Set tilam dan bantal
Barang-barang mandian dan kebersihan
Changing Mat
Kelambu Turtle
Nappy Liner

Baju dan benda-benda berkaitan pakaian saya belum pack lagi. Tu tunggu Fasa Ke 2.. Silap hari bulan, balik dari sekolah besok saya dah pack. Saya tengah excited packing barang2 sampai abang kata, "Nak bersalin malam ni ker sayang?".

Tapi saya dapat rasakan abang jugak excited sebab dia juga penah pesan pada saya kemas barang sikit-sikit supaya tak kelam kabut di kemudian hari..

Buat Baby D.. Mama dan Papa x sabar menanti kelahiran mu sayang..

Sunday, April 25, 2010

Segalanya Untuk Mu Anakku Sayang

Bantal dan tilam.. Warna hijau, warna kegemaran Papa, dan warna itu juga pilihan Papa untuk "Baby D". Papa beli set tilam ni kat Pasaraya Ku kat Gopeng.

Pampers Pureen Basic Saiz 'S'.

Set comforter (tilam) dan bantal.. Yang ni beli untuk rumah pengasuh.

Ni la benda yang paling susah Mama dan Papa nak cari. Dari pasaraya kecik sampai la ke Giant, Tesco, Ipoh Parade, Jusco Kinta City pun x jumpa.. Last-last jumpa benda ni UO Greentown Mall. Tau apa benda ni.. Kelambu bentuk macam cengkerang turtle. Dia macam khemah la.. Untuk keselamatan anak Mama dan Papa ni waktu tido.

Changing Mat..

Nasal Aspirator.. Untuk sedut hingus kalau anak Mama ni selsema.

Safety Pin.. Guna dengan napkin. Dalam tempoh pantang mungkin akan guna napkin jer kalau di rumah. Kalau nak g klinik ke, kena tahan kat wad ke, guna pampers la.

Baldi besar, baldi kecil, bakul kecil serta bakul besar.

Tempat mandi

Barang untuk kebersihan :
Cotton buds, kapas, bebola kapas, dan wet tissue serta bekas bedak

Barang Mandian :
Bedak, baby bath dan baby head to toe wash

Baju ni baru je Mama beli kat TF Tanjung Malim masa Mama dan Papa beli barang keperluan rumah hari tu ( 22 April).

Koleksi baju untuk "Baby D" yang telah siap tersusun dalam drawer.

Barut, topi, mitten dan botten. Stokin dalam plastik tu Mak Su yang belikan masa dia pergi umrah. Ada lagi mitten dan botten "Baby D", tapi dah kemas masuk dalam beg.

Kain lampin dan bedung.

Keperluan untuk rumah pengasuh. Botol susu dan beg nursery.
Ada gak "Manual Breast Pump" coz Mama plan walaupun kat nursery, anak Mama ni tetap akan menikmati BF. Bagi Mama susu ibu adalah makanan terbaik buat anak Mama. Sampai masanya baru la Mama perkenalkan susu formula. Tu pun bukan pada masa yang terdekat ni.

Ada lagi barang besar seperti :
Playpen, car safety seat, stroller dah pun di beli.

Cuma x ambil gambar je coz barang-barang tu di bungkus kemas dengan plastik hitam untuk elak dari debu dan habuk. Barang-barang tu la yang mula-mula abang dan saya beli coz benda2 tu harganya lebih tinggi. Betul kata JM Fatin, beli barang baby, especially untuk anak sulung boleh mencecah ribuan ringgit.. Memang betul pun, barang2 besar tu pun dah mencecah RM800. Beli barang-barang kecil secara ansur-ansur tu, x terasa sangat la. Walau apa pun, saya dan abang dah puas hati sebab barang keperluan "Baby D" dah complete segalanya..

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Dua buah beg yang kini sentiasa berada dalam bonet keretaku...
Beg warna coklat - beg barang keperluan baby
Beg warna kuning - beg barang keperluan saya

Dua beg ni sentiasa berada dalam kereta sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku. Buatnya aku sakit ketika berada di sekolah.. Semuanya telah berada dalam bonet keretaku sebagai persiapan awal agar aku tidak kelam kabut. Bak kata pepatah
"sediakan payung sebelum hujan".

Wednesday, April 21, 2010

32 Week Check Up

Hari ni, 21 April.. Macam biasa, saya teruskan rutin check-up saya kat Klinik Desa Sungai Lampam...

Berat : 69.6kg (naik 1.8kg)
BP : 120/80 (sama mcm 2 mggu sudah)
Jangka masa / tinggi rahim : 32/52, 32 cm (naik 2cm)
Albumin : NIL
Gula : Blue
HB : 11.0 (turun 1.3 dr bulan sudah)
Masalah : Buku lali bengkak

Pesanan nurse :

  1. Siapkan pakaian baby (kena letak dlm kereta ckit untuk emergency kes)
  2. Basuh lampin dan baju.. Jangan letak nila coz ada chemical, kulit baby sensitif.
  3. Minum susu, ambil makanan seimbang
  4. Jangan miss makan vitamin
So far, keadaan minggu ni ok.. Cuma buku lali aku dah mula bengkak.. Masa kandungan 36 minggu (19 Mei) kena jumpa doktor.. Next appoiment aku adalah pada 5 mei 2010..

Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman Semalam

Malam tadi apa yang Kak Ayu pernah tanya kat aku dah mula jadi.. Kak Ayu pernah tanya, "Boleh tidur x?". Dulu-dulu memang best tdo.. Kiri kanan penuh bantal...

Tapi malam tadi.. Susah nak tido.. Mengiring ke kiri x kena.. Mengiring ke kanan x kena.. Baring terlentang lagi la x kena.. Serba serbi x kena malam tadi.. Rasa nak nangis malam tadi.. Sampai panggil abang.. Minta dodoikan... Hahaha.. Mesti orang kata saya ni ngada-ngada.. Tapi itu la reality yang terjadi malam semalam..

Oleh kerana x boleh nak tido, saya mintak tolong abang on TV dalam bilik.. abang kat depan, guna internet.. Malam tadi cerita "Laksamana Do Re Mi".. Saya tengok je la citer tu sebab tak boleh tido.. Tapi tak sedar bila saya dah terlelap..

Bila saya sedar, TV dah abang off..

Saturday, April 17, 2010

AYAT AL-QURAN MENGENAI ALAM RAHIM

ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Thursday, April 15, 2010

Preggy Update : MGTT

MGTT ?? Apa tu... MGTT tu istilah kat klinik... MGTT tu test untuk check ada kencing manis semasa hamil atau tidak.. Kalau orang kampung, dia panggil "Minum Air Gula".

Ni kali kedua aku terpaksa buat ujian MGTT.. Semasa kandunganku berusia 20 minggu, aku diarahkan jalani ujian ini sebab berat badan aku naik secara mendadak.. Syukur, result dia normal. Aku ingat dah tak perlu lagi la jalani ujian ni coz doktor x suruh repeat pun...

Masa check-up 7 April.. Nurse tu selak la buku aku, then jumpa doktor tulis "MGTT 28 Week". Nurse tu tanya mana keputusan MGTT masa 28 minggu.. Aku jawap le, nurse x suruh pun g test MGTT masa 28 minggu.. Then nurse tu kata, nanti dia akan confirmkan balik. Apa-apa hal da akan call..

Aku pelik, sebelum ni tak der pun. Lepas abis check-up pada 7 April tu, aku terus jumpa Kak Fatin, JM yang selalunya check aku.. Kak Fatin sekarang ni sedang cuti bersalin. Rumah dia dalam klinik tu jugak. Jadi aku pegi la menziarah dia.. Aku ceritakan perkara ni pada kak Fatin. Kak Fatin kata, sebelum ni memang tak ada doktor tulis.. Mabye doktor baru tulis masa aku jumpa doktor untuk scan baby kali kedua masa usia kandunganku 28 minggu. Kak Fatin kata, nak senang kerja, pergi jer wat test tu minggu depan (13 April).

Petang 7 April.. Nurse tu call aku dah suruh datang ke KK Chenderong Balai untuk test MGTT pada 13 April.. Hurmm.. Kena jugak... Ingat tak payah dah... Nak tak nak, terpaksa pergi.. X per la, ikut je apa nurse dengan doktor cakap.. Semuanya demi kebaikan aku dan "Baby D"..

Prosedur MGTT :

  1. Malam sebelum test MGTT kena puasa (pukul 10 malam mula puasa)
  2. Pukul 8.00am, ambil darah kali pertama.
  3. Kemudian minum air gula satu gelas.
  4. Selepas 2 jam kena ambil darah kali kedua.
Result dia.. Kena tunggu check-up yang akan datang pada 21 April 2010...

Tuesday, April 13, 2010

"Harapan Tanpa Suara"

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan


Meneliti bait-bait lirik lagu "Harapan Tanpa Suara", yang merupakan lagu tema bagi kempen "Kami Prihatin".. Sedih.. Sayu dan Pili ku rasakan...

Jika di renungi bait-bait lirik pada awal lagu ini, menceritakan keseronokan dan kedamaian seorang bayi ketika berada dalam kandungan ibu tersayang dengan harapan apabila dia melihat dunia nanti, dia akan mendapat belaian kasih dan sayang dari ibunya.. Tertanam dalam hatinya satu janji untuk menjaga ibunya satu hari nanti jika usianya panjang..

Namun.. Segala harapan dan cita-citanya terkubur angkara perbuatan ibu kandungnya sendiri yang tidak berperikemanusiaan.. Akhirnya dia terbujur kaku dan dibuang entah dimana, bagai nyawanya tiada harga..

Itulah realiti kehidupan masa kini, dimana kes pembuangan bayi kian berleluasa.. Saban hari kita mendengar ada sahaja kes baru.

Yang terbaru, mayat seorang bayi ditemui dengan bertali pusat di Sg. Choh, Rawang, Selangor.. Bergenang air mataku ketika membaca berita tersebut di surat khabar.. Comelnya anak ini detik hatiku.. Wajahnya bersih... Comel.. Tapi mengapa dia harus terkorban? Jawapannya... Hawa nafsu serakah...

Wahai insan... Wahai manusia... Dimanakah perasaan sayang? Kasih? Rasa perikemanusiaan.. Binatang pun sayangkan anak wahai manusia... Apakah manusia kini bersifat sama seperti binatang? Fikirkanlah... Renungkanlah...

Insaflah... Bertaubatlah sebelum terlambat.. Selagi pintu taubat masih terbuka luas..

Saturday, April 10, 2010

Preggy Update : 30 Week Check Up

Seperti biasa dan rutin bagi seorang ibu yang hamil untuk pegi check-up pada tarikh yang telah tercatat pada buku pink... Untuk check-up kali ni....

Tarikh : 7 April 2010 (Rabu)
Lokasi / Masa : Klinik Desa Sungai Lampam, 8.00a.m


Berat : 67.8 (naik 2 kg)
BP : 120/80 (Normal)
Jangka masa / tinggi rahim : 30/52 (30 minggu), 30cm (naik 2 cm)

Pesanan nurse :
  1. Kena control diet sebab berat badan aku naik lebih dari sepatutnya
  2. Kurangkaan makan makanan yang berlemak dan manis
  3. Nurse ajar cara kira pergerakan bayi dan cara rekod pada carta pergerakan bayi.
  4. Nurse pesan, kalau baby kurang bergerak.. Terus pergi ke hospital...

So.. Bermula 7 April bermula la episod aku mengira pergerakan "Baby D" aku ni... Seronok... Anakku sekarang ni samakin aktif bergerak.. Ketika aku mencoretkan cerita ini, anakku sedang aktif bergerak dan menendang, seolah-olah dia mengerti aku sedang menceritakan tentang dirinya...

Thursday, April 8, 2010

K. F. C

Akhirnya abang sampai jugak kat rumah... Abang kata nak mesin rumput kat belakang rumah coz dah semak sikit... Aku pun tunggu jer la.... Masa tu tak bagitau lagi hajat hatiku ini..

Abang selesai je mesin rumput.. Aku pun bagitau plan aku nak g makan KFC malam ni... Dalam keadaan berpeluh-peluh dan keletihan.. Abang tersenyum dan kata.. "Ok sayang.. Lepas Maghrib kiter g makan KFC yer". Aku kata kita g KFC Bidor jer.. Then abang cakap. KFC Bidor under renovation.. So, kena la g KFC Tg Malim... X kisah la... Janji aku dapat makan ayam goreng KFC hari ni... Dah lama tak masuk KFC rasanya..

Tengah lepak-lepak.. Handset abang berbunyi.. Kak Yang telefon, bagitau kerete Awe rosak kat Tg Malim.. So, apa lagi.. Terus je la siap dan bergerak ke Tg Malim.. Sampai Tg Malim, cari la bengkel tempat Awe repair kereta Merc dia.. Masa sampai, kereta Awe dah boleh jalan, tapi sementara jer.. Sebab ada part yang rosak x dapat diganti coz x der part.. Masa sampai tu pun dah pukul 7.05 pm.. Sembang-sembang jap dengan Awe.. Then Awe minta diri, dia kata nak bergerak ke Ipoh..

Lepas tu, aku dan abang terus je ke KFC Tg Malim... Ramai giler orang dalam KFC.. Yang nyatanya, paling ramai student UPSI.. Huhuhu.. Abang order Dinner Plate 2 set, Nugget dan Cheezy Wedges.. Sambil makan, WiFi... Alhamdulillah.. Kenyang perut aku... Baby siap gerak-gerak dan menendang masa aku makan ayam goreng KFC tu.. Aku gtaw abang.. Abang cakap "Baby kita yang teringin kot, tu sebab sayang terasa nak makan KFC hari ni".. Ermm....

Lepas makan KFC, abang ajak g TF.. Nak beli barang anak kita kata abang.. Aku ikut jer.. Aku tanya nak beli apa? "Apa je yang tak cukup lagi.. Abang nak pastikan barang anak cukup bulan ni. Ubat dalam pantang untuk sayang pun kena beli dah. Anytime je sayang boleh bersalin sekarang ni". Aku gelak jer.. Aku cakap.. Lambat lagi, 2 bulan lagi...

Pas beli barang kat TF.. Balik rumah.. Dalam kereta, bersembang dengan abang..

"Sebenarnya hari ni abang letih sangat-sangat"
"La.. Nape tak cakap.. Kalau gtaw tadi, takyah g hari ni.. Esok-sok pun bley"
"Takpe.. Sayang tak selalu mintak apa-apa kat abang.. Bila sayang mintak, excited abang nak tunaikan"
"KFC je bang, besok pun boleh pegi"
"Bab makanan ni lagi abang cepat nak tunaikan. Takut sayang kempunan. Kekadang bukan sayang je yang nak makan benda tu, anak dalam perut sayang tu pun teringin tau. Orang tua-tua kata, kalau isteri ngidam, kena tunaikan, takut nanti anak lahir, air liur dia meleleh"
"Hehehe.. Terima kasih sayang.. Happy sangat hari ni.. Seronok sangat-sangat"

Sebenarnya abang memang jaga aku betul-betul time aku tengah mengandung ni. Kalau jalan, abang sentiasa tengok kaki aku melangkah.. Nak turun tangga, tempat yang licin.. Abang pegang tangan aku kuat-kuat.. Takut aku terjatuh..

Kalau aku terjaga tengah malam, bangun nak ke toilet.. Abang pasti bangun sekali.. Seolah-olah tidurnya tak lena..

Kalau di tempat kerja, abang selalu menghantar sms bertanyakan keadaanku.. Pukul berapa aku akan pulang dari sekolah..

Bukanlah selama ni abang tak layan aku dengan baik.. Abang memang suami yang baik, penyabar dan ringan tulang... Tapi sejak aku mengandung ni, bertambah-tambah lagi baiknya...

Kini ku percaya... Betullah kata orang.. Kehadiran cahaya mata @ orang baru ni mengeratkan lagi kasih sayang suami dan isteri...

Wednesday, April 7, 2010

Mengidam K. F. C

Semalam, balik dari aktiviti kokurikulum.. Masa lalu kat Langkap.. Aku terpandang KFC.. Tetiba je terasa teringin nak makan ayam goreng KFC.. Rasa macam nak singgah, bungkus bawak balik makan kat rumah.. Hurmm.. X best makan sorang-sorang...

Sampai rumah.. Tunggu abang balik keje.. Nak ajak abang makan KFC kat KFC Bidor. Then, bley jalan-jalan jap... Bila la abang nak sampi rumah ni...

Sunday, April 4, 2010

Abang dan interview kerjanya

Syukur alhamdulillah.. Abang dah selamat menjalani interviewnya pada 31 March di HBUK. Ketika tu aku tak berapa sihat (MC). Dalam keadaan kaki ku yang masih sakit (Belum lagi pegi klinik), sebab nak lepaskan interview abang dulu.. Aku menemani abang ke HBUK untuk memberi semangat dan kekuatan pada abang.. 9.45am abang kembali ke kereta..

Aku tanya.. Kenapa.. Sebab awal sangat dah selesai.. Abang jawap dah selesai interview.. Aku tanya macam mana interview.. Abang pun cerita la..

Mula-mula ada ujian bertulis. Aku tanya, boleh jawap ker.. Abang kata boleh. Soalan dia tentang kebaikan internet.. Kemudian kena pergi buat ujian mata.. Sebab abang apply jawatan "Pemandu". Selesai tu, baru la interview secara lisan.. Abang kata, dalam senarai nama tu, nama abang nombor 8. Tak lama lepas ujian mata tu, nama abang dah di panggil. O.. Patut la cepat..

Aku tanya lagi.. Apa yang di tanya masa interview.. Mula-mula kena perkenalkan diri. Kemudian tanya pasal kesihatan, kempen-kempen kesihatan.. Sebelum abis tu, tanya nama Menteri Kesihatan.. Huh.. X sia-sia aku surf internet cari nama menteri dan timbalan menteri kesihatan.. Lepas tu abis...

Abang kata.. Kalau ada rezeki abang dan baby.. Dapat la kerja ni kott.. Abang tersenyum...

Friday, April 2, 2010

Preggy Update : Kaki kejang dan sakit

Sebenarnya bermula 29 March, lepas aku naik ke Bilik Seni, aku dah mula rasa kaki aku sakit dan lenguh-lenguh. Aku fikir mayb kaki aku lenguh. 30 March aku ke sekolah dan mengajar seperti biasa walaupun kakiku masih sakit. Hari Selasa, jadual waktu mengajarku agak lapang berbanding dari hari lain, jadi aku banyak bergerak untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran. Kebetulan petang 30 March tu aku ada Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Hilir Perak di SMK Raja Muda Musa. Kena buat analisis SPM 3 tahun (2007 - 2009) untuk mensyuarat tu, jadi aku lagi banyak bergerak.

Kemudian aku ke SMK Raja Muda Musa.. Sewaktu naik tangga ke Bilik Gerakan. terasa teramat-amat sakit kakiku. Perit sungguh rasanya. Sampai di bilik gerakan, aku duduk sambil mengurut=ngurut kaki ku... Apa yang aku fikirkan, cepat la mesyuarat ni berakhir.. Waktu turun dari tangga begitu juga aku rasakan.. Sakit yang teramat-amat..

Sampai di rumah, dah pukul 6.30 petang.. Abang dah sampai rumah masa tu.. Aku masih mampu berjalan masuk ke rumah. Aku mengadu pada abang.. Kaki ku perit.. Sakit sangat-sangat.. Abang tanya, nak pergi hospital @ klinik ker? Aku kata, x payah. Aku bagitau abang hari ni aku banyak berjalan, sebab tu kaki aku sakit. Abang urut kaki aku... Rasa kurang sikit sakitnya lepas abang urut..

Pagi 31 March.. Hari ni aku bangun awal dari biasa memandangkan abang nak g interview kat Ipoh... Sewaktu bangun, aku rasakan kaki aku sakit teramat sangat.. Aku cuba gerakkan kakiku.. Tapi x terdaya.. Aku kejut abang... Aku cakap kaki aku cramp.. Nak ajak abang g hospital sekarang, kesian lak kat abang.. Dia nak g interview kerja kerajaan..

Aku decide nak duduk rumah mak sementara abang balik dari interview.. Tapi akhirnya aku ikut sekali.. Aku hanya baring dalam kereta sepanjang abang jalani ujian bertulis dan interview.. Nasib baik tak lama, dalam pukul 9.45am dah selesai.. Abis je, trus je balik Tapah dan g klinik..

Kat klinik, aku cerita la dari A sampai Z kat doktor tu.. Then doktor tu bagi la penjelasan mengenai keadaan yang aku alami. Doktor kata cramp tu di sebabkan oleh kekurangan kalsium.. Kaki sakit dan lenguh-lenguh mungkin disebabkan oleh pertambahan berat badan.. Doktor bagi ubat untuk tambah calcium.. Doktor sunggest aku minum susu high calcium.. Then masa tidur, letak bantal kat kaki... Bagi kaki tinggi sikit... Aku gtaw doktor aku x kerja hari ni, then doktor tu tanya, esok kerja ke? Aku jawap kerja, hari ni je aku x g keje sebab problem ni.. Then abang bagitau, aku jalan pun kena papah, nak bangun sendiri pun susah.. Kalau pegi sekolah besok, kena turun naik tangga, bergerak.. Doktor tu senyum.. Doktor tu kata, baik la rehat esok.. Bagi kaki tu rehat... Kalau tak rehat, sakit tu takkan berkurangan.. Akhirnya doktor bagi aku MC 2 hari (31 March dan 1 April)..

1 April 2010... April Fool... Duduk rumah, memang aku betul-betul rehat... Baring je rehatkan kaki aku nih... Alhamdulillah, dah ok sikit... Boleh bergerak sendiri tanpa bantuan abang...

2 April 2010... Alhamdulillah.. Kaki ku dah bertambah ok.. Aku boleh bergerak sendiri dengan lancar, tapi slow... Kat tangga bermasalah sikit.. Ada rasa sakit bila naik tangga...

Tak pe... Besok Sabtu.. Aku boleh rehat sepuas-puasnya...

Thursday, April 1, 2010

Rezeki Anak

Macam biasa abang akan tengok surat kat letter box.. Ada satu kertas dari Pos Malaysia yang bagitau ada Pos Laju yang perlu di tuntut dengan kadar segera di Pejabat Pos Sungkai. Jadi, petang tu abang pun pegi la tuntut surat tu.. Aku hanya menunggu dalam kereta...

Satu sampul surat putih, di hadapannya tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Surat apa pulak ni, saman ker.. Then aku belek blakang sampul surat tu.. Nampak cop "Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia". Aku agak-agak sure surat interview, coz aku yang onlinekan permohonan kerja ni senyap-senyap tanpa pengetahuan abang. Abang terkejut.. Bila masa dia apply kerja ni.. Then aku bagitau, aku yang applykan...

Tarikh interview abang, 31 March 2010 (Rabu) kat Hospital Bahagia Ulu Kinta..

Abang kata.. Syukur.. Ada jugak surat panggilan interview kerja kerajaan.. Kalau dapat kerja ni, ni semua rezeki untuk anak kita kata abang..

Buat abang, slamat berjaya..

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin