Friday, May 29, 2009

Ucapan Selamat Pengantin Baru dari Warga SIGMA

Pulun Tanda Paper exam

Hari ni hari terakhir sesi persekolahan untuk penggal satu dan merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun kat sekolah aku... Dan merupakan hari dimana aku akan dapat jon untuk tanda paper... Aku nekad untuk siap tanda paper ni hari ni gak.. Di saat ini, sekolah sudah pun lengang.. Aku bersendirian di dalam makmal ICT dengan azam dan tekad untuk tanda paper PJPK sampai abis.. Syukur... Aku dah berjaya menandanya... Lepas ni.. Nak balik... Pikir persiapan majlis perkahwinan ku pulakk..

To All... Selamat Bercuti...

Jumpa lagi pada 15 Jun 2009... Aku dah pun bergelar 'PUAN' ketika itu...

Wednesday, May 27, 2009

Pengesahan PPPS DG41

Hari ni hari paling happy dalam hidup aku. Setelah setahun sebulan memegan title Guru Sandaran Siswazah Terlatih DC41, hari ni aku terima surat perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Hadiah paling bermakna untuk perkahwinanku yang hanya tinggal semggu jer lagi...

Tuesday, May 26, 2009

Panasonic Kid Witness News (KWN) 2009



VIdeo POKOK = MANGSA hasil karya anak-anak didik ku..
Nur Diyana Azira dan Mohd Syahrul Bahri
Video ini telah menjulang nama sekolah ke seantero Malaysia...

Ni la dikatakan KAMI GURU MALAYSIA...
Di saat aku sibuk nak kenduri, sempat lagu aku join Panasonic KWN 2009.

To PANASONIC Malaysia.. Thanks for every thing...
Banyak benda aku belajar dalam training nihhh

Wednesday, May 20, 2009

Holiday Inn 5 hari

Start besok, 21 Mei 2009 saya akan menyertai program PANASONIC KID WITNESS TRAINING 2009 kat Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam sehingga 25 Mei 2009... 5 hari takder kat sekolah... Jumpa lagi 26 Mei... Adiosss

Jangan Cepat Marah

Motivasi : Jasa Bonda

Video Majlis Pertunangan Sya & Sham

Tuesday, May 19, 2009

Walimatul Urus : Hantaran Buat Si Dia

Serba sedikit info tentang majlis perkahwinanku..

Majlis Pernikahan :
5 Jun 2009
Selepas Solat Isyak
Masjid Jamek Tapah

Majlis Pihak Perempuan :
6 Jun 2009
Kg Tersusun Muhibbah Batu 33, Temoh, Perak

Majlis Pihak Lelaki :
7 Jun 2009
Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak


Hantaran buat yang tersayang..
Tema adalah warna maroon (merah hati).

Jam tangan

Set Perfume

Kasut dan stokin

Cincin dan bunga rampai (potpuri

Dompet dan tali pinggang

Lain-lain hantaran lagi...

Al-Quran
Buah-buahan
Kek

Info Hantaran :
Pihak lelaki : 7 dulang
Pihak perempuan : 9 dulang

Walimatul Urus : Tampal Tag Terima Kasih Kat Puding Mangga


Puding Mangga untuk tetamu semasa Majlis Raja Sehari pada 6 Jun 2009 yang telah siap di tampal dengan tag bertulis "SALAM KASIH RAJA SEHARI SYAIMA & SHAMBRI (6 JUN 2009


Khas buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinanku nanti.


Puding mangga dalam kotak yang telah siap ditampal dengan tag dan sudu. 1 kotak = 100 puding.


Mango Pudding --> Made In Malaysia... Sokonglah produk tempatan..


Kotak-kotak puding mangga dalam bonet PERSONA aku.. Ni baru lepas balik dari kilang amik puding yang aku order.. Hahaha.. Order direct kat kilang tau..

Thursday, May 14, 2009

Balasan Satu Dirham

Fudhail bin Iyadh menuturkan bahawa seseorang bercerita padanya:

Seorang lelaki keluar dengan membawa hasil tenunan, yang dijualnya berharga satu dirham.
Dengan wang sejumlah itu ia berharap dapat membeli tepung, tetapi di tengah jalan dia melintasi
dua orang yang sedang bergaduh, seraya bertanya: "Ada apa ini?"

Seseorang mengkhabarkan: "Mereka sedang berebut satu dirham"

Lantas lelaki itupun spontan memberikan dirham hasil penjualan tenunan itu pada keduanya,
sementara ia tak punya apa pun selain dirham yang diberikan itu.

Ketika datang menjumpai isterinya, dia ceritakan tentang apa yang sudah terjadi. Kemudian sang
isteri mengumpul perkakas rumahnya, dan lelaki itu kembali berangkat menjual perkakas rumahnya itu.
Namun jualannya tidak laku dan ia hanya berjumpa dengan si pembawa ikan yang telah busuk.

Kepada si penjual ikan, lelaki itu berkata: "Engkau memikul dagangan yang tidak laku, saya pun membawa
barang yang tidak terjual. Bagaimana jika kau jual ikan itu dengan dibayar barang ini?"

Kedua sepakat dan orang itupun pulang dengan membawa ikan yang sudah berbau busuk.

"Bangunlah, masaklah ikan ini. Kita nyaris meninggal kerana kelaparan" ucap lelaki itu kepada isterinya
setiba di rumah.

Lalu sang isteri menyiang dan ketika dia membelah perut ikan itu, dia memjumpai mutiara dari perut
ikan tersebut.

Ucap isterinya: "Kanda, dari perut ikan itu keluar gumpalan yang lebih kecil dari telur ayam Ia sebesar telur
burung puyuh!"

Jawab lelaki itu: "Cuba perlihatkan padaku"

Kemudian dia saksikan adalah sesuatu yang belum pernah dilihat seumur hidupnya. Akal dan fikiran
lelaki itupun menerawang jauh.

"Ku kira ini mutiara" ucapnya kemudian pada isterinya.

Sang isteri menyahut: "Apakah kanda tahu mutu sebuah mutiara?"

Jawabnya: "Tidak, tapi saya kenal orang yang tahu mutu mutiara"

Lalu dia pun berangkat menemui pedagang mutiara. Setelah temannya menjawab salam yang diucapkannya,
lelaki itupun mengutarakan maksudnya, sambil memperlihatkan gumpalan telur itu.

"Bagaimana pendapatmu tentang mutu mutiara ini?" tanya orang itu kemudian.

Setelah temannya mengamati secara saksama dan berfikir cukup lama, ia menjawab:
"Saya hanya sanggup membayarnya empat puluh ribu dirhan. Kalau kamu setuju, saya bayar sekarang juga tetapi
kalau kamu ingin harga yang lebih mahal lagi, temuilah si fulan. Kerana dia sanggup membayar lebih tinggi dari saya"

Kemudian lelaki itu membawa mutiara tersebut kepada orang yang dimaksudkan. Setelah si pedagang melihat
dan mengakui kualiti mutiara itu, dia berkata:
"Saya hanya sanggup membayar dengan lapan puluh ribu dirham. Tapi kalau anda ingin harga yang lebih mahal lagi,
silakan temui si fulan. Saya kira dia dapat membayar lebih tinggi dari saya"

Lelaki itupun berangkat menemuinya.

"Saya beli seratus dua puluh ribu dirham. Dan saya kira tidak ada orang lain yang sanggup membayar lebih mahal
dari saya" kata orang yang ditujunya.

Lelaki itu menjawab: "Baiklah"

Lantas mutiara pun ditimbang dan kala itu juga lelaki itu membawa seratus dua puluh ribu dirham ke rumahnya
untuk disimpan. Namun setiba dirumahnya seorang pengemis sedang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Ayuh, mari masuk. Ada cerita yang baru saya alami" kata lelaki itu menyapa si fakir yang meminta sesuatu padanya.
Lalu si peminta itupun masuk.

"Ambillah setengah dari harta ini" kata lelaki itu kepada si pengemis. Lantas si pengemis mengambil dan ia pun
segera bergerak pergi.

Tidak lama kemudian si pengemis kembali menemuinya seraya berkata:
"Saya tidak miskin, saya juga bukan orang fakir, namun Rabbmu Azza wa Jalla mengutus saya agar datang menemuimu,
satu dirham sudah kau berikan kepada orang lain dan Dia (Rabbmu) telah menggantinya dengan dua puluh karat mutiara,
satu karat tunai diberikan padamu dan sembilan belas karat lainnya disimpan untukmu"






Petikan dari Buku Apa ertinya dunia bagiku & 97 kisah teladan.
Pengarang: Mohd. Najib Iskandar.

Wednesday, May 13, 2009

4th Gua Tempurung Malaysian Motocross Championship 2009

4th GUA TEMPURUNG MALAYSIAN MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2009

DATE : 9 - 10 MAY 2009
VENUE : LEMBAH TEMPURUNG





Thursday, May 7, 2009

8C Buat Suami BENCI Isteri

C1 - CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…



C2 - CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.

Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…



C3 - CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.



C4 - COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.



C5 - CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6 - CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.



C7 - CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….



C8 - CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.



8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Monday, May 4, 2009

Kisah Cinta Agung

3 hari bercuti.. Cat... Kemas.. Kenduri

3 hari bercuti.. 1 mei (hari pekerja) jauh pada hari Jumaat.. Sabtu dan Ahad pula cuti hujung mggu. Emmm... Aktiviti saya... Memandangkan adik bradik semuanya pulang, kami semua bergotong-royong la mengecat dan mengemas sebagai persediaan untuk majlis yang sebulan je lagi.. Pagi 1 Mei, dalam 11am aku dan abah, sham dan mak pergi ke Bidor untuk urusan tempahan catering dan canopy... Pada mulanya kami plan pukul 10am, sham lewat kerana kesesakan jalan raya bermula dari balai bomba bidor. So settel urusan catering dah hampir ke 12.45 tgh hari. Masing2 rushing nak balik sbb nak solat Jumaat. 2 Mei, aku pasang border dalam bilik aku. Ahad, kerja2 pembersihan.. Di samping sibuk buat persiapan.. Makan tgh hari serta malam kami di taja oleh kawan2 yang mengadakan kenduri.. Tu la aktiviti aku cuti 3 hari..

Aidilfitri 2009

Blog Widget by LinkWithin