Wednesday, July 29, 2009

Register Streamyx

Hari ni aku baru mula kerja...
Dah 2 ari aku MC, suspect anemia.

Pagi ni bersemangat aku nak ke sekolah. Abang bagi 'greenlight' untuk register STREAMYX. Abang pun dah ngikut hobi aku. Saban hari pergi rumah Yus nak guna streamyx, abang pun dah mula segan ngan Yus. So, abang kata, meh la kiter register streamyx. Pagi ni aku pun dengan happynye register streamyx online...
Yahoo! lepas ni ader streamyx dah kat rumah...

Wednesday, July 22, 2009

3 Hari Kena Balik Lewat

Huh... Minggu nih tiga hari berturut-turut aku kena balik lewat. Apakan daya, kita ni hanya kuli... Sabar ajer la......

Tuesday, July 21, 2009

Makan..

Semalam... Balik keje badan aku terlalu lemah..
Tapi sempat jugak la aku singgah carwash basuh kete Persona aku yang dah rupa macam terjun dalam bendang. Abang lak MC semalam. badan tak sedap katanya. Jadi abang datang teman aku basuh kete. Sementara basuh kete tu, kami berjalan le pegi kedai motor, abang cari part Motocross. Aku duk kat luar kedai, tak tahan bau minyak motor. Tak perasan pulak kedai sebelah tu kedai buah member. Wife Yus jaga kedai tu. Akak tu tegur aku. Then, pekena air tebu kat ctu dgn abg. Kami patah balik ke kedai carwash, kete aku pun dah hampir siap. Bersinar-sinar keretaku selepas dibasuh. Tgh duduk tggu tu, aku rasa nak makan something. Tah le nape, mggu ni aku kuat makan..

Thursday, July 16, 2009

Keajaiban Kismis

Keajaiban kismis

Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak menyediakan khasiat kepada anak-anak.

--------------------------------------------------------------------------------

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.

Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.

Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

"Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

"Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

"Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata," jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.

Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.

"Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah," katanya.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.

"Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.

"Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak," kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.

ROTI kismis, antara kepelbagaian resipi daripada kismis.

--------------------------------------------------------------------------------

Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.

"Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

"Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu," jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl) -2-furfural.


PENCUCI mulut daripada kismis.

--------------------------------------------------------------------------------
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakitperiodontal.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya denganpotassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

"Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.



KISMIS boleh dipelbagaikan penggunaannya untuk memberi tarikan kepada si pemakan.

--------------------------------------------------------------------------------

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

Monday, July 13, 2009

Mee Rebus Tapah




Malam Sabtu, aku dan abang kuar pegi WiFi kat Padang Pejabat Daerah Batang Padang. Dah mula mood mengadap internet pulak abang ni. Siap cakap kat aku, nak register streamyx next month. Aku ye kan je la. Sonok la ada internet kat rumah. X yah aku pulun download nota / bahan bantu mengajar kat sekolah. Kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 10malam. Kami pergi usha port open karaoke kat area SMK Chenderiang dulu. Sempat la abang melalak dua lagu. Lepas gian nak menyanyi ler tuh...

Pastu baru la g lepak kat padang WiFi. sampai bateri laptop betul2 kong baru kami balik. Mata x ngantuk lagi. Abang ajak pusing-pusing pekan Tapah. Masa tuh jam dah menunjukkan pukul 1.05 pagi. Pusing punya pusing, tetiba jer aku ajak abang cari western food. Kudapan malam ler nihhh... X jumpe la plak... Akhirnya aku ternampak kedai nihhhhh.........

Mee Rebus Tapah... Kedai ni pernah masuk dalam "Warung Kita".
Boleh tahan jugak la rasa mee rebus kat cni.
Makan punya makan, sambil2 bersembang...
Dah pukul 2.30am...
sampai je rumah, gedebummmm..... Ngantuk gilerrr.....

Thursday, July 2, 2009

Kisah @ Taiping

Lepas kenduri,aku ngan abang berfikir nak ke mana menghabiskan cuti ni.. Nak pergi jauh-jauh dan lama-lama, x boleh.. Sebab aku nak teman abah pergi jumpa doktor kat Hospital Teluk Intan.. Last2 aku terfikir hari Ahad (14 Jun 2009) kenduri Saiful.. Emmm.. So aku cakap kat abang, pe kater kiter lepak2 area Taiping.. Abang bg green light..

Kami ke taiping pagi Sabtu, sampai Taiping kami cari la hotel untuk bermalam. So lepas dapat bilik, kami pun g la makan kat food court. Aku penah g taiping nih.. Tapi masa zaman student dulu, ner aku igt sangat jalan. Tengah makan ru, abang terpandang satu kedai menjual peralatan asar. Abang tertarik nak ke kedai tu. Jadi lepas makan, aku teman abang.. Abang beli 2 benda yang agak penting untuk hobinya.. Tau aper hobi abang.. Merempit dengan 'moto terbang'. Moto terbang tu sebenarnya motocross. Istilah motor terbang tu mak mertua aku yang bagi. Abang beli baju motocross and bekas air. Hahaha.. terbang jugak dekat RM200...

Then kami cadang nak ke Matang... Tgh2 jalan ku, aku ternampak la Nagoya Textiles.. Cadang2nya nak usha2 jer... Kot la ader yang berkenan di hati, bley bli... Aku beli 4 pasang kain.. Terbang lagi duit abang RM77.00... Then kami teruskan perjalanan ke Matang, ni pun satu cabaran. Pusing-pusing Taiping cari signboard Matang. Tak jumper.. Akhirnya aku bukak la laptop, cari software Garmin yang Along Install untuk aku. Garmin tu GPS.. Akhirnya jumpa la jugak jalan ke Matang..

Tempat pertama kami singgah adalah Kota Ngah Ibrahim... Kat cni belajar sejarah bijih timah kat Perak. Abang pun nampak suka masuk tempat ni.. Suka tengok abang ralit membaca fakta-fakta sejarah. Bab bergambar, jangan cerita la... Hero bab bergambar.. Kami sampai agak lewat, dah nak tutup pun Kota Ngah Ibrahim tu.. Sempat la jugak menjelajah ke seluruh pelusuk kota dan bergambar sebagai kenangan.. Kota Ngah Ibrahim kami tinggalkan, perjalanan di teruskan ke Hutan Paya Bakau Matang..

Ni pulak terlajak sampai ke Pekan Kuala Sepetang.. Kena patah balik la... Sampai kat ctu abang nampak lagi excited tgk sungai, tgk pokok bakau.. Kami berjalan le dalam hutan paya bakau tu. Dalam perjalanan kami bertembung dengan beruk-beruk liar. Abang lak baik hati kasik makanan kat dioarg.. Aper lagi, beruk2 tu datang dekat dengan kami.. Cabutttttttttttt...... Penah aku ngan abang lari dari beruk2 tu...

Akhirnya kami lepak kat jeti.. Kat tepi sungai.. Sambil lepak2 tu, bersembang la pasal car club abang.. Dan masa depan kami berdua.. Merancang hidup yang bakal ditempuhi... Sembang tepi sungai.. Tenang.. Damai.. Bahgianya...

Setelah itu, kami bertolak pulang ke Taiping, cadang2nya nak makan Mee Banjir Udang.. Tapi perut aku dan abang masih kenyang.. So... Terus balik hotel....

Balik hotel, relax2.. Malam ni nak g Taiping Night Safari.. Lepak Taman Tasik Taiping.. Before g Night Safari kami makan kat food court. Ctu jer la yang kami tau tempat makan. Nak g fast food, dah bosan...

Lama gak duk dalam Night Safari Zoo Taiping... Naik train 2 kali.. Pusing2 dalam zoo jalan kaki dengan abang.. Nampaknya suka jugak abang g tempat2 mcm ni.. Bukan nak mengata, nampak sangat perangai keanak-anakan abang.. Jom yang.. sana tak pegi lagi.. Jom.. Jom.. Ti zoo tutup x dapat tgk... Hahaha.. Dialog tu aku tak luper sampai sekarang... Lagi 15 minit zoo nak tutup baru la kami keluar.. Lepak kat taman tasik taiping.. Time ni bang pesan kat aku, jangan lupa bawak sijil nikah.. Takut jugak abang ni kena serbu ngan pejabat agama.. Takder pe2 pown yang berlaku..

Badan dah letih, mata da ngantuk, kampi pun nak balik ke hotel.. Tapi, bukan terus ke hotel, sempat dulu singgah kedai pekena Chicken Chop.. Hahaha... Kenyang perut aku... Boleh la tido lena......

Sampai kat lobi hotel, nampak la sekumpulan orang kat receptionist.. Aku dan abang dah senyum.. Dagi gaya2nya, tu orang Jabatan Agama Islam.. Kata abang, nak takut aper.. Kiter kan dah ader LESEN BESAR... Kami terus ke bilik...

Baru je nak tido, telefon bilik hotel berbunyi.. Aku suruh abang jawab.. Tak berani aku nak jawab call tengah-tengah malam.. Abang pun jawab la....

"En. Shambri, kami dari Jabatan Agama Islam. Minta buka pintu bilik sekarang"

Abang tersenyum sambil bgtaw la aku orang jabatan agama ader kat luar pintu. Aku pun buka la pintu. Aku lak sibuk cari sijil nikah dalam handbag.. Aku terdengar perbualan mereka...

"Awak sorang jer ke?" Tanya org jabatan agama..
"Tak, saya dengan orang rumah saya..." Jawab abang
"Minta kad pengenalan dan sijil nikah.. "

Abang minta kad pengenalan aku.. Sambil tu aku bg sijil nikah..
Then aku pun menampakkan diri aku...

"La.. Ni yang makan kat bawah tadi yer... Patut la mcm pernah nampak" kata orang jabatan agama... Diaorang terus bagi dokumen-dokumen dan blahhh.. Hehehe

Esoknya kami ke Bukit Larut.. Kami ke kaunter tiket, cadangnya nak naik bukit larut guna landrover.. Emm.. Tiket turun balik pukul 2.00 petang jer yang ader... X merasa la abang naik bukit larut..

Oleh kerana tak merasa naik bukit larut, kami pergi ke Burmese Pool. Cadang nak lepak-lepak jerrr... Abang plak pantang nampak sungai, nak berendam jerr.... So mandi la kat Burmese Pool ni... Lama gak la kat cni... Pas ni g kenduri rumah Saiful lakkk...

On da way nak ke town Taiping, abang ternampak Signboard ATV. Masa tu dkt2 dengan Burmese Pool jugak la... Kami singgah kat ctu... dan... Bertambah satu alagi aktiviti yang tak di rancang. Best gak naik ATV nie... Pasni nak naik lagi lerrr....

Lastly, baru la sampai kar Kenduri Saiful... Masa balik, kami ikut jalan lama.. syokkkk... Langsung x jem.... Esok.... Kerjaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Tu la kisah simple honeymoon aku dan abang....

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin