Monday, March 29, 2010

Seminggu Bersama Iman

Memandangkan emak menunaikum umrah, jadi cuti sekolah seminggu aku yang jaga anak buah aku yang comel lote nih.. Iman namanya.. Kami panggil di 'kango'.. Aku dan abang amik Iman pada 13 March.. Kebetulan Abang Long pun nak ikut balik Trolak. So, bawak la dua-dua anak kakak aku ni balik Trolak.

Seronok jaga Iman.. Pagi2 bangun jer dari tidur.. Totoi 1 botol... Dia sendiri tunjuk tong susu dia.. Lepas tu dia main, golek-golek atas tilam... Sambil-sambil tu, bagi dia breakfast. Iman ni kuat makan. Bagi je la apa saja makanan yang tak pedas, sure habis.. Biasanya pagi Iman makan nasi lemak (nasi dia jer), roti canai ataupun kalau aku wat cucur, cucur pun habis... Biasanya pukul 9 pagi Iman akan mandi. Lepas mandi, Iman main dalam playpen.. Dan minum pagi dalam pulu 10 lebih... Menu dia... Biskut tiger @ roti bersama 1 botol totoi.. Dan biasanya lepas minum pagi Iman akan tidur.. Time dia tidur tu la aku masak makan tengah hari... Bangun tidur... Iman akan makan tengah hari.. Biasanya dia akan makan dalam satu mangkuk nasik bersama dengan sup, lauk (ikan @ ayam @ telur) serta sayur serta dengan 1 gelas air kosong @ ada perisa... Then dia akan sambung main... Sampai la ke petang.. Petang.. Aku akan sediakan minum petang.. Iman akan minum petang ikut menu minum petang aku... Kalau dia ngantuk dalam pukul 5 dia akan tidur balik... Kalau tidak, dia akan berjaga sampai la ke malam... Petang, kalau Iman tak tidur, aku bawak dia kuar jalan-jalan dekat-dekat rumah. Ada sekali tu. Abang ajak bawak diaorang g main playground kat Tasik Proton City.. Sayangnya, dah dekat nak sampai.. Iman terlena... Abang Long jer la main sorang-sorang... Malam. Iman akan makan nasik lagi... Dan sebelum tidur... Totoi 1 botol... Nak tidurkan dia, kena tutup semua lampu.. Kalu x. dia x akan tido...

Hurmmm... Masa tulis coretan ni.. Dah hantar Iman balik kepada ibunya... Hari ahad 21 March hantar balik Iman.. Bila balik Trolak aku jadi sedih.. Rasa sunyi sangat tak ada budak-budak nih.. Aku tengok playpen tempat Iman main, bergenang air mata aku..

Friday, March 12, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Umar Ibu dan Adikku

Alhamdulillah.. Rezki emak dan adik murah. Mereka telah pergi menunaikan ibadah umrah pada 11 March 2010 dan di jangka pulang ke tanah air pada 24 March 2010. Yang turut serta menunaikan umrah bersama dengan emak dan adik adalah Adik-adik emak, iaitu Mak Nyah dan Pakwe.

Pagi 10 March, aku dan abang membawa Emak dan Mak Nyah serta abah ke rumah Anyah di Sungai Buloh. Flight Mak pukul 12.50 a.m 11 March 2010. Kami berehat dulu kat rumah Nyah. Sambil tu aku dan abang pergi ke Sentul untuk cari part motocross abang.

Selepas Solat Maghrib, kami semua bertolak ke KLIA. Sampai di KLIA hampir, bertemu dengan Pakwe dan keluarga.. Jam 10.30 malam aku dan abang bertolak pulang memandangkan kami bekerja pada esok hari. Dari KLIA terus hantar Abah, sampai Tapah dalam 1.30 a.m.. Kemudian balik rumah.. Kami samapi rumah pukul 2.15 am... Gedebum... Terus tido.. Esok kerja woiii....

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin