Thursday, October 29, 2009

Pengorbanan Sang Suami

Dah lama aku tak hantar post ke blog aku ni sejak aku mula bergelar "ibu mengandung" ni. Balik dari sekolah, hanya tilam dan bantal je yang ku cari. Dari sekolah lagi otak ni dah melayang ke rumah. Nak balik cepat je. Badan rasa letih teramat-amat.

Buat masa ni aku masih mengalami alahan. Sehingga kini aku tak bisa memasak seperti biasa. Cium bau dapur pun aku dah loya. Apatah lagi nak buka peti ais. Lagi la tak boleh. Kawasan dapur tu dah menjadi kawasan larangan bagi aku buat masa ni. Tah la sampai bila. Aku harap tak lama, rindu nak masak macam dulu untuk abang.

Bab makanan, abang tak cerewet. Dalam keadaan aku yang macam ni, pandai abang cari makanan sendiri. Balik je dari keje mesti ada apa2 yang abang bawak balik. Tak pun, malam abang ajak keluar makan. Buat masa ni, selera makan aku masih tak ader. Kekadang aku minum jer, sambil temankan abang makan.

Teringat kisah 2-3 hari sudah... Teman abang pegi makan. Yang aku tahu kedai tu ada air biasa-biasa je. Jus buah takder. Masa dalam kereta, aku dah start bagitau abang. Then abang tanya, nak minum air apa. Tetiba je otak aku ni teringat kat 'air kelapa'. Abang kata, kita pegi Bidor cari air kelapa, pastu datang kedai ni makan ye. Aku ikut jer. Pegi Bidor semata-mata beli air kelapa then patah balik ke Sungkai pegi makan. Aku tanya abang.. Abang jawap.. Abang sanggup berkorban asalkan aku happy... Syahdu.. Mengalir air mata aku..

Dalam keadaan aku yang tak berapa Ok ni, mujurlah abang memahami. Banyak kerja-kerja rumah yang dulunya rutin harian aku, kini diambil alih oleh abang. Cuma bab nak iron baju tu, kena buat sendiri sebab abang x expert sangat bab-bab iron baju nih. Kalau basuh, sidai dan lipat tu, dah terror dah. Cuma masak tu, harap kedai jugak la..

Balik keje, rehat kejap, abang terus buat keje rumah yang belum aku settlekan. Kiranya aku buat separuh, then abang continue. Kadang-kadang aku dah tak larat sangat, semuanya abang buat sorang, sedangkan aku sedap baring dan peluk bantal.

Hobi utama aku sejak mengandung ni.. Tido... Tu je la keje aku hari2. Balik sekolah je, tido..

Apa yang dapat aku lihat, abang banyak berubah dan berkorban sejak aku mula hamil ni. Abang ni sebenarnya cepat nak marah. Sejak aku hamil ni, abang kini aku lihat banyak bersabar dan bertenang dalam melayan karenah aku dan menguruskan rumah tangga.

Sunday, October 25, 2009

Perkara yang perlu dielakkan ketika hamil

Perkara-perkara yang perlu anda elakkan sewaktu hamil, berikut adalah perkara-perkara tersebut :-

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Saturday, October 24, 2009

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Friday, October 23, 2009

Demam = MC 2 hari

Semalam, macam biasa 5.30am aku terjaga dari tidur. Teringat tudung tak iron lagi. Baju aku dah iron. Aku decide untuk mandi dulu, Masa on da way nak pegii bilik air tu, aku rasa pitam, rasa nak tumbang. Nasib baik sempat paut meja makan.. Aku duduk, rehat kejap...

Then aku terus pegi mandi.. Masa mandi tu badan aku mengigil dan kepala aku bertambah-tambah pening. Macam biasa, tiap kali mandi aku akan muntah teruk. Dalam kepala pikir nak MC jer. Macam mana nak drive dengan keadaan macam ni.

Masa tu abang ada depan pintu bilik mandi tunggu aku. Tengok aku menggigil, terus abang suruh aku MC jer. Abang cakap, dah ujung tahun kan.. Silibus dah abis.. MC jer rehat kat rumah.

Abang telefon line leader dia bagitau dia MC. Abang MC gak semalam. Then g klinik panel Proton. Nak g hospital, jenuh r nak tunggu. Sebelum tu ada tanya Kak Ana, boleh ke pergi klinik swasta. Kak Ana kata boleh, cuma bawak je buku pink tu je...

Abang telefon dulu klinik, sebab tak nak tunggu lama. Sampai klinik tu, kejap je nama aku dah dipanggil.

Aku bagitau doktor, badan aku panas, selsema dan ada batuk.. Doktor check B.P, B.P aku tinggi.. Check suhu.. 37.4 jer... Then ada la doktor advice macam-macam kat aku dan abang..

Aku tanya doktor, boleh tak minum air kelapa, doktor kata boleh cuma jangan banyak.. Doktor tu tau aku keje, so doktor kata, saya bagi MC 2 hari, balik rumah rehat... Keje rumah tu biar la suami yang buat....

Abang bgtau doktor, dia pun tak g keje hari ni nak jaga saya. So, doktor bagi MC sehari kat abang. Esok abang kena keje la. Balik rumah, gedebum... Tidur...

Bangun pagi ni tengok abang pegi keje, tulis post ni, then kalau larat aku nak wat keje rumah. Abang dah pesan, rehat jer. Balik keje nanti dia buat.. Syoknye.. Macam tuan puteri sekarang ni.

Tuesday, October 20, 2009

Morning Sickness + M A L A S

Hari Ahad (18 Okt 2009), seharian aku pening-pening lalat. Bangun pagi tu, kepala rasa berat sangat. Aku kuatkan semangat ajak abang pergi pasar beli barang basah coz stok dalam fridge dah nak empty. Perut pedih sangat sebab tak makan apa pun then pas mandi dah muntah teruk.

Sampai pasar, singgah dulu kedai nasik lemak Mak Ngah. Pekena nasik lemak dulu. Nampak kete Megat. Oo.. Megat dan Dayah pun pegi pasar jugak. Abang calling-calling Megat ajak breakfast sekali. Diaorang minum jer. Tengah minum, Adi Kadok dan family datang. Kadok tapau jer.

Balik rumah, meriah sungguh rumah mak. Kak Ngah and family, Along and family semua ada. Aku mintak tolong suh abang simpan dulu barang-barang tu sebab kepala aku dah pening teramat p-amat. Aku masuk bilik, gedebum. Malas sungguh rasanya nak buat keje hari ni. Lantak ler, diaorang kan ader. Biar la diaorang masak tengah hari ni. Aku pun cuba melelapkan mata. Akhirnya aku tertidur, aku tak sedar pun bila masa aku tertidur.

Aku terjaga dari tidur, tercium bau ketam goreng. Kalau dulu, teramatlah wangi bau ketam goreng tu, sekarang ni aku cepat-cepat tutup hidung dengan bantal. Tak tahan sangat bau dia. Aku dengar Alang panggil aku makan tengah hari. Aku tak mampu nak bangun. Tekak aku ni loya jer. Cium bau pun dah loya, inikan pulak nak makan.

Akhirnya aku bangun jugak, masa tu Alang dah sibuk-sibuk mengemas. Dia nak balik KL dah. Alang balik dari hari Rabu sebab nak jaga mak. Diaorang sibuk-sibuk kemas barang mak. Abang bagitau, nak hantar mak ke rumah Abang Ngah. Ye tak ye jugak. Takder orang nak jaga mak sepenuh masa. Kalau kat rumah Abang Ngah, Kak Ngah ada. Kak Ngah tak keje. Dalam larat tak larat tu, aku tolong jugak la diaorang kemas barang mak..

Lepas tu, abang terus bawak aku ke Hospital Slim River. Abang cakap itu je yang terbaik untuk saya. Sebab badan saya dah kekurangan air, muka dah pucat. Sampai Hospital Slim river diaorang amik darah, then rest la dekat sejam kat Wad pemerhatian tu. Then, nurse tu suruh naik tingkat 3, jumpa doktor O&G kat Dewan Bersalin.

Sampai bilik tu, doktor tak sampai lagi. Nurse tu suruh baring dulu kat katil. Then doktor sampai, nurse tu cakap something pada doktor tu. Then nurse tu suruh pakai kain yang di sediakan. Doktor tu cakap nak scan. Ni la pengalaman pertama aku di scan.

Doktor tu tunjuk screen kat aku, doktor cakap tak nampak apa sangat lagi. Nampak karung kecil yang bulat jer sebab baru 6 minggu. Doktor bagi tau.. Your little baby just 15mm (1.5cm).

Kandungan saya ok, x masalah. Doktor bagi appoiment dengan pakar O&G dan description ubat.
Doktor tu bagi ubat tahan muntah and antibiotik.
.
Dekat sekolah.. Kak Mazlina kata, ubat tahan muntah ada side effect pada baby. Aku dah bercelaru, nak makan ke tak. Tapi wat masa nih aku stop dulu ubat tu sebab aku rasa aku dah boleh makan macam biasa. Cuma kena makan sikit, tapi kerap...

Hari ni, badan aku ting tong lagi... Ya Allah, kuatkan la hamba mu ini...

Sunday, October 18, 2009

XPDC Mencari Sate

Huh.. Nak cari sate pun kene ada ekpedisi ker.. Ermmmm

Dalam banyak-banyak makanan yang ader, tekak aku teringin sangat nak makan sate. So kat malam tadi, kat rumah mak mertua.. Jadi pergi la kat area Pasar Sungkai, abang kata ada orang jual sate kat situ. Bukan rezki aku, kedai tu tutup..

Aku kata, jom pegi Bidor lak. Kat area Medan Ikan Bakar tu ada satu kedai jual sate. On da way kr situ ada ternampak la satu kedai makan jual sate. Abang kata pegi Medan Ikan Bakar tu la. Ake dan zu follow jer. Sama gak, kedai tu tutuo. Then, patah balik pegi kedai makan tu. Order la sate dan jus tembikai. 5 minit kemudian, awek yang amik order tu kata, sate dah abis.. Tak pe la.. Kita minum jer la.. Sekali lagi awek tu datang cakap jus tembikai pun dah abis..

"Ya Allah, dugaan betul.. Kesian sayang abang ni. Takpe, jom cari kat Tapah,,"

XPDC diteruskan lagi ke Tapah pulak. Kak Yang bagi tau, sate sedap kat Jalan Damai. So, pegi la situ.. Tutup jugak...

Last choice, masjid Tapah... Alhamdulillah, kat Masjid tu bukak.. Abang order 40 cucuk.. Mak aii.. Banyaknye.. Larat ke nak makan ni...

Aku cuma makan 5 cucuk jer.. Pastu perut aku otomatik kenyang.. Abang le perabiskan sate tu..

XPDC sate --> Sungkai --> Bidor --> Tapah

Dari aku untuk abang :
Terima kasih kerna tabah dan sabar melayan karenah isterimu ini. Moga begini la hendaknya sampai bila-bila.

Abang cakap : Abang akan usaha selagi abang mampu, seme abang buat demi sayang dan anak yang bakal lahir ni. Abang sayang dua-dua..

Thursday, October 15, 2009

Week 5: Teeny tiny baby steps

Fetal development in pregnancy week 5:embryo in second month
The changes to your growing embryo are not quite as drastic this week as they've been in the last few weeks. Growth is now largely focused on their little head, which is starting to develop much more rapidly than the rest of their tiny body. This is because their amazing brain is undergoing some very crucial and rapid development in order to effectively regulate their heart rate, blood circulation, and other vital functions. As for the rest of their miniature body, what were simple limb buds last week are limb flippers this week and the tail is more expressed. Amazingly, within a mere five weeks your little miracle is already developing the rudimentary forms of their liver, pancreas, lungs, stomach and nasal pits while their little heart is already increasing its circulation. Your baby is now a whopping 4-6mm in length.

And how's mom doing? Your body is still adjusting to the increased amount of hormones and you are probably pretty much experiencing the same symptoms as last week. Still, some women will start feeling the joys of morning sickness set in this week (see Week 4 for specific symptom details). Don’t worry if your areolas are


darkening this is a perfectly normal response to the hormonal changes in your body.

make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil.

Also start having someone else changing the kitty litter for you. Avoiding this chore will keep you from the remote chance of contracting Toxoplasmosis. Toxo is a parasite that is only very rarely found in fecal matter of vermin and rodent-eating felines. Don’t worry though, you don’t have to get rid of your cat. Also, make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil.

Wednesday, October 14, 2009

Mangga dari Kak Asmah

Pagi tadi masa lalu kat depan bilik jahit dan bilik peperiksaan.. Nampak Kak Asmah tengah pegang 3 biji mangga yang dah masak. Agaknya Kak Asmah boleh agak dah naluri ibu mengandung ni... Memang nampak sedap sangat mangga tu.. Jadi Kak Asmah bagi kat saya sebiji mangga tu...

Balik dari sekolah tadi, apa lagi.. Masuk2 jer rumah, terus g dapur, basuh mangga tu dan terus kupas dan makan.. Sedap sangat-sangat.. Manis...

Thanks Kak Asmah..

Ermm... Pagi tadi sampai sekolah jumpa Kak Asmah... Nak gtaw sedap sangat mangga tu.. Manis.. Rupa-rupanya mangga tu Kak Salina yang bawak..

Thanks banyak2 kakak berdua...

Tuesday, October 13, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Pagi tadi, tgh saya nak park kete kat garaj sekolah, saya dengar handphone saya berbunyi... Abang saya yang kat Sungai Buloh tu call. Anyah bagitau saya Opah Chik meninggal subuh tadi.

So, saya apa lagi. Terus naik ke pejabat maklumkan kepada PK Pentadbiran. Saya ada dua pilihan, sama ada masuk keje dulu, then baru balik atau terus amik cuti emergency. Kalau masuk keje dulu, cuti saya selamat la.. Memandangkan dah akhir tahun, cuti pun ader 5 hari lagi, saya decide untuk ambil cuti.

Saya terus memandu pulang ke Tapah, amik mak dan abah. Tunggu Anyah plak.. Then terus ke kampung...

Masa raya hari tu Opah Chik dah terlantar sakit...

Adik paling sedih... "Raya tahun depan, dah tak der Opah Chik.."

Moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Amin..



Monday, October 12, 2009

Dulu dan sekarang...

Dulu sebelum tau 'sayang' saya ni dah ader.. Ok jer... Kandungan saya dah masuk 5 minggu..

Alahan kian mula saya terasa... Pagi-pagi jer sure morning sickness... Dulu kalau saya terjaga dari tidur, saya boleh terus bangun jer... Skang dah berubah... Saya terpaksa rehat sekejap, baru boleh bangun, kalau tidak... Lagi teruk...

Dulu, pepagi nak ke sekolah, saya x on aircond dalam kereta. Saya lebih suka open air. sekarang tidak lagi. Saya terpaksa on aircond dalam kereta sebab saya tak tahan dengan bau jalan.. Sejuk sangat, tapi saya terpaksa.. Kalau tak... Tak sampai sekolah la saya...

Dulu dalam kereta hanya ader air mineral.. Sekarang dalam kereta saya siap ada asam dan gula-gula yang masam.. Tekak saya ni tak menentu.. Pagi tadi sepanjang perjalana saya ke sekolah, saya terpaksa makan buah epal... Kalau tak... Tak tau la nak cakap... Maunya berhenti tepi jalan banyak kali..

Dulu, saya suka sangat kelas PJPK waktu pagi, happy jer kelas tu. Saya boleh bersenam dan beriadah dengan anak-anak didik saya.. Kini, saya hanya mampu duduk kat tepi padang... Kepala saya pening...

Pagi tadi dekat bilik guru, Linda tanya.. Akak ok ke...
Saya jawap ok...
Linda tanya... Memang ok or buat-buat ok...
Saya jawap.. Buat-buat ok...

Saya perlu kuatkan semangat.. Saya tak boleh mengalah saat-saat peperiksaan akhir tahun dah nak hampir ni.. Saya kuatkan semangat demi anak-anak didik saya...

Walau apa jua, satu jer.. Hidup ini ada cabaran, ada halangan. Kita nak sesuatu, kita perlu berusaha, dan kadang kala kita perlu berkorban... Allah sentiasa menguji umatnya...


SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA...

SURAH AL `ALAQ (SEGUMPAL DARAH)

Surat Al `Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Qur`an yang pertama sekali diturunkan, yaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira`.

Surat ini dinamai `Al `Alaq` (segumpal darah), diambil dari perkataan `Alaq` yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan `Iqra` atau `Al Qalam`.

Pokok-pokok isinya :

Perintah membaca Al Qur`an; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.

AL `ALAQ (SEGUMPAL DARAH)
SURAT KE 96 : 19 ayat.

Saturday, October 10, 2009

Air Kelapa.. Jelly Kelapa.. Durian dan Fast Food

Ermmm... Tajuk post aku kali ni semenya benda makanan... Ada sedikit story tentang benda-benda ni....

Air kelapa dan jelly kelapa....
Masa aku puasa sunat 6 hari bulan Syawal tu, aku teringin sangat nak minum air kelapa dan jelly kelapa.. Oleh kerana aku x jumpa orang jual jelly kelapa, so aku buat sendiri.. Senang jer guna air kelapa, isi kelapa dan serbuk agar-agar jer.. Then masak macam wat agar2.. Sodappp....... Buka puasa pun minum air kelapa...

Durian...
Kebetulan sekarang ni tengah musim durian... Dan rambutan... Kesnya sama jugak... Oleh kerana aku puasa, so siang-siang x boleh la makan durian... Tetiba jer tengah-tengah malam, rasanya dah dekat pukul 12.oo tengah malam, aku rasa teringin sangat nak makan.. Masa tu abang x tido lagi.. Aku bagitau abang.. abang kata besok-besok la baru makan, dah tengah malam ni... Aku x puas hati, aku g dapur, amik parang kecik, then g luar rumah nak kopek durian.. Abang pun heran dengan gelagat aku.. Nak tak nak, abang keluar dan tolong kopekkan durian untuk aku... Sedap.... Sebijik durian aku makan sorang........

Fast Food.....
Macam post aku sebelum ni, rasa-rasa nak makan KFC, nampak Pizza nak makan Pizza lak...


Hurrmmmmm...... Tu la kali terakhir aku makan benda-benda ni... Lepas jer dapat tahu 'sayang' dah ader dalam diriku... Seme tu dah jadi barang larangan bagi aku....

Durian, mak pesan jangan makan, durian ni panas... Baru-baru ni jangan la makan...

Air kelapa.. Dikategorikan sebagai benda tajam... Sama gak dengan tebu dan nenas..... Kak Rose pesan, sayur kampung pun kena hati-hati..
Fast food pun ak boleh makan dah..... Ni Kak Ayu yang bagitau....... Tau naper x boleh makan fast food... Sbb banyak MSG @ ajinamoto... X elok untuk perkembangan baby... Air gas pun dah jadi barang larangan untuk aku.. Sebab... Kandungan gula tinggi... Boleh dikategorikan sebgai benda tajam..........

Banyak lagi benda yang aku berpantang buat masa ni.. Tak pe la... Ni seme aku ikut dan aku turut demi keselamatan dan kesihatan 'sayang' aku nih... Demi 'sayang' mama rela berkorban.. Mama akan buat segala yang terbaik demi 'sayang'.. Moga 'sayang mengerti, mama dan papa memang tunggu sangat-sangat 'sayang' hadir dalam hidup mama dan papa....

Thursday, October 8, 2009

My First Pregnancy Check Up..

KK Langkap suh datang hari rabu untuk buat buku dan check up... Ramai yang kata awal lagi... Tapi aku ni jenis tak nak dengar cakap orang.. Baby yang pertama ni, biar la aku wat semenya awal... Abang cuti semalam, abang temankan aku pegi check up...

Sampai je kat KK Langkap, diaorang kata Sg. Manik bawah Chenderong Balai. Depa suruh pegi KD Pekan Rabu.. Aku mula nak menangis... Naper la hari tuh tak bagitau.. Aku dan abang pun cari la KD Pekan Rabu.. Mak aiiii... Jauh benor... Dah sampai Klinik tu, x der orang pulak... Aku call Kak Yang..... Then Kak Yang kata... Terus ke KD terdekat KD Permatang, KD Sungai Lampam... Better tanya KD Sungai Lampam... Sampai KD Sungai Lampam, Kak Fatin (JM klinik tu) bagitaw flow sebenar... Sepatutnya kena buat buku kat mana kita tinggal... Kak Fatin tu baik and caring.. Sejuk la jugak hati ni... Dia kata, x per... Dia tolong buat buku untuk aku.. Then terus je check up... Dan sejak semalam... Dapatlah aku sebuah buku yang berwarna pink ni..

Nurse tu cakap, pegi mana-mana kena bawak buku sbb kalau jadi apa-apa, hospital/klinik akan mintak buku ni... Macam-macam la nasihat dan tunjuk ajar yang Kak Fatin beri pada aku.

Oleh kerana ini kandungan pertama aku, dan check up yang pertama, Kak Fatin refer aku ke KK Chenderong Balai.. Aku tak kisah... Aku ikut jer... Sebab aku akan pastikan aku buat yang terbaik untuk 'sayang' ku ini....

Next check up aku 4 November 2009 kat KD Sungai Lampan and 13 Januari 2010 aku kena ke KK Chenderong Balai utk scan baby... Tak sabarnya nak tengok 'sayang'. 'Sayang' duduk elok-elok taw dalam rahim mama.. Mama sayang sangat kat 'sayang'...

Wednesday, October 7, 2009

Anmum Materna dan Kasut Bata

Excited sungguh 'papa' bila menerima khabar gembira ini.. Berkali-kali soalan yang sama abang ajukan pada aku menerusi SMS...

"Ade ke cayang"
"Ade ke anak kite cayang? Cam x caye je dah ade"
"Tol ke dah ade anak kite nih?"

Hehehe.. Papa antara percaya dan tidak percaya... Balik dari klinik langkap, aku sajer je g farmasi beli UPT Kit... Balik rumah, aku test lagi sekali... Jawapannya tetap sama.. Positive... Then aku tunjuk UPT Kit tu pada abang... Aku tersenyum girang... Kali pertama aku nampak air mata abang bergenang... Aku tanya kenapa... Terlampau happy jawap abang.. Rasa nak melompat setinggi-tinggi yang boleh......

Then abang ajak g Tanjung Malim... Aku tanya buat apa... Abang jawap... Ikut ajer la... So aku pegi jer la... Sampai Tg. Malim, abang park kereta depan kedai kasut Bata... Abang cakap, kiter dah sampai kat kedai yang pertama... Aku tanya lagi.. Ader kedai kedua ker.... Abang senyum...

"Mulai sekarang, sayang kena simpan semua kasut heel sayang tu... "
"Kenapa?"
"Bahaya... Bahaya untuk sayang dan bahaya untuk anak kite. Sayang kena pakai kasut tapak rata je sekarang.. "
"Ermmm... Tol jugak... Baik bosss"

So, dapat la aku sepasang kasut Bata yang amat selesa di pakai... Tak moo melawan cakap abang... Best sebenarnya pakai kasut tapak rata nihh....

Lepas tu abang ajak pegi makan... Nak celebrate katanya.. Tetiba jer aku cakap nak makan KFC.. Sebab yang aku ingat, fast food yang ader kat Tg. Malim hanyalah KFC... Masa cari parking, aku ternampak Pizza Hut dekat-dekat dengan KFC tu jugak... Aku cakap.. Makan Pizza la.. Kenyang sikit dari makan KFC... Abang menurut jer kata aku..... Kenyang perut aku, abang dan 'sayang' makan Pizza.... Hehehe...

Destinasi kedua.......... Jom pegi TF... Wat apa....... Ikut jer la........
Sampai TF abang cai barang-barang dia.... Ermmm.... Aku pun relax jer la... Cuma bila masuk bahagian frozen dan buah, aku teringatkan buah delima.... Saje je la usha kot-kot ader... Memang ader buah delima tu... Aku tengok harga, dekat-dekat RM5.00.. Mahal gak ekkk... Abang kata, ambil je... Bukan mahal mana pun... Sronoknya.... Hehehe...

Sampai kaunter depan... Abang kata, ha... Ni barang kedua... wajib.... Tau per dia... Susu Anmum Materna... Ader pek besar dan kecil... Abang kata, beli pek besar terus le.. Malangnya pek besar takder perisa coklat... Aku x boleh nak telan susu putih tu... So, ambil la pek kecil...


Tu la dua benda yang aku dapat on da spot pada hari yang sama... TQ Abang....




Tuesday, October 6, 2009

5.10.2009.. Rahmat Syawal

Dari Ramadhan ke Syawal... Aku dan dia memang menantikan kehadiran 'sayang' dalam hidup kami.. Kini aku tenang, aku lega, aku gembira... 'Sayang' yang aku nantikan telahpun menjelma... Penantianku te lah berakhir... Aku bersyukur padamu ya Allah atas rahmatMu ini.. Amin...

Aku mula merasakan kehadiran 'sayang' dalam diriku dari minggu lepas lagi.. Badanku sepanjang hari suam-suam jer.. Bila menjelang malam, rasa macam demam.. Minggu lepas aku masih kuat, aku masih mampu menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal... Hari sabtu, aku was-was untuk berpuasa memandangkan itu due aku.. Sampai ke petang, aku masih berpuasa... Hari Ahad still takder lagi... Isnin... Aku dah mula sangsi...Lepas sekolah, aku ke Klinik Kesihatan Langkap untuk mencari jawapan yang pasti... Ye... Ni lah jawapan yang pasti....


UPT aku positive.. Mulai saat itu, bermulanya episod hidup aku sebagai "Ibu Mengandung"

Ya Allah, besar sungguh rahmatMu buat hambaMU ini. Ya Allah, peliharalah anak ini sebaik mungkin, jadikanlah ia anak yang soleh/solehah.. Amin...

Sunday, October 4, 2009

Anak Buah Baru..

Semalam aku dan keluarga ke Sungai Buloh, Selangor untuk menziarah kakak iparku yang baru sahaja menerima orang baru. Sebenarnya Kak Nor bersalin pada 29.9.09.. Hari tu hari Selasa, semua orang keje..



Ni la dia anak buah baru saya.. Namanya Batrisyia Qistina.. Macam dalam citer Spa Q jer lak kan... Comel tak Qistina??


Friday, October 2, 2009

20,280KM... Major Service

Huh... Kejap jer dah kena major service kereta kesayanganku ini... Pagi tadi waktu parking kete kat sekolah... Aku jeling kat dashbord... Ermmm.... Masa untuk keretaku masuk pusat service sudah sampai...

Kejap jerkan... aku dapat kereta ni 18 Mac 2009... Skang baru 2 Oktober.... Dalam masa lebih kurang 6 bulan setengah, kereta aku dah bergerak sejauh 20,280km... Tapi memang logik pun, hari-hari aku berulang jauh nak ke sekolah... Tu lum campur g jalan-jalan... Hari raya hari tu, berjalan jer kejenya...

Ni pun besok nak berjalan lagi ke Sg. Buloh, nak tengok anak buah baru.. Batrisyia Qistina namanya...

So, lepas balik dari sekolah ni, aku akan terus bergerak ke Pusat Servis Proton Edar kat Kampar.. aku memang service kete aku kat ctu padahal kat Bidor pun ader pusat servis. Aku penah servis kat Bidor, tapi aku tak puas hati sangat. So, baik aku berjalan jauh, tapi aku puas hati..... Balik ni... Ke Ambang Auto, Kampar........ Terbang le RM400 lebih aku...

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin